Thursday, April 6, 2023

Lukisan Aida

Umi, cantik tak Aida lukis?
Mesti lah cantik, meh umi ambil gambar. Balas saya sambil capai telefon.

Senyum.
Entah kenapa stail senyum senget pulak dah.

Wednesday, April 5, 2023

Tamat sudah

Walau dah beberapa minggu SPM tamat, aci lah simpan kenangan kat blog ni.
Batch Irfan mereka namakan Falcon 2018 - 2023.
Sujud syukur selepas peperiksaan berakhir.
Semoga kejayaan cemerlang mengiringi anak-anak semua.
Gigih ummi screen shot dari video yg cikgu hantar

Muka happy jer sebelum masuk dewan

Setakat ni Irfan baru isi UPU Online dan Matrikulasi.
Program YTP juga bakal dibuka dalam minggu ni.
Yang program nak jadi cikgu tu dia tak nak apply.
Hurm tak apa, tak boleh paksa kalau dia tak minat.




Tuesday, April 4, 2023

Berebut basikal

Aida dan Husin sepupu sebaya.
Langsung tak bagi peluang kat Husin naik basikal dia.
Garang sungguh!

Monday, April 3, 2023

Happy birthday Aina.

Happy 7th birthday to Aina.
30/3/2023, Aina genap 7 tahun

Danish mana?

Tiga orang yg tak puasa.

Sedap cheesetart dia.








Sunday, April 2, 2023

Our Family

Hari ni nak share gambar yang Aina lukis dua tahun lepas.
 Lengkap enam orang dia lukis masa umur dia lima tahun.
Yang paling kelakar, Aida la. 
Antara nampak tak nampak jer dia lukis sebab masih baby.

Cepatnya, hari ni dah masuk 11 Ramadan.



Thursday, March 9, 2023

Shopping time!

Salam Khamis.
Cepatnya dah Khamis.
Rasa macam baru lagi tolak troli shopping hujung minggu lepas.

Lepas shopping, terus pau naik menda alah ni.

Esok dah cuti.
Yeay.

NuKilaN:
 

Wednesday, March 8, 2023

Kembar ke ni?

Firas cuba uniform sekolah.
Aida pun sibuk nak cuba sekali.
Geram kan tengok muka Aida tu?

Suruh pakai tudung tak nak.
Tetap nak pakai songkok.
Nampak macam sebaya pulak.
NuKilaN:
 

Thursday, March 2, 2023

Sedap

Dah setahun lebih guna Thermomix.
Dua menu ni antara menu yang selalu sangat ulang buat.
Tom yum goong

Roti sarang lebah


Saya juga Thermomix Cooking advisor tau.
Roger kalau berminat.
Ahaks!
NuKilaN:
 

Wednesday, March 1, 2023

Sulung dan bongsu

Tadi terjumpa gambar ni masa scroll gambar dalam galeri.

Gambar raya masa PKP.
Baby sangat Aida masa ni.
Dengan mata bulat lagi.

Hari ni si sulung ada paper Fizik.
Harapnya dipermudahkan urusan Irfan.
Dapat jawab dengan baik. 
Aaminn.

NuKilaN:
 

Tuesday, February 28, 2023

Paper Matematik SPM

Tika dan masa tulis post ni, Irfan sedang jawab soalan paper 1 Matematik.
Pukul 10.45 pagi nanti paper 2 Matematik.

Semoga Irfan diberi ketenangan jawab soalan dan diberi ilham yang mencurah-curah.
Ya Allah, lapangkan dada dan moga dipermudahkan segala urusan Irfan dan semua calon SPM hari ini.
Hanya pada-Mu kami berserah. 
Amin.

All the best, Irfan!

Irfan dan kawan-kawan




NuKilaN:
 

Monday, February 27, 2023

Santai di Pantai Bukit Keluang

Sabtu lepas ada jemputan kenduri di Pasir Putih.
Jadi lepas makan kenduri, melencong sekejap di Pantai Bukit Keluang.
Tengok la muka budak paling happy dapat jalan-jalan.


Aida yg paling happy

Syok sangat dapat main kat playground ya

Main belon buih jugak. 

Alamak, seksi sangat tu Aina.

Pandai Firas main belon.

Jadilah buat aktiviti hujung minggu dengan anak-anak.
Umi tak cuti sbb busy marking paper.



NuKilaN:
 

Tuesday, January 24, 2023

Colchester Castle @Essex



Ni pun gambar lama dalam draf.
Publish jer dulu.
Kesian mereka. 
Dah lama sangat lepak dalam "draf".

Publish gambar lama.

Gambar Danish yang dah lama dalam draf.
Peram dah lebih tiga tahun.

Tahun ni dah nak masuk tingkatan 1.
Cepat sungguh masa berlalu.

Wednesday, January 4, 2023

WW: Cameron Highlands Dis 2022



NuKilaN:
 

Tuesday, January 3, 2023

Salam Tahun Baru 2023

Assalamu'alaikum semua,

Ada yang masih ingat kat kami tak?
Last post tahun 2020.
Hari ni dah hari yang ketiga di tahun 2023.

Tahun 2021 tak ada entry.
Begitu juga dengan tahun 2022.
Harapnya, tahun 2023 ni blog ni kembali bernafas.

Kembali rajin menulis kisah anak-anak sebagai memori sepanjang besarkan mereka.
Dari kanan:
Irfan, Aisyah, Danish, Aina, Firas dan Aida.



Ada yang rindu kami?

NuKilaN: