Saturday, September 14, 2019

Hai hai hai...

Hai saya Firas.
Mood berblog ummi dah tercicir ke laut agaknya masa kami pergi mandi pantai hari tu.



Aunty yg baca post ni, say "Hai" kat komen.
Bagi semangat sikit kat ummi saya utk berblog.
Thanks aunty.

Firas

Monday, June 17, 2019

Salam Aidilfitri 1440H

Hari ni dah 13 syawal.
Rasanya beum terlambat utk ucapakan: "SELAMAT HARI RAYA" buat semua mommies.
Maaf zahir batin.

Untuk ambil mood berblog, belanja gambar raya anak2 dulu.
Anak baru 5, bukan main susah lagi nak ambil gambar mereka.

Mula-mula bertiga...
Kemudian berempat.. Aina pun mood tak berapa baik..
 Ok, baru cukup 5...
 Macam-macam gaya masing2...

Ni lah yang paling ok.. Firas tu memang dah mengamuk sakan tak nak bergambar... huhuhu

Gambar raya tahun ni tak banyak.
Tiba2 rasa malas nya nak capai kamera masa raya... maklumlah, sebelah tangan dah ada handbag yg nak ummi jer.. susah betul nak bergilir dgn orang lain.
Tu yg dia bantai menangis bila Aisyah pegang masa nak bergambar.

Thursday, May 16, 2019

Firas @Taska #01

Taska sekarang, bukan macam taska zaman dulu ( ai mean zaman Irfan/Aisyah).
Taska zaman sekarang, baby pun dah ada aktiviti bagi menggalakkan perkembangan bayi.
Taska yg Firas duduk pula suka update gambar kat FB.
Jadi saya cilok untuk simpan kat sini.
Senang nak mengimbau kenangan bila Firas besar nanti :)

Aktiviti: Keras dan lembut.
Satu tangan pegang span (lembut), satu tangan pegang bola ping pong (keras).
Lucu tengok gambar ni... mcm nak nangis pun ada.. 
Aktiviti 2: main bola dalam bakul

Aktiviti 3: renyukkan kertas
Aktiviti 4: Kacau air dalam cawan
Firas kacau air dengan bantuan pendidik :)
Alololo.. comel jer baby2 ni pakai apron..
Aktiviti 5: Deria rasa... makan kurma :)

Wednesday, May 15, 2019

Aina dan kawan-kawan #02

Aina buat collage hari ni...
Nampak khusyuk juga tengok dia beraktiviti kat sekolah.







Tuesday, May 14, 2019

Piknik sebelum puasa

Kisah 4 Mei lepas.
Kebetulan balik Kota Bharu untuk hantar Cik Rah pergi umrah.
Syoknya laa dapat berpuasa sebulan di tanah suci.

Flight dari KB-KL pkl 6.30 pagi.
Jadi pkl 5.15 pagi kami dah ada kat epot KB.
Dah selesai semua, Ayah Cik ajak pergi pantai Senok utk breakfast.
Kami apa lagi, angguk jer tanda setuju.

On the way dari epot ke Pantai Senok, singgah beli Nasi Berlauk Kak Yah.
Bukan main ramai lg orang beratur.
Taraa.. sampai juga Pantai Senok, atau terkenal dengan Pulau Nami versi M'sia.
Aina dengan rambut serabai...
Macam-macam gaya...
Sporting pula si Aina ni posing pagi tu..
Jom sarapan. nyum nyum.. kenyang sangat!
Pantai Senok ni tak sesuai utntuk mandi..
Posing lagi..
Anak-anak bertiga..
Mereka berempat..
 Firas sorang jer takde.. Sebab gambar dia dah ada dalam entry sebelum ni... hehehe

Monday, May 13, 2019

Menu di asrama

Saja nak share menu Irfan berbuka kat asrama sepanjang minggu lepas.
Irfan tak bawa smartphone, walau sekolah benarkan.
Belum sesuai lagi rasanya nak bekalkan Irfan dengan smartphone.
Jadi guna tepon baisa2 jer.

Gambar2 ni dapat dari parent yg share dalam group wasap.
Alahai, sayu pula hati bila tengok menu2 yang dihidangkan.
Tapi redah aje lah Irfan.
Itu lah, asam garam jadi budak hostel :)

Nasi putih, ikan bilis dan ayaam kari.
Nasi putih, sayur petola dan ikan keli berlada.
Nasi putih, ikan goreng dan sayur air.
Nasi putih, sayur petola dan ikan/telur masak kicap.
Nasi putih, sup ayam dan sayur.

Minggu ni dia dah mula exam untuk Semester 1.
Semoga Irfan dipermudahkan urusan menjawab exam, dan ditajamkan fikiran untuk menjawab soalan2 dengan baik.. amin amin amin...

Sunday, May 12, 2019

Giginya ada dua

Salam 7 Ramadhan..

Hari ni nak tempek gambar si Firas yg dah ada dua batang gigi...


Dah beberapa kali juga kena gigit.
Lagi2 bila menyusu bulan puasa ni.
Dia geram kot bila susu tak banyak macam biasa... huhuhu

#9Bulan2Minggu

Tuesday, April 30, 2019

Panjat Bukit Maras

Kisah 11 April lepas.
Saya join aktiviti hiking Bukit Maras.
Dah lama simpan impian nak hiking Bukit Maras.
Bila Pusat Kesihatan Universiti (PKU) anjurkan, terus cari geng yang nak hiking sama2.
Mujur ada juga yg berminat.
Bila nak mendaki kali pertama, rasa lebih selamat bila ada doktor2 dan misi yg join sama.

Maka, seawal 7.30 pagi dah kena berkumpul di tapak konvo.
Saya sampai lambat sikit, dalam 7.40 pagi.
Mujur tak kena tinggal.

Turun bas, kena menapak sikit untuk ke tapak bukit.


Taklimat keselamatan oleh En Izham.
 Bergambar beramai-ramai sebelum mendaki.

Boleh tahan curam Bukit Maras ni.

Curam, kan?
 Memang kena hati hati especially semasa nak turun.


Lepas hampir sejam mendaki, Alhamdulillah kami berjaya menawan Bukit Maras.
Mission accomplished!