Thursday, May 31, 2012

Alton Towers :: Nutty Squirrel

Ia adalah ride pertama yang kami naik. Ride ni macam yang ada kat Bukit Merah Lake Town resort kalau tak silap. Tak de apa yang menarik pun, tapi anak-anak memang seronok sebab dapat keliling taman dan boleh tengok macam2 di sekitar taman. Saya naik dengan Irfan dan Aisyah, Danish pula ride bersama abahnya.

Irfan dan Aisyah posing
 Menikmati pemandangan taman dari udara
 Kakak dah siap kata, lepas ni kita naik traktor kat bawah pulak
Pemandangan Sonic Spaceshot dari atas Nutty Squirrel... 
Tak naik pun ride tu.. tak berani sebab dah serik... kali pertama dan kali terakhir naik roller coaster masa kat genting highlands... rasa menyesal sangat lepas naik dan janji pada diri sendiri takkan naik lagi roller coster yang terlebih extreme :)

Mommies berani tak naik roller coaster cenggini?

NuKilaN:
 

Monday, May 28, 2012

Alton Towers :: Storybook Land

Ini tempat persinggahan pertama.
The Storybook land.

Perasan tak ada patung tikus di belakang Aisyah dalam gambar kat bawah tu... Ada buku yang disediakan yang boleh ditekan dan tikus tersebut akan bercerita. Landscape di sekeliling menjadikan kita seolah-olah berada di dalam cerita tersebut :)
 Posing ramai-ramai... 
Kami tak lama di sini. Anak-anak dah tak sabar nak naik ride kat belakang tu... Nutty Squirrel - cerita dalam next entry pulak :)

NuKilaN:
 

Saturday, May 26, 2012

Alton towers

Bulan Mac lepas, kami dapat tiket free dari paper The Sun. Kumpul sembilan token setiap hari, dapat dua tiket percuma utk ke Alton Towers. Kalau nak beli sendiri memang tak merasa la, sebab harga dua tiket tu adalah GBP85... nak convert ke RM kena darab 5.

Disebabkan Irfan dan Aisyah juga kena beli tiket, saya beli dari ebay jer. Dapat murah sikit, dua tiket tak sampai GBP20 :)

Bertolak dari Bradford seawal 6.00 pagi, kami sampai di Alton Towers hampir pukul 9.00 pagi. Sekarang dah masuk summer. Pukul 5.00 pagi pun dah keluar matahari. Pukul 6 pagi tu dah macam pukul 9 pagi kat Malaysia. Ingatkan kami yang paling awal, rupanya dah ramai yang sampai lebih awal dari kami.

Daripada tempat parking kereta, kena naik monorail untuk ke Alton Towers. Ni entrance untuk ke stesen monorail.
 Bila tengok map ni, anak-anak dah mula teruja untuk cepat2 ke masuk ke dalam park.
 Monorail kat sini mmg sgt cekap. Tak sampai 5 minit sekali ada monorail untuk bawa kami ke park. Aisyah sempat posing dalam monorail.
 Horeyyy, dah sampai pintu masuk Alton Towers. Park dibuka pukul 10 pagi, tapi kami dibenarkan untuk masuk awal. Aktiviti posing depan main entrance sebelum masuk :)
Masuk jer dalam park, kami disambut oleh Sid dan kacangnya. Sempat juga bergambar dengan Sid. Tapi Aisyah takut nak pergi dekat dengan Sid.

Nanti akan cuba update lagi tentang aktiviti di Alton Towers... overall, mmg sangat best  dan berbaloi dengan tiket free yang kami dapat :)

NuKilaN:
 

Gigi jadi duit?

Sambung lagi kisah irfan cabut gigi dari entry ni.

Beria Irfan minta nak simpan gigi yang dicabut. Saya tanya, nak buat apa dengan gigi tu? Irfan cakap nak letak bawah bantal. Nanti bangun pagi esok gigi tu akan jadi duit. Saya cuma senyum jer. Mengiayakan tidak, menidakkan pun tidak. Saya cuma layankan saja.

Si kakak juga mengiyakan sama.. Ni mesti terpengaruh dengan tooth fairy. Bila tidur sebelah malam, pari-pari akan datang untk memberikan duit bila letak gigi di bawah bantal.

Gambar::Gigi letak bawah bantal, tapi tuan gigi takde pula tak tidur atas bantal :)


Keesokan hari, Irfan bersiap seperti biasa untuk ke sekolah. Sebelum keluar rumah, dia baru teringat tentang giginya. Disebabkan dah lewat nak ke sekolah, Irfan mengangguhkan dulu hasratnya. Balik ajer dari sekolah, cepat2 check naik atas dan check bewah bantal. Tercalit sedikit kesedihan di wajahnya kerana gigi tetap gigi. Tiada duit yang muncul.

Saya pun terangkan, pari-pari tu memang tak wujud. Biasanya mak ayah dalam cerita tu yang letak duit. Nak bagi ganjaran pada budak2 yang berani cabut gigi. Saya tanya si abah, kenapa tak letak duit bawah bantal? Abah kata, tak nak beri kepercayaan karut kat budak2... a ah, iye jugak...  jawab saya dalam hati sambil mengangguk setuju.

