Monday, March 28, 2011

Vacation 3 @ Aquaria KLCC

Selesai sesi photoshoot, kami ke Petro Sains KLCC
tapi dah fully booking, then tukar plan ke Aquaria
kami jalan kaki dari Petro Sains ke Aquaria
ambil masa dalam 15 - 20 minit
anak anak well behave
tak banyak karenah walaupun berjalan agak jauh
kami melalui walkway ni
ni pulak pintu masuk aquaria
sebelum masuk ada sesi bergambar bersama keluarga
pada hari tersebut
semua keluarga yg berkunjung kena bergambar dulu
lepas sesi bergambar, en suami beratur beli tiket
saya dan anak anak terus ke ruang menunggu

masuk jer dalam aquaria
anak anak la paling seronok
mcm mcm soalan yang dia orang tanya
ni ikan apa, tu ikan apa
jenuh nak explain
lagipun ummi dan abah dia org pun
bukan kenal semua jenis spesis ikan, huhuhu
tp over all, dlm byk2 bhgn kat aquaria tu
bahagian ni yg anak2 paling suka
iaitu undersea walkway
berkali kali kami sekeluarga melalui terowong ni
kalau tak silap, dalam tujuh pusingan juga
sampai last2 saya dah pening kepala
baru anak2 setuju nak ke tempat lain

mcm mana anak anak tak seronok
boleh tgk mcm2 spesis ikan yang berenang dlm kolam
kebetulan masa kita org pergi tu
adalah musim krismas
so, perenang yang memberi makanan kat ikan
memakai kostum santa claus
lagi la double excited anak2 tgk santa claus tengah berenang

harapnya pengalaman berada di aquaria
dapat memberi pengalaman yg bermakna buat anak anak
sampai sekarang pun aisyah duk tanya lagi
ummi, bila kita nak pergi tgk ikan mcm hari tu???
hahaha, sy jawab...
tunggu adik besar la dulu :)
Insya Allah, nanti kita ke sana lagi
p/s: kamera tak bawak masa pegi sana, semua ganmbar kat atas adalah ihsan dari mr google
ada jugak ambil gambar beberapa keping guna kamera handset tp semua gelap gelita mcm dlm pic atas ni, huhuhu

NuKilaN:

Monday, March 21, 2011

Vacation 2 @ photoshoot

Hari Jumaat (10 Dis 2010) kami bertolak ke KL
kat KL kami menumpang di rumah abang ipar area Gombak
hari sabtu saya menghadiri ujian bertulis
then hari Ahad, saya dah tempah outdoor photoshoot
lokasi pilihan kami adalah KLCC

dah lama sebenarnya mempunyai impian nak berphotoshoot kat KLCC ni
sebelum kahwin dgn en suami lagi
bila duk berjalan dari blog ke blog
terjumpa blog PDM yang kebetulan ada promosi
apa lagi, saya terus booking tarikh
gambar header kat blog ni pun adalah hasil tangan PDM tau
jom layan hasil tangan beliau yg lain

aisyah main buai
bawa train bersama sama
sayaaang adik!
cak!
syok nyer main gelungsor
ni utk ummi...
walaupun kami ada masa sejam jer utk berphotoshoot
tp, mmg sangat penat
anak anak tak beri kerjasama sangat
kesian pulak kat PDM
ke sana ke mari mengejar anak anak
memang mencabar nak berphotoshoot dengan tiga anak kecil 
yang tersangat aktif dan lasak
but, you have done your job perfectly, sis!
nice to know you :)

NuKilaN:

Wednesday, March 16, 2011

Vacation 1 @ The Zon Regency, Johor Bahru

Dah lama tertangguh nak buat entry 
pasal cuti cuti Malaysia tahun lepas
Takpe la, lambat 'byk' pun
janji ada juga kenangan kat blog ni

Destinasi pertama kami ke Johor Bharu
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Johor Bahru mengambil masa 11 jam
kami bertolak dari KT pukul 8 pagi
sampai JB dalam pukul 7 malam 
lama betul perjalanan, 
nasib baik budak budak ok jer

danish mmg maintain dan cool sentiasa
aisyah pulak, asyik duk tanya, "lambat lagi ke ummi?"
then, utk menghilangkan kebosanan
mcm mcm lagu yang dia nyanyi
yang kelakar nyer, mcm mcm lirik yg dia cipta sendiri
ada bakat mencipta lagu rupanya anak dara saya ni
Irfan pula, lebih banyak tidur semasa perjalanan

kami di JB selama empat hari
aktiviti anak anak sepanjang saya berseminar adalah mandi kolam
ni gambar dia orang yg seronok mandi kolam

 irfan dan aisyah
 aisyah
 irfan in action
danish tak join abg dan kakak
cuma memerhati dari jauh jer

NuKilaN:

Thursday, March 10, 2011

sambutan birthday danish

Dalam kesibukan yang amat dua tiga minggu lepas
sempat juga celebrate besday danish
anak anak lain mmg potong kek masa birthday pertama
rasa ralat pula kalau tak belikan kek utk danish

lagi pun hari tu (20/2/2011) sgt bermakna tau
danish genap setahun means my bf journey pun dah genap sethn
Alhamdulillah, syukur sgt pada Nya
diberi peluang utk menyusukan danish selama setahun
Insya Allah, misi ini akan diteruskan sehingga 2 thn
semoga dipermudahkan oleh Nya... amin!

celebrate kecik kecik jer
just beli kek + satu set ayam kfc
tu pun tak berhabisan utk kami berlapan
aik, kenapa berlapan?
hehehe, kami sekeluarga dah ada lima
abah, ummi, irfan, aisyah, danish
campur tok ummi, mak sedara sebelah rumah
and our maid
then, enjoy the piccas...
birthday boy... bila tanya mana gigi
mesti tunjuk mcm ni
kek birthday
sbb nak cepat, 1st birhday pun lupa nak tulis
irfan dan aisyah yang sabar menunggu
anak anak bergambar bersama
NuKilaN:
 

Wednesday, March 9, 2011

rambut pacak

Irfan sekarang ni suka sangat fesyen rambut pacak
Dia pakaikan minyak kat rambut
then buat rambut jadi terpacak
kat mana dia belajar pun tak tahu
setakat dia sorang xpe lagi
ni danish pun jadi mangsa jugak
biar gambar jer yg bercerita


keadaan sebelum kejadian

danish dgn rambut terpacak

pandangan sisi

tukang buat fesyen
bukan main seronok lagi ada geng rambut pacak yer??

NuKilaN: