Friday, July 15, 2011

vest

hari ni nak cerita pasal irfan pula
kat pra sekolah irfan, kena pakai dua jenis baju ke sekolah
hari ahad, selasa dan khamis, kena pakai baju seragam sekolah berserta dengan vest
hari isnin dan rabu pula kena pakai baju sukan

biasanya sebelah pagi, memang irfan kemas berpakaian seragam sekolah
lengkap dengan vest sekali
tapi, bila saya ambil masa tengah hari
jarang sangat kemas mcm waktu pagi
maklum la anak lelaki... asyik main jer 24 jam... huhuuhu
baju dah tak masuk dalam seluar
vest pulak, hilang entah ke mana
suka sangat letak vest tu merata
kadang kadang dia simpan dalam beg
kadang kadang dia tinggal dalam bakul kat sekolah

masalahnya bila nak bersiap waktu pagi
saya la yang jadi mangsa mencari vest dia
kekadang tu jenuh cari, bila tanya irfan mana vest
dia kata tinggal kat sekolah.. huhuhu
sabar aje la anak teruna saya seorang ni
tu baru seorang yang sekolah, kalau semua sekolah
tak ke haru jadinya setiap pagi, huhuhuu

sekarang ni, bila saya cari vest irfan dalam beg tapi tak jumpa
saya biar jer dia ke sekolah tanpa vest
lantak la cikgu nak kata apa, saja nak bagi pengajaran kat irfan
supaya lebih megambil berat soal pakaian
walau pun baru 6 tahun, saya saya kena ajar irfan tentang tanggungjawab
orang lelaki lagi la perlu tahu apa tu tanggungjawab, kan?

suatu pagi di hari selasa, irfan naik kereta tanpa memakai vest
lepas tu saya tanya, " mana vest, abang? kenapa tak pakai?"
irfan jawab, "tak tahu, abang lupa.... tak tahu letak kat mana."
saya tanya, "cikgu abang tak marah ke kalau abang tak pakai vest kat sekolah?"
tapi lain pula yang irfan jawab, "takpe ummi, ada jer kawan abang yang tak pakai vest kat sekolah."
dalam hati saya, ishh dah pandai loyar buruk anak saya ni, tapi saya menduga, pasti cikgu dia pernah marah sebab tu dia tak jawab soalan saya.

setiap hari ahad, pelajar pra sekolah juga perlu menghadiri perhimpunan mingguan sekolah
kebetulan hari ahad lepas, saya tak jumpa kat mana dia letak vest
dan saya pula sedikit lambat menghantar irfan ke sekolah
tiba di sekolah, semua pelajar dah beratur nak ikuti perhimpunan mingguan
dan semua pelajar memakai vest, kecuali irfan
irfan dah mula nak nangis sebab tak pakai vest
saya pun sedikit cemas, mcm mana nak handle irfan ni
saya kata, "lain kali, jangan letak vest merata rata. nanti beritahu cikgu dan minta maaf dan janji dengan cikgu takkan buat lagi."
irfan terus ok dan keluar dari kereta
dan itulah kali terakhir irfan ke sekolah tanpa memakai vest
sejak dari harii tu, irfan dah pandai simpan vest di tempat yang sepatutnya
harapnya tabiat ini akan kekal hingga ke akhir tahun persekolahan
dan saya tidak lagi mencari vest setiap pagi

sekian.... psst... kengkawan pernah tak mengalami pengalaman mcm ni? ce citer, ce citer....


NuKilaN:
 

3 comments:

  1. Di sekolah anak2 saya tak ada masalah sangat dengan vest sbb diorang tak pakai vest...yang jadi masalahnya adalah alatulis... so saya biar juga dia rasa macam mana tak bawa alatulis ke sekolah. Tapi yang hairan sampai arini diorang survive....macam mana kah? :P

    ReplyDelete
  2. kdg2 anak2 ni perlu jgk ajar sedikit 'kekerasan' supaya mereka beringat, kan kak nur? betul jgk cara kak nur ajar tu.

    ReplyDelete
  3. pija: pinjam yang kawan punya kot? hehehe

    ummi ummair: tu la pasal... mmg akak jenis tak suka manjakan anak, manjakan sikit2 boleh la... biar berpada pada, kan?

    ReplyDelete