NuKilaN:
 

Wednesday, May 23, 2012

WW :: birthday Irsyad

Hari ni nak tempek gambar jer.
Gambar masa birthday party minggu lepas. 
Sebelum kami sekeluarga dikejar anjing dalam entry ini.

Irsyad, birthday boy

kakak

semua tak sabar bak makan kek


irfan dan irsyad

last sekali, posing si adik!

NuKilaN:
 

Sunday, May 20, 2012

cabut gigi

15 Mei 2012 - hari bersejarah buat Irfan. Kali pertama dalam hidupnya, Irfan kehilangan gigi yang pertama di usia 6 tahun 9 bulan.

Kat sini agak susah nak register untuk dentist. Dah banyak dentist practice yang saya call tapi penuh. Nak masuk dalam waiting list pun tak boleh. Nampak gaya kena walk in ke dentist2 yang berhampiran pulak untuk masuk dalam waiting list.

Saya agak cemas bila Irfan mengadu sakit gigi pada hari Ahad lepas.  Saya cuma mampu galakkan dia gosok gigi dan berkumur air garam. Bila dah tak tahan sangat, saya berikan paracetamol. Malangnya sakit gigi yang menyerang Irfan tidak juga hilang - berlarutan tiga malam, dan tiga malam juga kami tidak tidur nyenyak. Siang hari ok pulak. Dia cuma sakit sebelah malam.

Hari Selasa tu, Irfan refuse untuk ke sekolah. Saya tidak memaksanya dan saya mula menyelongkar laman web NHS untuk mencari penyelesaian. Berdasarkan web, ia menyarankan agar saya menghubungi primary care trust (PCT) di kawasan berdekatan. Alhamdulillah, saya mendapat saluran yang sepatutnya. Permohonan saya untuk mendapatkan dentist berhasil.

Pada mulanya, tiada rawatan kecemasan yang boleh diberikan pada hari yang sama. Mereka menyarankan supaya menyambung pengambilan paracetamol untuk mengurangkan sakit sehingga pihak hospital menghubungi saya semula pada keesokan pagi. Tapi beberapa minit kemudian, pihak hospital menghubungi saya kembali. Ada slot kosong pada pukul 12 tgh hari. Ia berita baik untuk Irfan.

Dalam pukul 11.30, kami gerak ke hospital yang dimaksudkan. Selesai mengisi borang, kami menunggu di ruang menunggu yang disediakan. Tak lama lepas tu Irfan dipanggil untuk masuk. Hanya saya dan Irfan sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bilik rawatan. Lepas doktor buat pemeriksaan, doktor menyarankan supaya gigi yang sakit itu dicabut. Saya hanya bersetuju.

Doktor mula dengan membius kawasan sekitar gigi yang nak dicabut. Ia gigi geraham di bahagian atas sebelah kiri. Gigi dah kuat bergoyang. Doktor meminta saya memegang kedua-dua belah tangan Irfan sebagai sokongan. Irfan juga sangat tenang bila doktor membiusnya. Doktor kata, "He is very good. Hard to find a child as strong as him". Saya turut bangga dengan keberanian yang ditunjukkan Irfan.

Lepas bius, kena tunggu beberapa minit untuk ubat bius berkesan. Lepas Irfan kata bahagian gigi yang dibius dah kebas, doktor bersiap sedia untuk mencabutnya. Saya juga tumpang berdebar sama. Tapi Irfan nampak biasa saja. Sungguh, saya sangat kagum dengan semangat Irfan.  Dia begitu berani. Proses mencabut gigi berjalan dengan lancar. Irfan langsung tak menangis. Saya simpan gigi yang dicabut sebagai kenangan.


Lepas cabut, saya tunggu di kaunter untuk bayar kos rawatan. Petugas kaunter kata, "It's free of charge". Rupanya rawatan gigi untuk kanak-kanak adalh percuma. Kalau orang dewasa sahaja kena bayar sikit.

NuKilaN:
 

Thursday, May 17, 2012

6 inci = wajah ibu

Quote dari facebook ini sangat menarik perhatian saya:

Mata bayi yang baru lahir sangat terbatas pandangannya hanya mampu melihat objek sedekat 6 inci sahaja. Itulah hikmah Islam menyuruh menyusu ibu kerana semasa sesi penyusuan, bayi akan mampu melihat wajah ibunya dan itulah wajah pertama yg dilihatnya... Subhanallah.


Indahnya Islam dan bertambah indah bila kita memilih untuk menyusu bayi yang dilahirkan. Kalau ditakdirkan tak dapat menyusu anak, mungkin buku dari B. C. Clare ini boleh dijadikan rujukan:

Kata Kate Winslet, "I just can't praise her enough". Banyak tips yang dikongsikan dan boleh dijadikan sokongan kepada para ibu yang ingin menyusu tapi bayinya menolak atau si ibu yang mempunyai masalah.

NuKilaN:
 

Monday, May 14, 2012

dikejar anjing

Peristiwa yang tak akan dilupakan. Kami sekeluarga dikejar anjing!

