Monday, July 4, 2011

danish @ 16 bulan

Dah lama tak update pasal perkembangan danish
sekarang danish dah 16 bulan
masih lagi menyusu dengan ummi (direct feeding jer)
danish dah tak nak makan bubur nasi
kalau tak silap, masa umur 14 bulan saya dah tak masak bubur
sebab danish dah tak nak nasi lembik
nak makan nasi sepinggan dengan abg dan kakak

so, sekarang ni sebelum pergi kerja
kena standy makanan yang berkhasiat utk danish
biasanya saya belikan lontong atau laksam
kalau sempat goreng nasi, danish makan nasi goreng
sempat la danish bertahan sebelum saya balik untuk menyusu masa tengah hari

saya perasan, danish sekarang ni dah tak mesra kamera
bila tengok jer saya capai kamera
mesti dia pandang atau pusing ke lain
ce tgk pic kat bawah ni
 masa ni jenuh saya panggil suruh tengok kamera
tapi langsung tak layan, huhuhu
yang ni pun sama
danish buat tak tahu jer bila panggil nama dia
sabar aje la....

pasal berat, danish baru 8.6 kg sahaja
tak sampai 1 kg naik dalam tempoh 6 bulan
sama macam aisyah juga
berat dah tak berapa naik bila dah umur setahun

hobi terbaru danish adalah jalan jalan naik kereta @ motor
bila bangun pagi, danish akan temankan saya hantar irfan ke sekolah
kemudian beli makanan untuk sarapan
padahal aisyah masih lagi lena diulit mimpi

bila saya nak pergi kerja pun
danish dah pandai nak manipulasi keadaan
dah pandai nangis bila tengok saya ambil kunci
sebab tu kadang kadang saya suka menyakat dia
kemudian terjadi la adegan macam ni
hahaha, macam betul tengok danish nangis dalam pic ni
padahal bila angkat letak dalam kereta terus senyap
macam takde apa apa pun berlaku...
alahai anak, pandai betul kamu berlakon yer?
dan sebagai ummi, saya kena pandai bezakan jenis 'tangisan'
sama ada tangisan betul atau yang palsu... 
betul tak mommies sekalian?

NuKilaN:

3 comments:

  1. hahaha...btol3! sy sokong 100%. memang anak2 ni suke berlakon. kalo duk ngn bs ok je, tibe2 nampak je umminye trus la nanges.haish! ;)

    ReplyDelete
  2. hehehe, izz pun pandai berlakon doh lo ni... lepas ni koho pjg akal tu :)

    ReplyDelete
  3. hhehehe... tu yg kadang2 mertua tanya, sehari duduk dengan dia elok2 je alih2 bila umi ada macam ada org cubit je nangis :P

    ReplyDelete