Thursday, September 30, 2010

supplemen

Dah lama tertangguh nak buat entry pasal supplemen ni. Maaf yer cery! Tak dapat nak bagi good testimoni lepas guna supplemen. sebabnya akak ni bukan seorang yang berdisiplin kalau bab makan supplemen ni. Huhuhu... susah sungguh nak telan supplemen hari hari atau org kata istiqamah dalam pengambilan supplemen.

Dah dua bulan berlalu. 
Tapi Trial pack set B Shaklee yang saya order masih lagi berbaki.
Sepatutnya satu set trial pack macam pic atas ni adalah untuk sebulan.
Yang saya punya masih lagi berbaki seperti berikut:
Vitalea - 6 biji
B-Complex - 4 biji
Alfafa - 10 biji
Vitamin C - 5 biji

Terasa diri sendiri sangat teruk. Susah betul nak motivasikan diri supaya istiqamah telan supplemen. Tapi kan mommies, memang ada perbezaan bila kita ambil supplemen. Badan rasa ringan dan sangat segar  bila bangun pagi. Lenguh lenguh badan dah berkurang. Kat opis pun, susah sikit nak rasa mengantuk. Buat kerja pun lebih produktif.  Fikiran lebih fokus dan tak rasa serabut sangat walaupun banyak to-do list yang nak kena selesaikan. Pasal production susu tak boleh nak komen, sebab saya tak makan hari hari. So susah sikit nak kaji kesan supplemen ni utk EBM  production.

Wednesday, September 29, 2010

rambut baru aisyah

Dalam entry lepas, perasan tak yg aisyah dah potong rambut?
Ni pic aisyah yang terakhir sebelum dia potong rambut
walau pun tak berapa panjang sangat,
tp nampak agak rimas sebab rambut dah menutupi mata
jadi saya cakap kat tukang gunting rambut
potong pendek jer terus
so dapat la hasil yang macam ni

Nampak lagi kemas dan lebih selesa
senang skit nak uruskan

tapi ramai pulak yang tak puas hati bila rambut aisyah pendek macam ni
ada yang kata mcm tomboy la
sayang potong rambut yg cantik tu pendek2

tp nak simpan panjang, aisyah mana pandai nak uruskan
nak buat tocang pun dia tak nak
nak sikat rambut pun kena pujuk dulu
kalau tak, macam macam alasan tak nak sikat rambut
tapi kekadang
saya pula rasa bersalah sebab potong pendek mcm ni

kalau aisyah dah besar,
dah pandai uruskan diri sendiri
mmg saya takkan potong pendek mcm ni
saya pun suka tengok aisyah ni berambut panjang :)

yang pasti
mmg susah nak puaskan hati semua orang, kan??

Tuesday, September 28, 2010

raya ketiga

Awal pagi lagi saya dah bersiap pada raya yang ketiga. sebab kononya nak celebrate belated besday anak2. Kebetulan masa birthday irfan, sibuk sangat masa tu dan dia pun tak nak celebrate kat school. Birthday aisyah pulak, jatuh bulan puasa. Kalau beli kek bulan puasa, susah sangat nak habis. Jadi membazir pula. So, saya jamakkan dua dua event jadi satu. Plus lagi satu, kira open house jugak la. So, dah jadi triple celebration pulak... jimat budget, sekali harung jer org teganu kata :)

Saya order satay sebagai menu utama. Saya masak sup ayam untuk dimakan dengan mihun, mee atau pasta. Tapi macam terbalik pula... sup jadi macam menu utama, dan satay jadi side menu pula. Sup lagi laku dari satay. Huhuhu.... mungkin sebab dah jemu makan satay dari raya pertama. sebab tu sup jadi pilihan. Tapi bila dah siap menghidang, lupa pula nak snap gambar. Sempat ambil gambar masa anak2 posing dgn kek jer. Maklum la, mmg tak menang tangan hari tu.

Sekarang, biar gambar pula yang bercerita... tetiba xde mood nak menaip

kek tom and jerry utk irfan

kek minnie mouse utk aisyah... mmg special request dari aisyah ni, tp dia request nak mickey mouse
siap kata... ala umi ni kek minnie mouse, xde pun mickey mouse...
hahaha, saya ingatkan dia tak perasan... so lain kali xleh nak under estimate anak sendiri :)

birthday boy posing dengan kek

birthday girl pun nak posing jugak dgn kek

masa untuk potong kek... ok kita potong sama sama...
lilin tu just sebagai hiasan.... tak pasang pun!
ummi tolong aisyah potong kek sbb aisyah tak dpt nak potong kek tu...

Monday, September 27, 2010

gambar raya anak anak 2010

Tahun ni, seperti biasa kami sekeluarga beraya di Tanah Merah, rumah mentua. Sambutan pun macam tahun2 lepas juga. Mengulangi rutin yang sama. Pagi raya iaitu lepas solat hari raya, kami bermaaf maafan antara satu sama lain. Lepas tu pergi menziarah rumah sanak saudara yang terdekat.

Biasanya lepas zuhur, kami sekeluarga akan beraya di rumah saya pula di Kota Bharu. Tapi disebabkan raya thn ni jatuh pada hari Jumaat, tak sempat nak balik beraya kat Kota Bharu. Lepas Asar kami bertolak ke rumah arwak tok di Besut. Disebabkan bertolak lewat sikit dan jalan agak jammed, so kami sampai kat besut dah dekat maghrib. Masa tu semua sepupu sepapat dah balik. Tak sempat nak jumpa dengan dia org. Huhuhu...

Lepas Isyak, kami pun bertolak pulang ke Kota Bharu. Lewat juga sampai rumah. Sampai rumah, nasib baik ummi belum tidur dan adik beradik lain masih lagi ada. Sempat la malam tu cium tangan ummi dan bermaaf maafan bersama adik beradik lain :)

Raya kedua pula, pagi pagi lagi kami sekeluarga pergi menziarahi pusara arwah ayahanda. Selesai membaca Yassin, kami pergi beraya rumah sanak saudara terdekat yang buat open house. Dalam tengah hari balik baru balik rumah. Anak anak semua dah tertidur kepenatan. Lepas solat Zuhur, saya dan en suami pergi Tesco utk cari bahan utk masak masak pada raya ketiga (nanti saya buat entry khas utk raya ketiga :).  Anak anak saya tinggalkan kat rumah. Bandar Kota Bharu masih lagi lengang pada hari raya kedua.

Balik dari Tesco, terus sembahyang Asar dan bersiap untuk ke rumah sepupu suami yang adakan majlis akikah kat bunut susu, Pasir Mas. Perjalanan ke buntu susu agak mengambil masa disebabkan jalan jammed. Sebelum ni, kalau dari rumah saya ambil masa dalam 20 minit jer ke bunut susu, tp time raya ni ambil masa sejam lebih. Penat juga melayan karenah anak anak dalam kereta bila jalan jammed mcm tu. Dah nak dekat mahgrib baru sampai rumah yang dituju. Dalam pukul 9.30 mlm bertolak pulang ke rumah saya di Kota Bharu.

Sebaik saja sampai rumah, kebetulan ada sedara belah ummi baru sampai. Lepas tetamu pulang, saya dan kakak ipar mula bersiap apa yang patut untuk juadah keesokkannya. Pukul 1.30 pagi baru masuk tidur pada hari raya yang kedua.

Jom tengok gelagat anak anak pada pagi Satu Syawal



irfan buat muka notty

danish dan irfan

aisyah yang masih bad mood... sbb pagi2 dah kena kejut dari tidur

danish dan aisyah

Gambar ketiga tiga beradik tak dpt nak snap... huhuhu, anak baru 3 pun bukan main susah nak kumpul sama sama utk bergambar...


