Friday, January 27, 2012

pound, pence, penny

Saya masih dalam proses nak biasakan diri dengan matawang di sini. Rasa macam susah pulak berurusan dengan duit syiling ni.

Kalau kat Malaysia, ada 3 jenis jer duit syiling yang kita guna - syiling 50 sen, syling 20 dan syiling 10 sen. Syiling 5 sen memang dah jarang guna. Apatah lagi kalau syiling satu sen - langsung dah tak laku.

Kat sini situasinya sangat berbeza.
Kalau 1 pound tu macam seringgit kita. Tapi ia dalam bentuk syiling. Duit ni senang nak kenal sebab ia berwarna keemasan. Duit syling dua pound juga dalam bentuk syiling.

Kalau 10 pence macam 10 sen kita. Ada juga 5 pence, 20 pence dan 50 pence.

Kalau 1 penny, macam 1 sen kita.

Duit kertas yang biasa guna GBP 5, 10 atau 20. Duit kertas GBP 50 jarang digunakan di sini sebab bila shopping pun jarang mencecah 50. Biasa bila kami shopping, jarang mencecah 10 pound sebab barang kebanyakannya bawah 1 pound (especially buah-buah). Lagipun tak banyak kedai yang akan menerima note 50. Bila kasi note 50, kena scan bagai takut duit tu palsu.


NuKilaN:
 

5 comments:

  1. puh gtu..tp baca pun pening gak..hehe.mungkin klu hari2 pakai, xpening dah..anak2 akak sihat?dah biasa ngan cuaca ke?

    ReplyDelete
  2. Akak kata 1 pound macam seringgit kita, tapi duit 50 pound jarang guna sebab bila shopping jarang cecah amaun tu.

    Kat Malaysia, RM50 bagaikan air je bila shopping kan? Jadi 1 pound dah tentulah tak macam RM1 nilainya bila berbelanja.

    Kesimpulan: Barang kat Msia mahal.

    Saya ingat dulu Zul Helmi kata diorang guna kad debit je untuk belanja sebab tak kuasa nak usung duit2 syiling ke hulu ke hilir. Akak belum dapat kad lagi kot.

    ReplyDelete
  3. Imaan09: hahaha, tu la pasal... alhamdulillah, anak-anak tak de masalah... boleh tahan cuaca sejuk :), dia orang duk tunggu, bila la snow nak turun

    Silah: akak setuju.... harga barang di Mesia sgt mahal... seronok bila shopping kat sini ;)

    POS: Kalau nak keluar shopping, kena make sure ada minima RM100

    ReplyDelete
  4. memang mahal berbelanja kt sini, setakat RM50-RM100, rasanya sekejap aje licin

    ReplyDelete
  5. akak, sebab tu saya shopping kat UK kalau borong baju banyak2 diorang pandang semacam je. hahaha, agak jakun jugakla memula shopping kat sana, nak bayar duit syiling kene belek2 dulu sebelum bayar takut salah bagi.

    kitorang mmg bawak banyak duit 50pound, sebelum diorang terima, diorang scan dulu.... hmm, syoknya shopping kat UK kan...:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails