Monday, August 30, 2010

cucuk 6 bulan - berat x naik?

Hari Sabtu lepas bawa danish gi klinik utk check up 6 bulan. So, kena cucuk dos yang kedua Hepatitis B. Danish ni mmg budak baik. Sikit pun tak nangis. Masa Dr cucuk jarum, danish rilek jer. Dia mcm terkejut skit masa Dr tarik keluar jarum. Nasib baik dia ok jer. Balik klinik, terus pegi shopping barang keperluan raya. Ramai betul orang. Nasib baik danish tak demam bila balik rumah :)

Berbalik pada check up masa kat klinik. Bila timbang, berat danish naik sikit jer. Bulan lepas 6.8 kg, berat sekarang 6.9 kg jer. Naik cuma 0.1 kg jer. Saya perasan, berat danish dah tak naik banyak sangat. Rekod berat danish lebih kurang mcm ni:
masa lahir - 2.7 kg
sebulan - 3.8 kg
dua bulan -5.1 kg
tiga bulan - 6.0 kg
empat bulan - 6.5 kg
lima bulan - 6.8 kg
enam bulan - 6.9 kg

Disebabkan berat danish x naik sgt, Dr pun mula tanya beberapa soalan.

Dr: Bagi minum susu apa?
Saya: Susu badan
Dr: Susu badan sepenuhnya ker?
Saya: A ah
Dr: Masa keje, pam la susu kat baby?
Saya: Ya, Dr. Tapi sekarang saya dah suap bubur nasi.
Dr: Ok la kalau mcm tu. Nanti lagi dua bulan datang timbang jer. Cucuk bila umur sethn pula.
Saya: Ok

Ingatkan Dr nak bagi cadangan, mcm mana nak naikkan berat danish. Tp muka dia mcm x puas hati jer bila saya kata menyusu badan sepenuhnya. Mungkin sbb bulan puasa kot, Dr pun macam malas jer nak cakap. Tp, normal ke kalau berat danish mcm ni?

6 comments:

  1. Sama la.
    Masa 6 bulan Kaseh naik 0.1 kg je.
    Biasa 0.5kg.
    Saya rasa normal kot sbb bila da masuk 6 bulan dia da start lasak.
    Dan juga badan baby da kasi signal yang dia memerlukan makanan tambahan selepas 6 bulan.
    Sbb tu la polisi mengatakan makanan tambahan diberi selepas 6 bulan.
    Saya rasaaaa.
    Masa sy tanya Dr hari tu dia kata tak per as long as berat badan anak kita berada di tahap normal kat graf pertumbuhan bayi tu.

    ReplyDelete
  2. erm, mmg dah ok rasanya... skrang ni danish mmg dah sgt lasak. siang jarang sgt nak tidur. tidur pun kejap2 jer. sbb tu berat x naik kot :)

    ReplyDelete
  3. ooo..camtu lak eh
    depa ni tak tahu ke kebaikan susu ibu? suppose doc tu cakap, "takpe, since u bagi susu ibu sepenuhnya, berat tak naik sgt pon tak perlu risau sbb ur bb dah dpt semua zat yg diperlukan dari susu ibu"

    haa kan sedak skit bunyi tu..ni dok, wat muke pulok. Pok paler baru tahu..agagagaga

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    suka baca komen ros.... kan best kalu dr tu mcm ros... sejuk skit dengar :)

    ReplyDelete
  5. nur,
    aliya dulu pun camtu.. tp sbb doktor yg check tu sokong SI.. maka komen dia.. okey jer.. lagipun anak aktif, just make sure anak makan seimbang...

    even dah masuk 1 tahun pun berat aliya belum cecah 9 kg.. doktor tak heran pun.. sbb ibunya pun kecik jer.. heheh.. janji anak sihat..

    tp getik juga weii. , kalo ade doktor yg suggest sih bg FM.. mau kena sembur..

    ReplyDelete
  6. tu la pasal... rasa mcm dah ok sbb aisyah dulu mmg top up dgn FM jugak, tp berat badan x jugak naik naik...

    janji anak2 sihat kan?

    ReplyDelete