Wednesday, September 14, 2011

baca buku

Tak pasti sama ada ibu lain mengalami situasi yang sama ke tak dengan saya. Tiap kali pergi ambil Irfan kat sekolah, mesti tengok dia main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Pernah sekali Irfan terlanggar tiang hingga kepala benjol.

Suatu hari, saya pesan kat Irfan, "Irfan, nanti bila balik sekolah, irfan jangan main luar kelas tau. Irfan tunggu ummi dalam kelas. Kalau ummi lambat sangat, Irfan baca la buku dulu."

Bila jemput Irfan semasa tengah hari, agak terharu tengok Irfan yang sedang ralit baca buku. Saya terus capai camera dan snap gambar ni:
Semasa pulang kami bersembang....

Irfan: Abe dah tahu mcm mana tak nak bagi penat bila balik sekolah.
Ummi: Nak buat mcm mana?
Irfan: Abe kena baca buku la. Kalau main bila balik sekolah, abe rasa penat sangat.
Ummi: A ah, betul la mcm tu. Sebab tu ummi suruh abe baca buku. Kalau main dapat penat, tapi kalau baca buku dapat ilmu.
Irfan: Ummi masa kecik dulu, baca buku juga ke bila balik sekolah?
Tiada jawapan, saya sekadar menganggukkan kepala.

Harapnya tabiat ini akan kekal lama. Saya pun tak de la risau sangat kalau terlambat ambil Irfan jika dia ralit membaca buku.

NuKilaN:
 

1 comment:

  1. besar dah irfan disana... irfan kat sini pun dah besar...:) baca buku pandai3 yek..

    ReplyDelete