Thursday, September 23, 2010

buku resepi

Hari Selasa lepas, saya order buku resepi kat Chef Hanieliza. Saya ni memang peminat setia kak liza. Kalau dulu, selalu belek fotopages kak liza untuk cari resepi. Tapi sekarang kak liza dah update banyak resepi dalam blog. Kebanyakan resepi tu, saya print dan tampal dalam buku masakan. Tapi sekarang, bila kak liza dah keluarkan buku resepi sendiri, saya sangat teruja utk dapatkannya.

Sebelum ni kak liza dah hasilkan 15 buku resepi Senangnya Memasak. Saya ada la buat beberapa koleksi. Tapi bila tengok blog kak liza yang dia dah keluarkan buku resepi terbaru ni, saya pun terus order dan buat bayaran. Terkejut juga bila hari Rabu (semalam), buku tu dah sampai.

berbunga hati bila dapat bungkusan macam ni

Ni dia buku resepi dr kak liza

Resepi dari kak liza ni mudah nak ikut dan bahan2 senang nak cari kat kedai. Lagi satu, masa masak pun cepat jer. Sebab tu saya suka sangat buat koleksi resepi kak liza ni. Bermula dari situ, saya rajin la sikit nak ke dapur. Kadang-kadang benda simple pun saya tak tahu masak. Tapi bila tengok resepi kak liza, bukan susah pun nak masak. Bila sekali cuba dah menjadi, lagi la teruja nak memasak. So sekarang ni, bila nak masak rumah mentua pun, dah konfiden skit :)

Yang best bila order terus dari Kak Liza, siap ada tanda tangan dari chef lagi... lagi la bersemangat nak cuba resepi lain :)

Tuesday, September 21, 2010

danish 7 bulan

Malas lagi nak bercerita pasal raya. Lagi pun banyak gambar raya dalam lappy en suami. Tak sempat lagi nak pindah dalam pen drive. Tapi bila tengok kalendar, hari ni dah 21 September. So, semalam danish dah genap tujuh bulan. Dah besar pun anak ummi ni :)

Alhamdulillah, danish dah makin sembuh. Tak de la nampak danish wheezing sgt. Masih aktif bermain dan selalu explore sekitar rumah dengan lasaknya. Pasal makan pun danish tak cerewet sangat. Setakat ni dia masih telan dengan berselera bubur nasi yang saya sediakan. Memang saya sediakan bubur nasi kosong jer. Belum tambah ikan bilis, ayam atau sayuran. Nak tunggu lapan bulan baru nak perkenalkan ikan bilis, ayam atau sayuran. Pernah sekali saya sediakan puri epal. Tapi danish tak nak makan. Mungkin sbb rasa epal yg masam manis tu danish tak biasa. So, saya yang habiskan puri epal tu. Ermm, mmg sedap la dapat makan puri epal :)

Danish sekarang ni dah pandai panggil abah. Bila nangis pun kekadang dia panggil abah. Jeles jugak bila dengar. Memang susah sikit nak sebut ummi, kan? Tapi kadang kadang ada juga danish panggil 'ma' sebab tak dapat lagi sebut ummi. Bila orang cakap babai pun, dia dah pandai lambai tangan.

Sunday, September 19, 2010

anak anak x sihat :(

Hari ni dah mula kerja... banyak juga benda nak kena settle. Maklum la bercuti panjang selama dua minggu. Tapi tak raya sakan pun. Sambutan raya yang ala kadar jer. Ingatkan nak sambung cuti lagi sebab anak anak kurang sihat. Tapi, bila tengok anak anak dah ok sikit, bersiap juga datang pejabat.

Irfan demam. Hari ni dah masuk hari ketiga. Dah lama Irfan tak demam. Mungkin sebab banyak sangat main, tidur kurang, makan minum pun kurang, tiba2 jer badan panas. Bukan selalu boleh jumpa dengan sepupu sepapat. Bila jumpa, memang main sampai tak ingat. Nasib baik hari ni dah ok sikit. Tapi hari ni irfan mcm batuk2 pulak.