Semalam kami menghadiri majlis hari lahir anak kepada seorang kawan. Semasa nak bertolak pulang, en hubby dah bagi peringatan yang ada jiran berhampiran yang memelihara anjing dan anjing tersebut tidak diikat. Bila lihat anjing tersebut sedang ralit bermain, kami keluar perlahan-lahan dari pintu pagar.

Belum sempat kami sampai ke kereta, anjing tersebut meluru ke arah kami. Fuh, kecut perut saya dibuatnya. Nasib baik anjing jenis kecil jer. Saya pesan kat anak-anak jangan lari. Tapi mereka sangat takut bila dikejar anjing. Anak-anak menjerit ketakutan dan berlari.

Melihat anak-anak berlari, lagi laju anjing tersebut lari. Nak tak nak, saya terpaksa memberanikan diri. Saya tunggu jer anjing sampai dekat sambil memegang tangan Aisyah. Danish atas dukungan abahnya bersama Irfan dah jalan kat depan. Saya cuba intai batu kecil di kawasan berhampiran tapi tiada. Ala, nak buat macam mana ni. Kalau lari confirm anjing tu kejar. Saya hanya mampu berdiri kat situ sambil menyalak balik kat anjing tesebut. Lepas berlawan salakan dgn anjing, anjing tu patah balik ke rumahnya. Saya merasa lega.

Ingatkan semuanya dah selesai. Kebetulan kereta pula parking agak jauh. Belum sampai sampai ke kereta, anjing tu datang semula. Lagi sekali berlaku adegan salak menyalak. Kali ni agak lama. Anjing tu macam tak nak berhenti menyalak. Aisyah dah mula menangis dan minta didukung. Lagi la anjing tu menyalak dengan kuat bila tengok Aisyah menangis. Tapi, akhirnya anjing tu berhenti jugak menyalak dan dengan cepat kami berlari masuk ke dalam kereta.

Bila dapat masuk dalam kereta baru rasa lega. Baru jer nak call kawan2 agar berjaga-jaga bila keluar dari rumah, sekali seorang kawan yang mempunyai 4 orang anak keluar dari pintu pagar. Saya fikir mungkin kawan saya sempat masuk dalam kereta sebab keretanya hanya parking di depan rumah. Belum sempat kawan saya memasukkan semua anak-anaknya ke dalam kereta, anjing tersebut meluru ke arah mereka dan anak-anak dia juga lari bertempiaran.

Melihat anak-anak kecil yang sedang lari dikejar anjing, baru tuan punya anjing memanggil dan memarahi anjingnya. Bila tuan anjing memarahinya, anjing tersebut terus melarikan diri. Ke mana anjing tersebut menghilnag pun kami tak tahu. Kami juga sangat bengang dengan tuan punya anjing tersebut - wanita muda dalam awal 30-an. Nasib baik tidak ada benda buruk yang terjadi.

NuKilaN:
 

Friday, May 11, 2012

baca ni...

Dapat ni dari facebook..
 jom belajar baca abjad+nombor...



NuKilaN:
 

Wednesday, May 9, 2012

WW :: Lister Park, Bradford





kenangan musim bunga (7 May 2012)

NuKilaN:
 

Saturday, May 5, 2012

champion of the week

Setiap minggu, sekolah anak-anak akan adakan perhimpunan pada setiap hari Jumaat. Semasa perhimpunan, pelajar yang terbaik untuk akan dipilih. Kalau tak silap, ada beberapa kategori yang akan diberi anugerah seperti terbaik membaca, terbaik menulis, terbaik matematik, terbaik sains yang akan menerima sijil penghargaan dari guru kelas. Pelajar yang terbaik keseluruhan pula akan menerima sijil dan medal dari guru besar.

Tanpa di sangka-sangka, anak-anak juga mendapat sijil semasa perhimpunan kelmarin. Irfan dapat hadiah terbaik matematik manakala aisyah mendapat hadiah terbaik menulis. Ni dia sijil yang mereka dapat:
kakak punya

abang punya

mereka berdua dengan sijil masing-masing

Sebenarnya ni kali kedua Irfan dapat sijil. Kali pertama Irfan dapat sijil dari guru besar. Tapi tak jumpa pulak gambar... kena korek gambar lama sebab bulan 3 lagi... hhuhuhu

Anugerah setiap minggu bermaksud anak-anak juga dinilai prestasi mereka untuk setiap minggu. Selain memberi galakan kepada anak-anak untuk lebih berusaha, mendapat penghargaan sebegini menjadikan mereka lebih bermotivasi untuk mempertingkatkan keupayaan diri dan menjadi yang terbaik, Insya Allah :)

NuKilaN:
 

Wednesday, May 2, 2012

Edinburgh Castle

Ni gambar masa cuti easter lepas (10 April)
Gi jalan2 kat scotland
sempat juga singgah di Edinburgh castle
castle tour dalam hujan

abang
adik
kakak

 mcm bandar pulak dlm castle ni
 trademark scottish
posing dlm hujan
pemandangan on the balik
Subhanallah, cantiknya pemandangan

NuKilaN: