Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

Hari pertama puasa, mmg asyik tgk jam jer. Hahaha... rasa mcm budak budak pulak. Mak budak pun dah tak sabar nak berbuka. Tapi, menu utk berbuka tak decide lagi. Kena tanya pendapat en suami. Kalau nak yg ekspres, cari lauk tunjuk jer kat pasar ramadhan :)

Saya plan tahun ni nak ajar irfan puasa. Bila tanya irfan, nak puasa ke tak... dia jawab tak nak. Si adik, aisyah pulak cakap nak puasa. Huhuhu... puasa separuh hari pun tak apa la irfan. Bukan umi nak suruh puasa penuh satu hari pun. Tapi bila ajar dia niat puasa, nasib baik dia ikut. Pagi tadi irfan tak bangun sahur pun. Lepas siap pakai baju sekolah, dia minta donut. Saya pun cakap... mana boleh makan, hari ni kan irfan kena puasa. Irfan senyap jer, pastu dia tanya.. umi, kenapa kita perlu puasa? Aduss... macam mana nak explain kat budak 5 thn pasal puasa ni. Secara automatik saya jawab... sebab sekarang bulan puasa, semua orang Islam kena puasa. Tapi bila fikir balik, betul ke jawapan yang saya bagi? Macam mana yer nak bagi kanak kanak 5 thn faham tentang puasa? Harap ada mommies yang sudi berkongsi pengalaman menangani soalan cepu emas anak mcm ni...


3 comments:

  1. Selamat Berpuasa Nur&Family :)

    ReplyDelete
  2. Kak Nur cuba g blog anakku soleh. Ada tip utk ajar anak berpuasa... sangat bagus, boleh download free

    http://anakkusoleh.com/?p=357

    Selamat berpuasa kak nur

    ReplyDelete