Hujung minggu lepas, kami sekeluarga ke utara.
Bukan bercuti sangat. tapi lebih kepada ziarah sanak saudara dan menghadiri majlis kahwin.
Jumaat, 9 Dis kami bertolak ke Kulim, Kedah.
Ingat nak bertolak pagi-pagi, tapi dalam pkl 11.30 tgh hari juga baru bertolak.
Singgah solat Jumaat di Jertih dan singgah makan tgh hari rumah kakak ipar di Tanah Merah.
Dalam pukul 4 ptg baru bertolak ke Kulim.
Tengok la muka happy anak-anak dapat bercuti :)
Kami terus pergi ke homestay yang adik sewa.
Dalam pkl 8.30 malam kami dah sampai ke homestay.
Nasib baik senang nak cari.
Murah juga homestay ini... 4 bilik, 2 bilik air cuma RM250 untuk satu malam.
Adik saya satu kereta bertolak dari Putrajaya.
Dalam pukul 3 pagi baru mereka sampai.
Jalan jammed katanya.
Sabtu, 10 Dis kami nak hadiri majlis perkahwinan.
Tengok la telatah Aisyah dengan sepupunya, Amni.
Bila gegirl jumpa gegirl, mula la buka alat make up :)
Check out dari homestay dalam pkl 11.30 tgh hari, kami terus ke tempat kenduri di Bukit Mertajam.
Dalam 20 minit perjalanan dah sampai.
Adik lelaki saya pula bertolak pagi Sabtu tu dari Kelantan.
Jadi kami terus jumpa di tempat kenduri.
Tapi masa pergi kenduri, handset tertinggal dalam kereta.
Jadi tak ada la gambar dalam phone utk share kat blog.
Banyak juga ambil gambar, tapi guna kamera.
Tak sempat lagi nak transfer gambar dalam komputer...huhuhu
Lepas kenduri, singgah ambil gambar kat depan ni kejap...
Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat belajar kan?
KMK ni tempat belajar ummi dan abah.
Ummi ambil matriks USM, tapi abah ambil persediaan UTM.
Tapi rasanya tak pernah pula jumpa masa kat dalam KMK ni...
Next... destinasi seterusnya adalah ke Sungai Petani.
Kami bermalam di rumah sepupu saya di Sg Petani.
Aina bersama dua pupunya, Qaireen.
Sebelah malam, pekena ABC Gunung Jerai dulu di Pantai Merdeka.
Hari Ahad, 11 Dis pula kami gerak ke Pulau Pinang.
Masa ni, beratur nak naik feri.
Hajatnya nak ke Museum 3D dan Bukit Bendera sebelah pagi tu.
Tapi tapi tapi, dua-dua tak kesampaian.
Tak sanggup nak beratur.. ramai sgt manusia
Last2, singgah makan-makan kat Giant jer...
Lepas makan-makan dan cuci mata Giant, kami ke rumah sepupu di Batu Maung.
Sebelah malam tu pula kami ke Pesta Pulau Pinang.
Dah lama tak dapat ke Pesta Pulau Pinang.
Kalau masa belajar kat USM dulu, jalan kaki jer dari kampus USM ke pesta ni.
Hari Isnin, 12 Dis pula, kami bertolak ke Perlis.
Adik akan sambung belajar di UniMaP Januari 2017.
Jadi pergi untuk survey2 tempat dan risik2 rumah sewa.
Dalam pkl 3 petang, terus bertolak balik ke Terengganu.
Alhamdulillah, dalam pkl 12.30 tgh malam dah selamat sampai rumah di KT :)