Monday, December 28, 2015

Daftar sekolah

Hari ni dah daftar Irfan dan Aisyah ke sekolah.
Jadi dah dapat semua buku teks dan juga buku tulis.
Lepas ni kena pergi cari plastik untuk balut buku2 teks yang ada.

Ahad minggu depan mereka dah mula sekolah.
Dah tak larat nak tgk mereka main game hari2.
Saja kasi chance mereka main puas2 bila cuti sekolah.
Buka sekolah nanti, semua game2 yang ada kena sorok siap2.
Tunggu cuti sekolah bulan 3 nanti baru boleh main semula.

Gambar2 kat bawah ni gambar lama sebenarnya.
Dah lama sangat perap dalam draf.
Bila saya jemput mereka dari sekolah, mesti mereka request nak pegi pejabat saya.

Aisyah yang sedang siapkan kerja sekolah...
Danish dan Irfan.... 
Danish ni salah seorang peminat setia Sonic... 
Tapi bila kat M'sia susah sikit nak dapat toys Sonic, jadi dia dah tukar pada BoBoiBoy :)

Sunday, December 20, 2015

Tips memilih tembikai

Teringat masa kat Bradford.
Biasanya sebelum beli tembikai, saya cuba tepuk2 dulu buah2 tembikai yang ada.
Padahal, bukannya pandai sangat pun dengar bunyi tu.
Satu demi satu tembikai saya tepuk dan dengar dengan kusyuk sekali.
Tiba2 ada seorang makcik pakistan tanya, "How do you choose a good watermelon?".
Ah sudah, detik saya dalam hati.
Saya bukannya tahu sangat.
Try and error jugak.
Nak terang kat mak cik tu lagi lah tak pandai.
Yang kelakarnya lepas saya explain lebih kurang dia kata, "Never mind.... Just choose two watermelons for me."
Aduss, tak pasal2 kena pilih buah utk makcik tu pulak.
Saya turutkan aje permintaan makcik tu.
Tapi bila balik rumah, lega juga bila buah yang saya beli tu merah dan manis.
Tak tahu la pula apa nasib makcik tu :p

Kebetulan ada pula kawan yg share pasal tips memilih tembikai ni kat FB.
Seperti biasa, empek kat blog biar senang nak rujuk :)




Wednesday, December 16, 2015

WW ::: Suasana kampung





Best kan duduk kampung dengan pemandangan yang hijau dan boleh tgk laut yang biru setiap hari?

Tuesday, December 15, 2015

Menu berpantang

Hari ni dah masuk hari ke-7 Irfan berpantang.
Menu Irfan selama tiga hari berpantang cuma ikan selar bakar dan nasi putih.
Alhamdulillah, dia tak banyak karenah dan makan aje apa yang saya disediakan.
Dia juga faham yang kena pantang supaya luka cepat baik.
Kalau cepat baik, cepatlah boleh keluar jalan-jalan :)

Hari Sabtu, kami ke pasar tani belikan ikan haruan.
Jadi saya buat ikan haruan singgang dan juga ikan haruan bakar.
Bila saya hidangkan menu daging bakar dan ikan haruan singgang, bukan main happy lagi Irfan.

"Wah, sedapnya makanan abe", Terima kasih ummi... hehhee, kata dia.
Bukan main berselera lagi dia makan.

Kadang-kadang, si adik pun teman si abang makan sama.
Saya bakar ikan untuk si abang, si adik pun nak makan ikan bakar jugak.
Jeles dengan si abang agaknya.

Monday, December 14, 2015

Pantai Tok Jembal

Kisah petang Khamis lepas.
MIL ada cakap nak bawa anak sedara ke pantai.
Boleh juga tanam badan dia dalam pasir pantai utk mengubat gatal2 badan yg dia alami.
Jadi saya cadangkan kami ke pantai Tok Jembal.
Sebelum ni, hanya dengar cerita dari kawan2 jer.
Saya pun belum pernah ke sana.
Jadi memandu lah saya berdasarkan lokasi yg diceritakan oleh kawan2.
Abah kena tinggal kat rumah sebab jagakan Irfan.

Akhirnya sampai juga ke tempat dituju.
Betul kata kawan2, bukan main meriah lagi suasana kat sana.
Penuh dengan keluarga yg bawa anak2 mandi manda.
Bukan main seronok lagi Aisyah dan Danish dapat mandi pantai.

Cuaca dah makin gelap sebab kami sampai pun dah lewat petang.
Lepas mandi pantai, Tok Ayah belanja aiskrim pulak..
Lagi laaa berganda keriangan mereka :)
Bukan setakat satu sorang, semua dapat dua kon aiskrim.
Terima kasih Ayah....

Esoknya, Aisyah dan Danish ajak lagi pergi ke pantai tu.
Mereka kata, "Kan dekat jer?".
Tapi mana boleh, bising lah Irfan kalau kena tinggal kali kedua.
Sabar yer Aisyah dan Danish, bila abe Irfan dah sihat nanti kita pergi lagi :)

Friday, December 11, 2015

Bersunat

Bila balik Msia, Irfan dah beberapa kali tuntut janji untuk bersunat.
Saya kata tunggu dulu cuti sekolah.
So bila dah cuti sekolah, dia mula tuntut janji untuk bersunat.
Alahai, saya pula yang rasa tak bersedia.
Sebab sibuk pun ya (dah la student dah nak dekat final exam).
Ummi dia pun belum bersedia untuk Irfan jadi anak teruna.
Rasa masih kecil lagi.
Tapi bila tak sampai seru untuk Irfan bersunat, nak tak nak saya ikutkan juga.
Urusan booking klinik dia pergi sendiri dengan abah.

Selepas dua minggu booking, jadi hari Rabu lepas merupakan hari yang bersejarah buat Irfan.
Mula-mula booking sebelah petang, tapi hari Selasa malam tu pihak klinik call suruh pergi awal pukul 11 pagi.
Dalam pukul 11 kami tiba di klinik.
Masa tu baru peserta no 2 yang berkhatan.
Irfan dapat giliran no 4.
Jadi lama juga menunggu.
Dalam pukul 12.30 tgh hari baru Irfan dipanggil masuk.

Sementara menunggu tu, sempat dulu suruh Irfan posing.
Saya ada tanya juga kat Irfan, nak Ummi atau Abah temankan.
Dia kata, tak kisah.
Jadi saya suruh abah jer temankan walau tahu yang abah ni takut darah.
Hahaha, kan hal sunat bersunat ni 'men matter', jadi biar abah temankan anak teruna dia :)

Bila Irfan masuk dalam bilik rawatan, saya pergi office kejap settlekan kerja sikit.
Lagipun Danish dan Aisyah dah nampak boring menunggu.
Dalam pukul 1.15 petang, abah call yang Irfan dah siap.
Masa tu kami dah on the way ke klinik.

Alahai, rasa rugi pula tak dapat snap gambra Irfan masa keluar dari bilik rawatan.
Tapi dari wajah muka dia, boleh lihat yang dia menahan sakit.
Abah terus ambil ubat dan settlekan bil klinik.
Saya pula terus papah Irfan masuk dalam kereta.

Dalam kereta, ada juga tanya dia rasa mcm mana, abang nangis ke tak.
Dia pun mula cerita pengalaman dia bersunat.
Yang kelakarnya dia cakap, "I don't want to cry, tapi abang tak tahu kenapa boleh keluar air mata."
Alahai kesian pula.
Teringat pula pengalaman dia cabut gigi 12 batang hari tu.

Balik tu, terus beri dia makan ubat dan saya suruh dia tidur.
Kesian pula tengok muka dia bila tidur...
Bila dia tidur, baru saya keluar cari ikan selar untuk bakar kunyit.
Kebetulan MIL dan FIL ada dating rumah untuk jaga Irfan bersunat.

Malam tu dia dah mula boring kena baring seharian.
Saya tak benarkan lagi dia main computer atau iPad.
Kena rehat dulu secukupnya.
Tapi baca buku tu saya benarkan :)
Itu lah kisah si anak sulung bersunat.
Hari kedua, dia dah OK sikit.
Dah boleh pakai kain pelikat.
Hari ni, hari ketiga lagi Nampak dia OK.
Esok ada temujanji dengan klinik untuk bukakan balutan.
Semoga Irfan cepat2 sihat... amin amin amin.

Tuesday, December 8, 2015

Amalan untuk kuatkan akal fikiran anak-anak...

Terjumpa catatan seorang ustaz di FB.
Simpan kat blog supaya tak hilang dan senang nak rujuk.



Semoga bermanfaat juga untuk kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

Monday, December 7, 2015

Buku pink

Insya Allah, pertengahan April tahun depan kami bakal berenam :)
Semalam, 6 Dis baru sempat buat buku pink.
Kandungan dah masuk 21 weeks.
Nasib baik tak kena bebel sebab lambat buka buku pink :p

Sebenarnya dua minggu lepas saya dah ke klinik desa yang terdekat.
Tapi kata nurse yang bertugas, skrang saya kena buat check up kat klinik kesihatan berdasarkan alamat tempat tinggal.
Untuk buka buku pink tu, kena datang awal pagi Ahad atau Selasa sahaja.
Kebetulan setiap hari Ahad saya ada meeting atau kena hadiri bengkel.
Hari Selasa pagi pula memang ada kelas.

Kalau ikutkan, kelmarin pun ada bengkel juga.
Tapi minta juga keizinan boss utk pergi klinik kesihatan dan buka buku pink.
Kebetulan hubby pun sedang cuti sekolah, jadi boleh la bermanja minta dia hantarkan.
Seawal pukul 7.30 pagi dah keluar dari rumah.
Ambil nombor dan dapat giliran yang pertama :)
Masa ni sedang tunggu untuk jumpa doktor.
Dalam pukul 10 pagi baru siap check up.
Alhamdulillah, kandungan HB, tekanan darah dan baby juga dalam keadaan yang baik.
Lagi dua minggu kena repeat scan sebab saya dah lupa bila tarikh last period... huhuhu.
Doakan semoga baby sentiasa sihat :)

Thursday, December 3, 2015

TT ::: Ceria !

Throwback Thursday, three years ago from FB... 

Really missing those old days...