Monday, July 31, 2017

Danish cabut gigi

Hari Rabu minggu lepas saya ke dentist cabut gigi.
Pergi jumpa dentist kat Pusat Kesihatan Universiti (PKU).
Bila dah rasa sendiri layanan kat sana yang agak best, jadi esoknya saya terus bawa Danish pula ke PKU.

Sebab gigi dia dah berlapis yg kat bawah.
Gigi baru dah tumbuh, tapi gigi depan tetap menten kukuh lagi.
Sikit pun tak goyang.

Saya saja tanya Danish, "Nak tak cabut gigi?".
Tak sangka di kata, "Nak."

Kira ni pengalaman pertama saya bawa danish ke dentist.
Sebelum ni Danish pernah ke dentist beberapa kali.
Tapi abah yang bawa.
So tak tahu mcm mana karenah dia bila nak jumpa dentist tu.

Masa hari Khamis tu, lepas lunch dan solat zuhur, pukul dua petang kami dah terpacak di PKU.
Lepas daftar, terus ke tempat menunggu.
Dalam beberapa minit, terus nama Danish terpapar pada skrin.

Danish sikit pun tak tunjuk tanda nerbes.
Hai, jiwa kental sungguh si Danish ni.
Bila suruh duduk atas kerusi, dia pun duduk macam biasa jer.

Lepas doktor check, doktor sarankan untuk bius dahulu sebelum cabut sbb gigi tak goyang.
Masa doktor bius tu, ummi Danish ni yg tetiba rasa ngilu kat gigi bila tengok jarum bius yng bukan main panjang.
Mula2 Danish mcm gerakkan juga kepalanya sebab dia takut.
Tapi bila saya kata jangan gerak dan rileks kan diri, baru dia ok dan doktor dapat bius dengan mudah.
Lepas tunggu dua minit untuk bagi ubat bius rasa, doktor dapat cabut gigi Danish dengan mudah sekali.

Tengok la, siap buat "peace" lagi bila tgk saya nak ambil gambar.
Gigi yang dicabut.. Masih cantik dan akarnya masih panjang. 

Entah bila dia buat topeng ni..
Bagus juga, boleh tutup mulut yang sedang gigit kapas.
Malam tu, Danish dah boleh makan mcm biasa.

Sunday, July 30, 2017

Warming up...

Salam Ahad semua...

Apa khabar semua?
Ingat saya lagi tak?
Ada yang rindu celoteh saya tak?
Huhuhu, baru nak keluar dari gua.

Nak dapat feel berblog, hari ni saya update header dulu.
Kira ni header ke-6 sepanjang berblog.

Bukan senang nak capture gambar mereka berempat sekarang.
Lagi lagi kalau nak Aina posing, senyum menawan.
Memang tak laa nak dapat gambar mcm tu.
Banyak gambar raya Aina muka dia mcm tu.. muka menangis... hihihi
Tapi layan aje lah... dari takde gambar raya Aina, ambil juga la walau masa tu Aina nangis sekuat hati... hihihi

Ok la, hingga jumpa lagi di lain entry :)
Kejapnya dah nak masuk Ogos... huhuhu

NuKilaN:
  

Wednesday, July 12, 2017

Bersawang

Salam 18 Syawal 1438H mommies..

Ada yg rindu Aina tak?
Hari ni Aina nak bebel kat ummi..
Sampai hati ummi biarkan blog tak berupdate.
Iya la, Aina faham..
Ummi kan bz..

Bz marking paper.
Bz baca tesis pelajar undergraduate.
Bz baca tesis pelajar postgraduate.
Bz meeting.
Bz key in markah pelajar.
Bz berbengkel.

Masa raya, byk jer ummi ambil gambar.
Ingatkan ummi nak letak kat blog.
Tapi sampai ke hari ni tak ber"update" jugak blog ummi.

Ok la mommies..
Doakan biar ummi Aina cepat2 rajin update blog.

Salam Aidilfitri,
Aina
1 tahun 3 bulan.