Aisyah pula batuk dan selsema. Tapi tak demam. Selsema pun tak de la teruk sangat. Cuma time batuk, kesian betul tengok. Beria aisyah cuba keluarkan kahak. Kadang2 berjaya, kadang2 tidak. Huhuhu... sabar  je la... nasib baik aisyah tak meragam sangat. Risau jugak kalau selsema berlarutan, nanti kena lelah pulak. Harapnya aisyah pun cepat sembuh!

Si kecil danish pula, kena lelah. Mula mula, dia selsema. pastu batuk. Dua hari lepas tu, kena lelah pulak. Dah bawak jumpa doktor. Doktor bagi ubat lelah, cairkan kahak dan batuk. setiap kali time makan ubat, kena berperang dengan danish. Susah betul nak telan ubat. Nasib baik Irfan dan aisyah dah tak perlu berperang time makan ubat.

Saya doakan semoga semua anak anak cepat sembuh... Bila semua anak anak tak sihat, rumah pun macam hilang seri jer... Cepat baik yer sayang!

Wednesday, September 8, 2010

salam aidilfitri

Sekarang kita dah berada di penghujung Ramadhan. Sehari dua lagi Ramadhan akan berlalu meninggalkan kita. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat ganjaran daripada Nya dan dapat diteruskan lagi untuk bulan bulan yang seterusnya, Insya Allah...

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Aidilfitri kepada semua pengunjung blog yang tak seberapa ini. Sekiranya ada terkasar bahasa atau sebarang komen yang mengguriskan hati, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Terimalah beberapa rangkap pantun dari saya:

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang

 
Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

 
Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah

 
Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang mulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia

Satukan hati,  itulah indahnya silaturahim.
Di hari kemenangan kita padukan keikhlasan untuk saling memaafkan.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
Mohon maaf zahir dan batin

Thursday, September 2, 2010

kopiah raya

Sebelum puasa hari tu, ada singgah blog Kak Sara. Berkenan sangat dengan kopiah yang digayakan oleh anak-anaknya. So, saya pun order jugak  untuk anak anak kat Puan Lina. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan!

Semalam, kopiah yang saya tempah dah sampai. Seronok sangat anak anak dapat pakai kopiah baru. Disebabkan tema raya tahun ni hijau, so saya tempah kopiah pun color hijau. Satu utk irfan dan satu untuk danish.

Cantik, kan?
Ni pulak aksi adik beradik gayakan kopiah baru masing masing...
Tapi, aisyah paling kesian... nangis nangis nak jugak kopiah baru... so, bagi pinjam kopiah abg irfan. Lepas tu, dia pun nak posing sama...
Tgk, bukan main gembira lagi aisyah bila boleh posing dengan kopiah abg irfan :)

Wednesday, September 1, 2010

jus roselle

Sekarang ni, waktu berbuka jer mesti nak minum jus roselle. Sedap sangat jus ni. Rasa masam manis lebih kurang ribena. Ada orang kata jus roselle ni minuman rasmi negeri terengganu. Sejauh mana kebenarannya, saya pun tak berapa pasti :)
Saya juga tak pasti, adakah jus ni juga boleh digolongkan sebagai milk booster atau minuman panambah susu. Tapi sejak akhir2 ni, production susu amat memberangsangkan. Sekali pam dapat dalam 6 oz. Tiga kali pam dapat 18 oz. Mungkn kuantiti ini adalah biasa bagi ibu2 yang lain. Bagi org yang x byk susu mcm saya ni, kuantiti mcm ni sangat menggembirakan :). Syukur sangat sebab dapat simpan susu buat stok.

Dalam bergembira tu, saya masih lagi tertanya-tanya.... apa saya makan, dapat susu meriah mcm ni? So, saya buat kesimpulan roselle juga adalah milk booster utk saya. Lagipun harga jus roselle ni sangat berpatutan, satu gelen jus roselle hanya RM10. So, bagi yang berada kat area kuala terengganu, boleh la cari jus ni utk hidangan berbuka puasa sambil meng'up'kan production susu :)