Thursday, January 31, 2019

10 years challenge @Irfan

Beberapa minggu lepas, ramai yg update 10yrs challenge ni kat FB.
Tiba-tiba keluar gambar ni kat memori FB.
Gambar setahun lepas.
Irfan buat medical check up untuk masuk asrama.

Tiba2 jadi gigih selongkar folder lama utk cari gambar thn 2008.
Jumpa gambar ni.. 07012008
Haih, cepat benar dia besar.
Skrang dah berdikari duduk asram pun.. huhuhu

Wednesday, January 30, 2019

Fake vs Real

Aina with her fake hair...
Masa ni rasanya umur lima bulan lebih...

This one, her real hair...
Hahaha, dengan muka notty nyer..
Geramnya lahai...

Kalau mommies perasan, ada merah2 tu hasil dia conteng highligher kakak  dia..
Yang head band biru tu pun dia rembat si kakak punya juga..
Pengikat rambut kakak dia buat head band...
Nasib la kakak.. umur mcm skrang ni, sel2 otak dia sedang berhubung...
Bertabah aje laa...

Tuesday, January 29, 2019

Trampoline

Saya ada join telegram parenting En Taufik.
Tertarik dengan nota ni.
**************
Kalau anak saya selalu meragam tanpa sebab, saya akan ambil trampoline dan suruh mereka lompat lompat

Kenapa?

Sebab bila buat macam tu badan anak saya akan keluarkan hormon endorphins. Hormon tu fungsinya untuk :

✅ Trigger positive feeling pada anak kita

Jom bersenam bersama sama anak kita 😊

#notaparentingTaufiqRazif

*****************

Sebab rumah kami pun ada trampolin.


Ada yg tanya, "Kenapa beli trampolin?".

Sekarang saya dah ada jwpn utk soalan tu.

Monday, January 28, 2019

Aina ngasuh Firas??

... atau sebaliknya...
Macam Firas jer yang sedang mengasuh Aina..
Jom layan gambar dua beradik ni...

Tengok laa tu, Firas yang tolong pegangkan botol susu Aina..

Siap senyum lagi bila perasan ummi sedang snap gambar..
Masa ni mungkin Firas nak kata. "Kakak, minum la susu elok2.."
Hahaha, bukan main serius lagi muka Firas...

Aina pula, jenis bila nak minum susu mensti cari ummi atau abah.
Tak de ummi atau abah, minum susu tepi Firas pun boleh.
Aina nak bermanja laa tu..
Tak puas bermanja lagi dah dapat adik.. huhuhu

Thursday, January 24, 2019

Firas 6 bulan

Haih, dah masuk 6 bulan 2 hari baby saya ni.
Si kakak kata, cepatnya firas besar.
Tak puas gomol2 dia masa baby.
Makin lasak pun ya.
Tu yg kakak tak boleh mengasuh lama... penat!

Dah masuk 6 bulan, boleh la mula masak bubur nasi.
Setakat ni masih dgn bubur nasi kosong.

Sudu termal heat, jadi kuning bila bubur masih panas.
Ok, semua dah tukar oren jadi dah boleh mamam dengan gembira..
Dah halfway baru ingat nak snap gambar..
hihihi, tu yg bubur dah tinggal separuh.

Firas ni jenis suka gigit sudu.. tu yg mulut nampak tertutup..padahal dia makan dengan selera jer..

Firas dah boleh meniarap dari umur 4 bulan... sekarang dah mula menjulur ke depan... kena beringat bila letak atas katil...
Muka happy baru balik dari taska.. mata nampak berair sbb dia sedang batuk.. 
Dah seminggu lebih dia batuk.. dah bawa jumpa toga org doktor... tapi doktor kata, baby bawah setahun tak boleh bagi ubat batuk.. as long as tak demam, dan lung pun clear.. nothing to worry.. harapnya cepat2 la hilang batuk dia tu...
Tapi muka saya happy sokmo...
Get well soon yer Firas :)

Wednesday, January 23, 2019

WW ::: Mandi kolam

Lama tak buat entry WW Wordless Wednesday.



Aina mandi manda dgn kawan2 kat taska.

Nota ummi,
Capat sungguh masa berlalu. Hari ni dah Rabu.. huhuhu

Thursday, January 17, 2019

TT ::: Aina si bam bam

Lagi entry yang diperam lama dalam draft, jadi kita letak dlm TT a.k.a Throwback Thursday.
Rasanya, gambar2 ni saya snap masa cuti bersalinkan Aina 3 bulan.
Sekarang Aina dan nak masuk 3 tahun pun, 31/3/19 nanti.

Tengok lah Aina yang bukan main bam bam suatu masa dulu!

Mata pun nampak sepet kena tarik dek pipi pau.

Muka serius memanjang...

Geram pulak tgk pipi pau Aina ni...

Sekarang dah hilang pun pipi pau dia.
Susah nak snap gambar dia tengok kamera.
Banyak gambar dia dlm phone yg candid lagu ni.. huhuhu

Tuesday, January 15, 2019

Resepi salmon steak with lemon sauce

Sebelum ni saya pernah buat Asam Pedas Salmon. Kali ni nak ubah selera sikit masak masak salmon ala ala omputih.

