Hari ni Aida dah 45 hari.
Maksudnya cuti bersalin ummi juga berbaki lagi 45 hari.
Semalam baru buat surat beranak dan myKid.
Aida ni berat lahir 2.89 kg.
Timbang masa 20 hari dah naik 3.3 kg.
Masa umur 41 hari, berat dah 4.25 kg.
Uish, patut la rasa lenguh dah bila dukung lama2.
Moga terus membesar dengan sihat yer Aida 😀
Wednesday, June 17, 2020
Monday, June 1, 2020
Kelas Online yang terakhir utk semester ini
Dah lama tak buka Google Classroom (GC).
Sepanjang tempoh working from home (WFH), kelas juga 100% dijalankan secara online.
Ikutkan saya dijangka bersalin 23 Mei, iaitu sehari sebelum raya.
Tapi baby nak keluar awal.
4 Mei dia dah keluar.
20 hari awal dari due.
Pagi 4 Mei tu juga saya adakan kelas online yang terakhir.
Dan esoknya saya rancang nak adakan kuiz yang terakhir, iaitu Kuiz 5.
Tapi terpaksa update GC pada sebelah malamnya...
Masa duk ngajar tu, dah rasa juga baby asyik mengeras jer.
Ingatkan baru braxton hicks sbb baru 37 minggu.
Dalam tgh hari, kebetulan misi ada buat ad hoc home visit.
Masa misi check perut tu, dia kata dah ada strong contraction.
Baru la call hospital boleh ke nak jumpa doktor.
PA doktor kata boleh ke hospital selepas pkl 2.
Jadi baru la saya berbuka puasa dan bersiap apa yang patut sebelum ke hospital.
Oh ya, kali ni saya dah booking hospital swasta sbb perintah PKP.
Tak nak bersalin sorang2 kalau kat spital goverment.
Sampai skrang tak buat lagi Kuiz 5.
So, ada empat kuiz aje la untuk semester ni.
Para pelajar pun ramai dah email tanya carry marks.
Haish, kena siapkan carry mark ni.
Baru boleh berpantang dengan tenang.
Tapi mencabar juga nak buat kerja dalam pantang ni.
Baru buka komputer, baby dah buka mata... huhuhu
Tapi mencabar juga nak buat kerja dalam pantang ni.
Baru buka komputer, baby dah buka mata... huhuhu
Monday, May 25, 2020
Salam Aidilfitri 1441H
Salam mommies...
Ada lagi ke yg follow blog ni?
Ada ke yg rindu kan kami?
Apa apa pun, selamat hari raya buat semua.
Maaf zahir dan batin.
Nah, belanja satu gambar Aina dan Firas.
Juga nak perkenalkan ahli baru keluarga kami.
Hari ni baby Aida dah 22 hari.
Harapnya ada lagi entry baru lepas ni.
Rindu nak berblog semula.