Wednesday, June 1, 2011

tiga bukan dua

Cepatnya masa berlalu
danish dah semakin besar
lagak pun dah mcm abg dan kakak
kekadang tu dah pandai buat nakal
semua yg abang dan kakak buat, danish nak ikut

suatu petang, lepas pulang dari kerja
saya singgah ke kedai membeli barang dapur
kebetulan lalu depan rak berus gigi
so, saya pun beli dua batang berus gigi utk anak anak
satu untuk aisyah
dan satu untuk irfan
saja nak gantikan berus gigi dia orang yang dah nak rosak

balik jer rumah
terus bagi berus gigi kat kat abang dan kakak
sekali si adik menangis
sebab dia punya tak ada
huhuhu, mcm mana la ummi boleh lupa
ada lagi sorang yang dah ada gigi
teruk betul ummi ni kan
selalu lupa yang danish dah besar

kebetulan saya juga beli berus gigi untuk kami berdua (ummi dan abah)
saya bagi yang saya punya kat danish
tapi langsung dia tak nak
pandai pula bezakan berus gigi utk kanak kanak
dan berus gigi utk orang dewasa
nasib baik abang baik hati
bagi adik pegang dulu utk main main

tapi bukan stop setakat tu tau
pandai pulak suruh tanggalkan baju dia
then suruh buka seluar
huhuhu, nak mandi la pulak
so, ummi pun layan kan aje la
lastly,
jom skodeng danish yang sedang mandi


NuKilaN:

2 comments: