Friday, November 26, 2010

kurang sihat

Salam semua....

Hujung minggu yang agak mencabar... huhuhu, semua anak anak termasuklah saya sendiri tak sihat. Irfan selsema, demam dah baik. Aisyah pula batuk dan selsema. Suara pun dah berubah jadi lain. -semakin garau. Kesian betul kat Aisyah. Danish pun sama. Dapat pakej yang cukup lengkap: batuk, selsema dan lelah. Lagi kesian bila tengok dia tercungap cungap bernafas ikut mulut. Poor danish!

Tapi yang bagus nya, irfan, aisyah dan danish sangat senang nak telan ubat. Danish baru jer pandai nak telan ubat. Bila tengok syringe tu, memang dia akan geleng kepala kiri kanan. Tapi bila ubat dah masuk dalam mulut, dia akan telan perlahan lahan.  Mmg good boy la danish ni :)

cepat baik yer anak anak ummi...
Saya pulak, selsema ringan jer. Tapi dari semalam duk sakit belakang. Tak boleh nak duduk atau berdiri lama. Jalan pun kena slow slow. Dalam hati ada terpikir, adakah Mrs P nak datang? Oh no, mcm mana la dengan production susu bila dia datang? Tapi harapnya belum lagi, tapi kemungkinan besar tetap ada. Selepas melahirkan Aisyah dulu Mrs P datang masa Aisyah berumur 9 bulan jugak, tapi Irfan pula masa 11 bulan. Sekarang danish dah 9 bulan. Memang patut pun kalau Mrs P nak bertandang.... huhuhu.

NuKilaN:

3 comments: