Kebetulan Taska Aina dah buat sambutan sekali harung utk anak2 yang lahir dari bulan January hingga Mac pada hari Khamis 29 Mac 18.
Cikgu2 dan anak2 asuhan Taska Al-Kautsar.
Aina potong kek..
Cikgu juga ada sediakan hadiah utk anak2 yang celebrate birthday.
Ke hulu ke hilir duk bawa hadiah birthday dia..
Ada gaya pensyarah cilik tak?
Baju dan tangan Aina putih2 sebab dia duk main bedak.
Kami tak sempat lagi nak celebrate birthday Aina.
Nasib baik dia belum tahu lagi pasal birthday celebration.
Cuma Danish la asyik duk tanya, bila nak celebrate birthday Aina?
Nanti la, tunggu abang Irfan balik dari asrama.
Buat Aina,
Moga membesar dengan sihat dan ceria selalu.
Jadi anak solehah buat ummi dan abah.
Jadi adik yang patuh dan mendengar kata buat abang2 dan kakak.
Juga kakak yang baik dan penyayang buat adik, eh!