Sunday, April 29, 2012

kebaikan susu ibu kepada bayi

Walaupun danish sudah bercerai susu, saya tetap suka baca buku dan artikel bekaitan penyusuan. Tambahan pula, pelbagai buku penyusuan dan keibubapaan boleh didapati dengan harga yang murah di sini. Banyak buku terpakai yang boleh dibeli di amazon dengan harga yang murah.

Hari ni nak kongsi tentang buku "Food of Love" dari Kate Evans. Sangat suka baca buku ni sebab ia banyak ilustrasi bergambar dan penerangannya yang sangat mudah nak faham. Kate menggunkan simple english yang mudah difahami.

Ni salah satu helaian yang menceritakan kebaikan susu ibu kepada si anak'

Bayi menyusu susu ibu adalah lebih sihat.

NuKilaN:
 

Thursday, April 26, 2012

Tidur dalam kelas

Hari ni nak cerita pasal Aisyah. Ada ke patut Aisyah tidur dalam kelas. Lama pulak tu... cikgunya kata hampir sejam lebih dia tidur. Mungkin terlalu penat atau kurang sihat.

Balik rumah, saya pun mula penyiasatan.

Ummi: Betul ke cikgu kata kakak tidur dalam kelas?
Aisyah: Ermm, kakak mengantuk sangat. Sebab tu kakak tidur dalam khemah.
Ummi: Aik, khemah kat mana? Dalam kelas ke luar kelas?
Aisyah: Dalam kelas la. Khemah tu yang tempat banyak buku. Bila kakak baca, kakak mengantuk. Lepas tu kakak tidur la...

Hahaha, tu dia pengakuan jujur kanak-kanak lima tahun. Ummi pun lega. Ingatkan Aisyah tidur sebab tak sihat.

Cikgu kat sini biar je Aisyah tidur sehingga sejam lebih. Agak-agak kat Malaysia, kalau tidur dalam kelas kena marah tak?


Nota ummi: Teringat pulak masa form 2, ummi pun pernah juga tidur dalam kelas. Masa tu subjek sejarah. Ummi memang tak minat sejarah. Dah la subjek last sekali sebelum balik. Sampai sekarang ummi ingat lagi mcm mana cikgu sound ummi sebab tidur. Tapi lepas tu, mmg mata terus segar... kikikiki!
Mommies ada pengalaman tidur dalam kelas tak?


NuKilaN:
 

Monday, April 23, 2012

trim rambut

Saya memang tak suka tengok rambut anak teruna panjang. Rasa rimas jer tengok mereka berambut panjang. Kat sini, agak mahal kalau nak potong rambut kat kedai. Dalam £4 untuk satu kepala. Kalau 3 kepala, jadi £12. Pound covert ke RM jadi 12xRM5 = RM60... fuh telan air liur jugak la kan... (walaupun selalu ingatkan diri sendiri jangan convert... tp mmg aura convert to RM sentiasa bermain di kepala, nak buat mcm mana... ekekekeke)

So, en suami beli hair trimmer utk potong rambut anak-anak dan abahnya sekali. Dua kali guna dah balik modal harga trimmer... mmg sangat berbaloi. Dan tukang gunting tak bertauliah itu adalah ummi mereka.

Sabtu lepas, saya dah mulakan operasi menggondol rambut mereka bertiga - irfan, danish dan diikuti oleh abah.  Nak potong rambut abah sangat senang sebab banyak dan lebat. Guna no 3 untuk satu kepala dah settle. Untuk Irfan pula, agak susah sebab rambut Irfan agak jarang. Rasanya saya gunakan no 9. Kalau pendek sangat jadi tak cantik sebab nampak nampak kulit kepala.Untuk si danish pula, saya gunakan no 13 sebab rambut danish sangat jarang.

Tapi rasa rugi pulak tak snap gambar semasa operasi berlangsung. Danish sangat behave sepanjang saya potong rambutnya. Mmg dia pun turut eksaited nak potong rambut bila tengok si abang dah jadi handsome lepas potong rambut.

Bila cari gambar dalam handphone, jumpa gambar ni paling last saya snap sebelum operasi penggondolan:
 tengok la rambutnya kusut masai
sebab tu org selalu ingatkan danish ni gegirl kot

Ni pulak gambar selepas...
Taraa....

Handsome tak saya?
Muka suruh senyum, tapi buat muka mcm nak nangis
Danish, danish... cheeky la awak ni :)

NuKilaN:
 

Friday, April 20, 2012

2 tahun 2 bulan - bercerai susu!

Danish dah masuk 26 bulan. Kalau sebelum ni danish allergic dengan susu lembu, tapi sekarang alhamdulillah, dia dah boleh telan makanan yang berasaskan susu lembu macam coklat dan keju. Dah tak ada masalah!

Kat sini pun saya dah ajar danish minum susu segar. Nasib baik susu segar kat sini murah dan sangat sedap. Dalam beberapa hari lepas, saya baru perkenalkan danish dengan botol susu. Dah lama danish tak minum susu dalam botol. Memang danish nampak kekok minum susu dalam botol. Dia macam keliru mcm mana nak hisap dan dalam masa yang sama nak kena telan susu yang bertakung dalam mulut. Sangat kelakar!
Tengok tu, cara lekapan pun dah salah :)

Tapi biasanya danish akan menyusu badan apabila malam sahaja. Siang hari dia ralit bermain dan jika dia minta sekalipun, saya akan tawarkan susu segar sahaja. Alhamdulillah, danish tidak membantah. Saya selalu ulang macam ni, "Adik dah besar, dah tak boleh minum susu ummi tau!" - semenjak usia danish mencecah 2 thn. Dalam sehari, dua tiga kali saya ulang benda yang sama. Saja nak psiko danish supaya nanti senang nak ceraikan susu.

Dan sekarang, apabila datang bulan, nipple agak terasa sakit apabila danish menyusu.  Saya fikir, mungkin dah sampai masanya untuk danish berhenti menyusu badan. Danish pun dah seakan mentally prepared utk wean-off. Jika danish minta menyusu sebelum tidur, saya akan ulang ayat yang sama.

Untuk malam yang pertama, danish menangis bila saya kata dia tak boleh minum susu ummi. Danish menangis, tapi menangis sekejap jer. Bila saya peluk danish dan letakkan muka danish di dada, dia terus tidur. Saya lega!

Malam kedua, saya ulang ayat yang sama. Danish dah tak menangis tapi ada sedikit raut sedih dimukanya. Cepat-cepat saya peluk danish dan lekapkan mukanya di dada. Sekali lagi danish tidur dalam dakapan saya.

Malam ketiga, danish minta lagi nak susu. Saya tak terus tolak, tapi cuba gantikan dengan susu segar. Danish setuju dan tak sempat pun susu habis, danish dah tidur. Dan untuk malam malam yang seterusnya, danish minta susu dan saya gantikan dengan segar sebelum tidur. Alhamdulillah, misi menceraikan susu untuk danish berjalan lancar.

Tamatlah perjalanan menyusu saya buat anak yang ketiga, Ahmad Danish. Tempoh menyusu yang paling lama jika dibandingkan dengan si abang dan si kakak. Terima kasih Ya Allah, akhirnya saya berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun 2 bulan. 
Danish yang dah besar :)


NuKilaN:
 

Wednesday, April 18, 2012

monster footprints

Pagi tadi masa hantar kakak ke sekolah, saya agak terkejut melihat keadaan kelas yang agak berselerak dan terdapat kesan tapak kaki disertai lumpur+ranting kayu+daun kering pada lantai kelas. Bentuk tapak kaki tu lebih kurang macam ni...
Tapi tak de la colourful macam gambar kat atas ya. Yang ada dalam kelas kaler coklat. Ada juga seorang parents yang bertanya tentang tapak kaki tersebut. Cikgu kelas pun cakap, "I don't know what happened last night. It's looks like something broke into the class.. bla bla bla..". Dalam hati saya berkata, "Eh, buat apa nak peach masuk dalam kelas tadika".

Lepas bawa aisyah masuk bilik bersalin dan gantungkan kot di tempat yang disediakan, saya bawa aisyah ke tempat yang ada buku. Lepas tinggalkan Aisyah bersama buku-buku tersebut, saya terus menuju ke pintu untuk keluar dari kelas. Sebelum keluar, saya ternampak pada selonggok kertas yang mungkin akan diedarkan kepada murid-murid. Saya sempat baca apa yang tertulis pada kertas tu. "Dear class, can you guess what is the thing that broke into our class?". Hahaha, saya sengih sorang2 bila baca kertas tu... Tipah telah tertipu....  Rupanya tapak kaki tu adalah salah satu daripada lesson plan cikgunya pada hari ini... Beria sepahkan kelas hanya untuk belajar tentang monster!

NuKilaN:
 

Tuesday, April 17, 2012

alat bantu belajar

Kat sini, saya dah jatuh cinta dengan alat bantu belajar dari Leap Frog (LF). Banyak betul educational product brand LF kat UK. Nak dapat yang baru memang agak mahal, tapi boleh dapat dengan harga yang murah dari ebay utk barangan terpakai- dengan syarat kena rajin bid. Walaupun barang dah pakai, tapi bila terima barang, mmg boleh dikatakan macam baru lagi. Bila description item kata 'like new", barang yang diterima mmg macam baru.

Memang sangat teruja masa mula-mula dapat barang. Sekarang saya dah dapatkan setiap orang anak satu set reading system. Masa kat Malaysia dulu mmg dah lama survey menda alah ni. Tapi bila tengokkan harga, simpan dulu hajat tu di lubuk hati.

Bila datang UK, nak tak nak, rasa mcm bertanggungjawab pula untuk menggalakkan anak-anak menguasai English supaya mereka tidak ketinggalan sangat dan mengelakkan rasa rendah diri untuk bergaul dengan kawan-kawan. Reading system dari LF bermula dari seawal bayi lagi. Maka saya belikan leappad little touch untuk danish, Myfirst leappad untuk Aisyah dan Leappad learning system untuk Irfan.
leappad untuk irfan

little leap pad touch untuk danish

my first leap pad untuk aisyah

semua gambar dari encik google
mood nak upload gambar zero sekarang ni
nak update blog pun agak malas
nanti ada masa nak tulis review asal ketiga-tiga menda alah ni
Insya Allah :)

NuKilaN:
 

Monday, April 2, 2012

Year Two

Hari ni nak cerita kisah sekolah Irfan. Kalau kat Malaysia, Irfan darjah satu, tapi kat sini irfan dan masuk Year Two. Alhamdulillah, Irfan dah semakin seronok ke sekolah.

Saya selalu terfikir, macam mana la keadaan Irfan kat sekolah. Dah la saya tak pernah ajar dia bercakap dalam English. Sekali kena belajar dalam bahasa Inggeris dan bergaul dengan kawan2 dalam bahasa Inggeris. Kemudian saya membuat andaian, mungkin Irfan dah boleh faham apa yang orang cakap cuma tak tahu mcm mana nak relpy in English. Sekarang ni Irfan dah boleh dan suka layan movie dan kartun dalam English.

Kadang-kadang bila balik sekolah, Irfan akan tunjukkan stiker berbentuk star yang dapat dari sekolah. Kebanyakannya adalah hasil kreativiti Irfan kat sekolah. Selain stiker, selalu juga Irfan bawa kad dari sekolah mcm ni.


Walaupun Irfan belum pandai berbahasa in English, tapi cikgu kat sini tetap beri pujian dalam bab lain seperti melukis. Sebab tu anak-anak sangat seronok ke sekolah. Saya pun turut rasa lega sebab anak-anak dapat membiasakan diri di negara orang. Lagi satu yang saya suka dengan sekolah kat sini - tak de homework. Saya pun suka, anak-anak lagi seronok sbb tak perlu buat homework :)

NuKilaN: