Wednesday, June 22, 2011

gigi

saja nak letak pic gigi anak anak sbg kenangan
setakat ni, anak anak mmg request utk gosok gigi setaip kali mandi
termasuk la danish
dah pandai tnjuk kat bekas simpan berus gigi
selagi tak bagi berus gigi
selagi itu la mulut danish duk bising nakkan berus gigi

kita mulakan dgn gigi irfan
tengok karies gigi dah semakin bermaharajalela
mungkin disebabkan teknik menggosok gigi yang tidak betul
setakat ni pernah sekali bawak irfan jumpa dentist
sbb dia mengadu selalu sakit gigi masa makan
ingatkan boleh tampal, tapi dr kata kena cabut terus
gigi susu tak perlu tampal :)
tapi disebabkan irfan baru berumur 4 thn masa tu
so, dr tak suggest utk cabut
dia suruh ajar anak belajar baca nak buang sisa makanan yang terlekat kat gigi guna floss

jom intai gigi aisyah pula
susunan gigi aisyah tak berapa teratur
tak pasti pula kenapa jadi mcm tu
mungkin kerana aisyah suka sangat menggigit benda keras semasa bayi
tapi walaupun susunan gigi tak cantik, karies belum lagi menyerang
pandai juga aisyah jaga dan berus gigi 
setakat ni, aisyah belum pernah lagi mengadu sakit gigi

mcm mana pula dengan danish?
hehehe, danish baru ada 6 batang gigi di usia 16 bulan
4 batang bhgn atas
dan 2 batang kat bawah
dah lama cuba nak snap gambar gigi danish
tapi sampai sekarang belum berhasil
huhuhu, gambar mcm ni pun jadi la,ek?

NuKilaN:

4 comments:

  1. kak nur, rafiq suka gosok gigi jugak..tapiiii nak gosok sendiri. bukan gosk..dia gigit2 nye bulu berus tu. abis lunyai! haihh

    rafiq dah ade 16 batang gigi..:-)

    ReplyDelete
  2. kesian irfan, rajin gosok gigi tp ada karies jugak. samalah mcm anak sedara. sebab berus tak betul...

    ReplyDelete
  3. Anak2 saya, especially Ahmadi dan Arwa, saya kena kesat dengan kain lampin juga...kalau tak rasa mcm tak confident saja... tp nampak gaya gigi Arwa pun dah mula banyak karies... uhukkkk

    ReplyDelete
  4. ank no 2 tu da bpe kali p tampal gigi..kuat sangat mkn gula2..

    ReplyDelete