Thursday, January 6, 2011

dah khamis???

Terasa masa berlalu dengan pantas. Rasa mcm semalam baru daftarkan irfan ke sekolah, tup tup hari ni dah Khamis. Masih lagi dalam mode nak biasakan diri dengan rutin baru. Hantar Irfan ke sekolah seawal 7.50 pg (hehehe, awal ke? org lain 7.30 pg dah hantar anak school). Tapi bg saya mmg sangat awal. Sebelum ni, pkl 8 pg baru turun rumah. Sekarang pukul 8 dah ada kat opis. Then pukul 12.40 tgh hari kena keluar pula utk jemput irfan dari sekolah. Lepas makan dan solat, masuk opis semula pukul 2. Insya Allah, minggu depan akan lebih stabil dengan rutin baru ni.

So far, perkembangan persekolahan Irfan utk minggu ni sangat positif. No more excuse at the morning (Sgt lega part ni). Sebelah malam, bila saya suruh tidur, Irfan terus masuk tidur. Walaupun dia belum mengatuk, Irfan cuba jugak utk tidur. Kalau Irfan tidur awal, dia sangat mudah utk bangkit di waktu pagi. Pagi tadi pun, sedang saya menyiapkan sarapan kat dapur, dia dah bangun sambil duk genyeh mata dan cakap nak mandi. Then, saya suruh dia mandi sendiri and he did it! Lepas mandi, dia terus pakai uniform sekolah dan sarapan. Kan bagus kalau hari hari macam ni?

Ni gambar my good boy masa first day sekolah (Isnin lepas).

Posing kat gajah menyusur
bangunan kat belakang tu la school irfan

sedang beratur
cikgu sedang membahagikan pelajar kepada dua kelas
yg tepi irfan tu kawan dia satu tadika
tp dia org tak sekelas

suasana kelas irfan
dia pilih utk duduk kat situ
belajar rajin rajin yer Irfan....
jadi abang contoh utk adik adik :)

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. hurm, mmg dia seronok pun... bila pegi ambil masa tgh hari, siap kata, "ala, ummi dah datang, x sempat nak main..."

    ReplyDelete
  2. dah masuk tahun 1 rupanya...

    seronok la dah dpt kawan baru ramai..

    ReplyDelete