Thursday, March 16, 2017

Partner ShopBack

Sambungan entry ShopBack.
Tapi hari ni nak cerita pasal partner ShopBack pula.

Sebenarnya bukan shopping online jer boleh dapat semula tunai.
Bila nak pergi bercuti pun boleh dapat tunai juga.

Kita boleh claim tunai dari partner ShopBack macam Booking.com, Expedia, dan AirAsiaGo.
Kalau tgk Booking.com, dapat semula tunai sebanyak 9%.
Katakan kita booking Family Room dgn harga RM200, dapat semula tunai RM18.
Tak ke untung tu?

Jangan lupa join tau... Klik "Nak Join" untuk sertai ShopBack :)
Pastikan ada email saya (nbijen@yahoo.com) untuk dapat RM5 dalam akaun mommies.

NuKilaN:
 

Equinox

Dapat ni dari group Telegram...

Dear all,

Buat pengetahuan semua, fenomena Equinox akan mempengaruhi Malaysia, Singapura dan Indonesia mulai hari ni hingga minggu depan.

Sila tinggal dalam rumah terutama dari jam 12 th hingga 3 ptg setiap hari. Suhu akan meningkat hingga 40 derajat Celcius. Hal ini boleh menyebabkn dehidrasi dan stroke haba

(Ps:. Fenomena ini adalah krn matahari berda pd posisi tepat di atas garis khatulistiwa pd  20 March)

Harap kita semuajaga diri agar tidak kekurangan air (dehidrasi).

Setiap orang harus minum kira2 tiga liter air masak setiap hari. Tekanan darah juga perlu dipantau.

Kemungkinan untuk terkena serangan stroke haba adalah tinggi.

Mandi air sejuk sekerap mungkin. Kurangkn makan daging, perbanyakn makan buah dan sayuran.

Tempatkan lilin tidak terpakai di luar rumah. Jika lilin boleh cair, bererti udara dlm suhu yang berbahaya.

Selalu letakkan baldi berisi air di ruang tamu dan di setiap bilik utk menjaga suhu tetap lembab.

Pengalaman pertama di Malaysia dan Singapore. Heat stroke yg tdk memiliki gejala indikasi. Setelah pengsan, yg serius berbahaya seperti kegagalan organ dalaman.

Hari menjadi lebih serius mungkin lebih dari 2 minggu akan datang. Boleh sampai 9 darjah lebih tinggi dari biasanya !

Sumber dari sini.

Nota ummi.. Sama-sama kita jaga diri dan ingatkan orang tersayang sekeliling kita.

Wednesday, March 15, 2017

Hari keluarga HIMMAT

HIMMAT singkatan kepada Himpunan Mahasiswa Matematik (erkk.. if I'm not mistaken)
Kelab pelajar yang mengambil kursus matematik.

3 Mac lepas, pelajar beri surat jemputan untuk hari keluarga HIMMAT ni.
Saya suka beri sokongan kepada program pelajar yg macam ni.
Bersantai bersama mereka di hujung minggu.

Tapi yang paling happy, Irfan dan Aisyah.
Ramai yang rajin melayan.
Mereka juga join aktiviti sukaneka yang dijalankan.

Sempat snap gambar masa mereka main bola beracun jer..
Tengok  la Aisyah yang semangat main bola beracun..
Aina dengan Kak Minah...
Kebetulan 3/3 tu birthday kak Minah yg ke 59.. 
Jadi sempat la makan birthday kek... hehehe

Aina yg makin rajin nak bertatih...
Bergambar beramai-ramai selepas majlis berakhir...
Aisyah dan ahli kumpulannya...

Danish mana???
Boleh pula dia tak nak ikut...
sayang nak tinggalkan cerita boboiboy petang Jumaat tu...
Dari dia buat perangai, jadi tinggalkan dia rumah Cik Rah..
Lepas kakak dan abang bawa balik mcm2 hadiah, baru nampak muka dia menyesal...

Tuesday, March 14, 2017

Doa pagi

Ya Allah...
Di pagi yang mulia ini...
Ampuni dosa2 kami..
 Pasangan kami..
Kedua ibu bapa kami...
Anak2 kami...
Jiran tetangga kami..
Sahabat2 kami...
Guru2 kami...
Jadikan lah zuriat keturunan kami tergolong didalam zuriat yang menjaga solat..
Cukupkan lah rezeki dan permudahkan lah segala urusan kami di dunia & akhirat..

Ya Allah........ 

Berilah kami iman yang sempurna..
Ilmu yang manfaat..
Rezeki yang halal..
Anak yang soleh...
Rumahtangga yang bahagia..
Usia yang berkat..
Doa yang mustajab... 
Hajat yang tertunai...
Kesihatan yang berterusan
Hutang yang terbayar..
Keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Aamin ya robbal alamin


Love yourself, and others will love you...

Mode: Bz.. bz... bz... May Allah ease everything...

Thursday, March 9, 2017

Cashout dari ShopBack

Siapa kat sini suka shopping kat Lazada atau selalu guna Booking.com?
Angkat tgn sikit nak tengok...

Bagi yg angkat tangan tu, sape pula dah join ShopBack?
Angkat tangan yg lagi satu nak tgk?

Bagi yg angkat dua2 tangan utk soalan kat atas, kita geng... sep sikit!

Bagi yg belum tahu apa tu Shopback, boleh tgk video ni...

atau boleh terus klik link ni...

Dalam kata lain, shopback ni menawarkan cashback bila kita buat pembelian online. Ada la beberapa peratus yg partner shopback tawarkan.

Contohnya, minggu ni kalau beli baju kat Lazada, dapat 11% cash back. Kalau beli baju harga RM50, dah dpt RM5.50 semula. Tak ke untung tu?

Saya mula join Shopback ni bulan Ogos tahun lepas. Sekarang jumlah terkumpul dah RM200+.

RM141 dh ready utk di Payout.

Yes, tak sabar nak dapatkan semua cash yg dah dibelanjakan online :)

Berminat nak join? Sila klik "Nak Join" atau boleh tinggalkan email di komen untuk saya invite :)
Kena klik pada link "Nak join" dan pastikan ada email saya (nbijen@yahoo.com) untuk dapatkan RM5 secara automatik dalam akaun uolz.
Yg baru daftar dapat RM5, yang jadi referral pun dapat RM 5.
Win-win situation org kata :)

Jom kita sama2 shopping dan terima semula cash :)

NuKilaN:
 

Monday, March 6, 2017

Swimming

Gambar lama juga dalam draf.
Sekitar cuti sekolah, Disember lepas.

Ni pool di A Famosa Resort.
Layan pool dulu sebelum check out.

Juga sempat snap video.

Dah selesai berendam.. posing kenangan dulu...

Ni pula kat Mahkota Hotel, juga di Melaka.




Tiba2 Monday Blues pulak.
Maklumlah, Terengganu cuti 3 hari sempena pertabalan Sultan Terengganu.
Jadi layan entry yg dah lama perap dalam draf dulu... huhuhu

Wednesday, March 1, 2017

WW ::: Sambutan hari lahir Danish

Kali ni sambut bertiga, Liya, Danish dan Anis..

 Liya dan Danish
 Amni, Liya dan Danish
 Mereka yang dirai...




 Lepas celebrate birhday, terus bertolak balik Terengganu...
 Owh, lupa nak beritahu.. kali ni celebrate birthday kat Putrajaya,..

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails