Monday, August 2, 2010

Perkahwinan Jarak Jauh

Masa ada urusan kat main ofis tadi, ada jumpa sorang geng masa induksi (member sebilik masa induksi). Dah lama betul kami tak jumpa walaupun sama tempat kerja. Lama jugak la bersembang. Tp yang sedihnya, rupanya hari ni merupakan last dia dia keje kat sini. Bermula esok, dia akan bercuti tanpa gaji selama dua tahun untuk berada di sisi suami. Memang kawan saya ni PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya. Suaminya kerja kat KL dan dia kat KT. Rasanya dah dua tahun lebih dia orang kahwin dan ada sorang anak. Sekarang ni pun, kawan saya sedang mengandungkan anak yang kedua.

Saya memang puji tindakannya yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun semata mata ingin bersama suami. Bagi saya, besar betul pengorbanan seorang isteri bila sanggup tinggalkan kerjaya kerana suami :)

Teringat pula kisah enam tahun lepas. Saya juga menjalani kehidupan yang sama seperti kawan saya. Pada awal perkahwinan, saya dan en suami juga terpaksa melalui PJJ. Kami kahwin tahun bulan November 2004 tetapi Januari 2008 baru kami dapat hidup bersama, mengharungi suka duka membesarkan anak anak bersama-sama. Dalam tempoh tiga tahun lebih tu, kami hanya merasai hidup berkeluarga setiap hujung minggu sahaja. Memang kesian sangat kat en suami sebab terpaksa ulang alik (KL-KB) setiap minggu. Mmg ada jugak terfikir, sampai bila nak berterusan hidup mcam tu. Hanya jalankan tanggungjawab seorang isteri pada hujung minggu sahaja. Dalam masa yg sama, saya ada juga apply kerja kat area KL, tp mmg bukan rezeki saya kat sana. Bila dapat anak yg kedua, mmg dah bertekad. Dapat keje ke tak, mmg nekad nak berhenti keje jugak. Ikut suami pegi KL walaupun dapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga. Mmg my mum and MIL tak benarkan saya berhijrah ke KL.

Tp alhamdulillah, mungkin dah tertulis rezeki utk kami berdua. Suami dapat bertukar ke Terengganu awal tahun 2008. Rasa bersyukur sangat bila kami dapat menjalani hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna. Sekarang ni pun, masih ramai lagi yang kwn kwn yang kahwin PJJ kat tempat kerja saya. Yang saya kenal, ada lah dalam enam pasangan. Memang boleh faham perasaan diaorg terpaksa menjalani hidup tanpa suami di sisi. Kalau belum ada anak mungkin ok sikit kot. Tapi bila dah ada anak, semangat memang kena kuat. Bila anak menangis, silap hari bulan kita pun ikut sama menangis. Yea la, bila anak menangis panggil abah dia, kita pun menangis sama sebab rindu sangat dengan en suami!
Tapi tak semua orang diuji dengan kahwin PJJ ni. Alangkah bertuahnya bagi pasangan yang dapat hidup bersama sama menempuhi alam perkahwinan selepas disahkan sebagai suami isteri tanpa perlu melalui alam PJJ!

7 comments:

  1. saya sedang melalui alam PJJ...hhuhu..dah 2 thn...huhu

    ReplyDelete
  2. huhuhu... banyak sabar yer cery.. at the same time, doa byk2...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..saya tak pernah lalui alam PJJ ni dan rasanya tak akan sanggup.saya selalu bgtau suami.."biarlah kita hidup susah asalkn abg sentiasa ada di sisi bila masing2 memerlukan..drp hidup kaya raya tp sendirian melalui susah senang..tkde nikmat hidup berumahtangga." itu pendapat sayalah.. :)

    ReplyDelete
  4. bagus la mcm tu ummi ummair... tp zaman skrang, mungking masing2 ada alasan sendiri kenapa terpaksa PJJ. Yg pasti, takde pasangan yg sengaja pilih utk PJJ :)

    ReplyDelete
  5. saya pun PJJ nur. dah nak masuk 3 tahun. Suami di Penang, saya di shah alam.

    ReplyDelete
  6. ooo, momma pun PJJ. dah nak masuk 3 thn pulak tu... huhuhu, mmg kena bykkan sabar!

    ReplyDelete
  7. Saya pernah berPJJ ngan hubby juga. Lagi sadis Nur. Masa tu Abang umur 4 bulan sampailah setahun sebulan. Sadisnya saya di Malaysia dan suami di negaranya. Memang hari-hari pun nangis. Buat apa pun nangis apalagi bila anak demam. Huhuhu...memang tak sanggup!

    ReplyDelete