Monday, January 3, 2011

first entry @ 2011

Salam semua,

Hari ni dah 3 Jan 2011. Dah 3 hari berada di tahun baru. Hari ni merupakan hari pertama bekerja utk tahun ini gara gara Malaysia menang bolasepak. Horrey!

Nak mula dari mana yer? Hehehe, mcm byk jer benda nak story kan. Tp mmg banyak pun. Kisah percutian kami hari tu belum buat laporan lagi, then ke Cherating pulak. Pasal kisah Irfan masuk Pra Sekolah pun kalau boleh nak letak dalam blog jugak. Huhuhu, banyak betul angan angan. Ntah tercapai ke tidak. Tak pe la, slow slow. Mana yang sempat saya cerita :)

Cuti tiga hari yang lepas memang seronok sangat. Balik dari Cherating hari Khamis. Sampai rumah dah pukul 6 petang. Malam tu memang tidur awal. Baru badan terasa sgt penat bila balik rumah. Kalau ikutkan hati, nak terus ke Kuantan and then melencong ke Gambang Waterpark. Tapi cuaca tak mengizinkan. Tak best la main air dalam hujan. Bukan apa, takut anak anak demam jer... nanti kita jugak yg susah, kan?

So, hari jumaat tu memang rehat jer memanjang. Hari sabtu keluar bawak danish gi klinik sebab danish sakit mata. Saya pun request nak timbang danish. Kali terakhir timbang berat danish masa danish 6 bulan. Berat danish time tu 6.8 kg. Sekarang ni dah 10 bulan, berat danish baru 7.8 kg. Naik sekilo dalam masa 4 bulan. Graf pun masih lagi normal. Dr bagi ubat titik dalam mata dan sekarang, mata danish dah ok. Nasib baik sakit mata danish tak berjangkit.

Nak interprem gambar danish dalam stroller....


NuKilaN:
 

1 comment:

  1. Anak-anak kalau dah sibuk berenang-renang memang lupa daratan. Dah tu balik aje rumah, demam pulak. Mak juga yang susah....

    ReplyDelete