Dah lupa bila beli frozen salmon ni. Dengan harga tiga pound lebih, dapat empat ketul frozen salmon. Kat sini ajelah merasa nak makan salmon. Balik nanti dah tak pandang salmon sebab dah ada ikan kembung, ikan jaket atau ikan tenggiri yang jauh lebih sedap dari salmon ni.

Mula2 kena masak salmon dulu. Senang aje kaedahnya....

Bahan-bahan:
Isi salmon
*Serbuk lada putih
*Serbuk lada hitam
*Garam
*Mixed herbs
*Daun rosemary

Perapkan salmon dengan bahan perap bertanda * selama 5-10 minit.
Kemudian bakar hingga masak.
Balik balikkan isi ikan supaya masak dengan sekata.
Hasilnya...


Bahan untuk sos lemon:

Setengah biji bawang holland di potong dadu
Satu sudu besae tepung gandum
3 sudu besar butter
Hirisan lemon (sebiji)
200 mlm susu segar
Mixed herbs
Garam

Cairkan butter. Tumiskan bawang holland hingga layu.
Masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.
Kemudian tuangkan susu dan kacau hingga sebati.
Masukkan lemon, mixed herbs dan perasakan dengan garam.
Masak sos hingga kepekatan yang dikehendaki.

Bila dah cukup rasa, dah cukup pekat, tutukan api dan curahkan atas ikan yang dah dibakar tadi.

Taraa, siap untuk di"ngap"!


Nota ummi,
Lama betul resepi ni ada dalam draft. Balik M'sia pun dah lebih tiga tahun... hahahaha

Sunday, January 13, 2019

Danish tak ke sekolah

... sebab dia kena asthma.

Macam2 gaya nak tunggu siqp neb.
Badan pun mcm dedar sikit2.

Moga cepat sihat yer Danish.
Bila musim sejuk, lagi mudah dia kena serangan asthma...

Thursday, January 10, 2019

Dua pasang arnab

Aina ni kan, suka sgt jeles dgn adik dia.
Adik pakai socks rabbit, dia pun cari socks rabbit jugak.



Jadi, ada laa dua pasang rabbit... satu light pink, satu dark pink.
Satu arnab  pendek, satu arnab panjang... hihihi

Yang socks Firas tu dapat hadiah masa beli tilam rasanya.
Kira aci lah pakaikan socks pink+blue tu kat Firas.. kikiki

NuKilaN:
 

Wednesday, January 9, 2019

Cheshire Oak

Daripada tak tahu nak update apa, meh laa kita up kan entry yang dah bertahun tahun dalam draft.

.
.
.

Selain daripada York Designer Outlet dan Bicester Village, Cheshire Oak Designer Outlet juga antara tempat shopping yang popular kat UK ni...
Memang besar sangat outlet ni...
Antara outlet yang ada...
Saya suka sangat papan tanda lagu ni...
Jauh lagi nak ke London dari sini...
.
.
.

Nota ummi,
Kalau shopping kat sana, mmg boleh rambang mata dengan sale.
Memang harga sale gila2 punya sale.
Rindu weyh!

Tuesday, January 8, 2019

Tapak sulaiman

Masa kami mandi manda di Pantai Cenang, Langkawi, anak2 duk kutip tapak Sulaiman.
Kat pantai Terengganu, jarang jumpa tapak sulaiman ni.

Anak-anak panggil "Star Fish".

Jadi saya beritahu nama melayu Star Fish ni ialah tapak Sulaiman.

A: Ummi, banyak lah Star Fish kat pantai ni.
U: A ah, betul lah.. Tapi org panggil star fish ni tapak Sulaiman.
A: Tapak apa, ummi?
U: Tapak SULAIMAN..
A: Oooo, tapak sulaiman. Sulaiman tu sapa ummi? Kenapa tapak kaki dia bentuk mcm ni?

Krik... krik...
Terkedu ummi nak bagi jawapan.

Monday, January 7, 2019

Firas dan walker

Kejapnya si baby Firas membesar.
Sekarang dah 5 bulan 2 minggu.
Apa lagi, dah sesuai sgt letak dalam walker.

Jadi saya keluarkan walker dari bawah katil.
Walker dari zaman si abang Irfan.
Irfan.. 04062006... 10 bulan

Dah nak masuk 13 tahun pun umur walker ni.
Tapi, Alhamdulillah.. masih kekal kukuh :)
Bersihkan mana patut dan sedia utk digunakan oleh si bongsu. Firas :)

Tapi kan, tak lama pun Firas boleh guna.
Aina merengek nak naik walker jugak.
Hurm, gitu la kot perangai Aina yang belum puas jadi baby.
Siap pakai romper biar nampak mcm baby.
Huh, siap buat gaya peace lagi.
Geram sungguh dgn Aina si panjang akal ni!

Peace yer, ankle... aunty!

Saturday, January 5, 2019

Complete five

Salam tahun baru,

Salam 2019 semua...

Semoga tahun ini membawa 1001 kebahagiaan buat semua.

Saja cuba update blog guna phone.
Eh, dapat letak gambar lah.
Moga rajin sikit update blog lepas ni :)

NuKilaN: