Tuesday, July 6, 2010

dari deep freezer bertukar ke fridge

Dalam entry lepas, saya ada cerita yang en suami dah bagi lampu hijau untuk beli deep freezer gara gara semua fresh EBM dah musnah. So, episod men'survey' harga deep freezer pun dijalankan. Tp, bila kami bincang balik, macam tak praktikal pulak nak beli deep freezer. En suami suggest beli fridge dua pintu jer. Lagi praktikal katanya. Saya tak kisah, janji ada tempat yg boleh simpan EBM. Deep freezer ke, fridge ke.. terima jer dengan hati terbuka.

Alhamdulillah, tercapai juga dapatkan wish list ni. Sekarang dah dapat peti baru dua pintu. Kena rajin buat stok la lepas ni. Peti lama yang dah berkhidmat lima tahun tu nak kasi kat abg ipar. Ingat nak bawak datang opis, en suami tak kasi. Takkan sampai fridge pun nak angkut pegi opis, kata en suami... hehehe, bukan apa. Nak berbakti pada kawan kawan jugak. Ramai yang pengepam tegar kat opis, tapi fridge tak de. So, masing masing kena bawak ice pack dan letak dalam cooler bag. Kalau ada fridge kan, best? Boleh laa offer kat sapa yang  nak letak EBM. Dapat gak pahala! Setakat berangan boleh laa...

Setakat ni dulu la entry untuk hari ni. Kat bawah ni ada beberapa pic peti sejuk lama saya sebagai kenangan nak letak dalam blog ni. Lepas ni dah jadi hak milik orang lain. Tp ada gambar baby dalam fridge ni. Itu la irfan masa kecik. Kalau tak silap, masa ni umur dia baru 10 bulan. Baru lepas pindah rumah sewa rasanya masa pic ni diambil. Tak sempat on lagi fridge, dia dah siap explore kat dalam fridge tu :)


Siap bye bye lagi kat umi dia yg tengah ambil gambar

Ke, ajak umi masuk sekali dalam fridge???

5 comments:

  1. Insya Allah, makin bersemangat nak mengepam nih :)

    ReplyDelete
  2. salam kenal...
    Saya pon dulu byk sgt buang ebm sbb fridge 1 pintu.. Rugi jer.... Bila susu merundum, sedih jer teringat ebm yg masuk longkang tu... Anyway, saya rasa u made a right decision to purchase 2 door fridge rather than deep freezer..

    ReplyDelete
  3. mcm ayu plak, mmg guna peti ais 2 pintu.. so, alhamdulillah dalam pantang ayu berjaya buat stok banyak ...n peti ais 2 pintu pun tak cukup.. last2 bila dah tak cukup mula la, sessi skip pumping bermula...wpn masa tu awal lg, 2-3bln, tapi tak best la kan..klu blh nak maintain je pengeluaran susu..so, at last ayu beli plak DF..alhamdulillah...

    ReplyDelete