Kelmarin saya demam teruk. Sebabnya B saya bengkak. Memang sakit sangat. Dalam tempoh hampir lima bulan menyusukan danish, inilah kali pertama saya demam dengan teruknya. Seluruh tubuh menggigil gigil. Ni bukan kali pertama B bengkak. Kalau bengkak pun, bila danish dah menyusu, ok balik. Bila bagi susu kat danish pun, B masih membengkak dan rasa perit sangat. Bila pam pun, susu tak keluar banyak sangat walaupun B sedang membengkak. Disebabkan tak tahan sangat dengan sakit menahan B yang bengkak dan suhu badan yang terlalu tinggi, saya mengajak en suami ke klinik. Bila Dr check, memang dia kata saya demam disebabkan B yang membengkak. Dr beri cadangan supaya saya menerima suntikan untuk menahan sakit. Disebabkan saya pun memang dah tak tahan sangat dan tubuh sedang menggigil gigil, saya terus jer terima saranan Dr tanpa berfikir panjang. Tapi sempat juga tanya, suntikan tu nanti tak beri kesan ke pada bayi yg sedang meyusu. Dr cakap, biasanya tak beri kesan.
Lepas Dr beri suntikan, memang tak sampai setengah jam suhu badan dan turun dan tubuh saya dah tak menggigil. Dalam hati, kuat betul ubat yg Dr suntik tu. Rasa B yg bengkak dah hilang walaupun B sedang membengkak. Bila danish menyusu pun dah tak rasa sakit. Yang peliknya, walaupun danish duk menyusu di bahagian B yang bengkak, tapi B masih membengkak. Bengkak tak juga surut. Cuma bezanya saya dah tak rasa sakit dan tak demam. Itu semua pasti kesan suntikan yang saya ambil. Kesan sampingan suntikan tu buat saya sedikit loya dan rasa pening pening. Lepas jer solat Maghrib, saya terus tertidur.
Sedar semula dalam pukul 3 pagi sebab rasa nak demam semula. Saya terus ambil air sembahyang utk solat Isyak. Semasa solat Isyak, sekali lagi rasa tubuh menggigil gigil. Mesti masa tu kesan ubat tahan sakit dah hilang. B masih membengkak tapi belum rasa sakit. Lepas solat, saya terus mengepam susu. Bahagian B yang membengkak masih belum keluar susu yang banyak. Dapat tak sampai pun 1 oz. B yang sebelah lagi dapat juga dalam 4 oz. Tekak pun rasa loya dan kepala pun sedikit pening. Lepas minum air milo segelas, saya urut perlahan lahan B yang sedang membengkak. Alhamdulillah, B yang sedang sakit jadi sedikit lembut dan danish juga bangun untuk menyusu. Lepas danish menyusu, B pun jadi sedikit lembut. Saya juga dah boleh tidur semula.
Bangun pagi ni, rasa macam nak MC. Tapi, ada kerja nak kena settle. So, terpaksa datang juga kerja walaupun kelmarin dah minta MC dari Dr. Sekarang ni rasa B dah ok sikit. Harapnya, B saya tak membengkak lagi seperti kelmarin.
siannya akak..saya pun pernah rasa B bengkak ni itupun masa anak 11 bulan baru2 ni.biasanya org kata dlm pantang mudah kena sbb ms tu susu tengah banyak. Satu pantang org tua2, jgn minum air teh yg tak bertapis kerana habuk teh tu nnti akn menyebabkn B kita tersumbat. Percaya tak? sekali dengar mcm tak logik je kn?tp bnda ni saya sndri alami krn saya mmg ada minum air teh serbuk(bukan uncang) di ofis.kawan saya dh melarang saya supaya jgn minum, tp oleh krn tidak percaya, saya minum jgk. betul/tak penyebabnya wallahu'allam..
ReplyDeleteTapi bila saya tanya ibu di kg, ibu turut mengiakan kata2 kwn saya itu.mgkn ada betulnya jgk.apa yg saya buat hari tu, sapukn minyak TYT di B. Alhamdulillah dgn izin-Nya sekejap je hilang bengkak dan saya tak sempat demam. :)
erm, rasanya mmg boleh sapukan minyak panas kat B yg bengkak nak bagi kurang skit... pasal jgn minum air teh bertapis ni, mmg akak tak pernah dengar pulak... ni first time akak tahu. thanks for sharing :)
ReplyDeleteHuis.. Bleh eak demam bengkak susu pas 5-6 bulan.
ReplyDeleteSy inagt dalam pantang je demam bengkak susu.
Semoga akak cepat sembuh.
Mama, cepat sembuh yer.
ReplyDeleteRasanya ada urat2 yg tersimpul tuh...(nak explain akak tak pandai) tp pernah alaminya bila tersalah urut sendiri ms mengepam....susu akan blok/tersumbat,dan terus bengkak keras. kena ambil towel suam lap dan urut perlahan2...atau jumpa tkg urut yg pandai urut breast lancarkan semula dan bg baby kerap menyusu.
Nur..
ReplyDeleteByk2 bersabar, didoakan moga cepat sembuh.
cuba Nur rujuk n3 dibawah, mgkn ia boleh membantu:-
http://mimialya.blogspot.com/2010/05/duktus-tersumbat.html#links
http://mimialya.blogspot.com/2010/04/radang-payudara-mastitis.html#links
Tq all... very touching!
ReplyDeletemama kaseh: a ah, bengkak susu jugak boleh terjadi w/pun baby dah besar...
kak faiza: maybe kot, kena pegi mengurut.. tp kat sini susah nak cari org yg pandai mengurut... kena tunggu balik kg baru boleh mengurut
umialya: terima kasih byk2... saya dah tgk entry yg akak tulis... mmg sangat mebantu
Salam Kak Nur,
ReplyDeleteThanks for the info…balik nanti saya cuba wat pre-wash lagi….pakai CD ni kena rajin la kan….T saya kena explain ngan Hubby,,dia tak faham jugak tu…dia kata membazir pakai sbb bocor abis….saya pun tak tau nak cakap apa….saya nak buktikan kat dia yang berbaloi saya beli CD tu…
Moga kak Nur cepat sembuh yer...alhamdulilah susu akak banyak la tu maknanya
Oh yer kak Nur, kalakar nyer sampai nak jadi stokis CD,,,orang laki ni mmg tak faham kan..padahal bukan suruh diorang basuh…kadang2 tu tension jugak…bnyk pikir negatif dari +ve nyer..lagi satu dia ckp ala benda senang ader wat per nah susah payah basuh...adeh....
ReplyDelete