Wednesday, September 28, 2011

bila abah balik?

Rasanya dah dah lama en suami tak 'outstation' atau bermalam di luar. Yang pasti, semenjak danish lahir, semalam adalah kali pertama anak-anak terpaksa tidur tanpa ditemani abah dia orang. Bukannya pergi lama pun, bermalam semalaman jer :)

Macam-macam soalan yang saya kena jawab. Tapi, soalan 'bila abah balik?' itu la yang paling kerap ditanya walaupun jawapannya sama jer. "Esok abah balik la...". Yang kelakar bila saya dengar dialog Irfan dan aisyah...

Aisyah: Nanti, siapa yang nak buatkan susu utk kakak?
Irfan: Ummi kan ada.
Aisyah: Ummi mana biasa buat susu utk kakak.
Irfan: Kakak jangan risau la, ummi pandai la buat susu untuk kakak. Dulu masa kakak masih kecil, ummi selalu juga buat susu untuk kakak. Kakak, ingat tak?
Aisyah: Oooo, kakak ingat!

Hehehe, bila ingat balik dialog tu, rasa mcm sweet pulak. Pandai pula dia org flash back peristiwa dua tahun lepas. Sebelum danish lahir, memang saya selalu juga buatkan susu untuk aisyah. Tapi bila dah ada anak kecil, semua urusan buat susu saya serahkan 100% pada en. suami. Baru saya sedar, dah lama rupanya saya tak bancuh susu untuk Aisyah.

Masa tidur semalam, Aisyah juga la yang paling kerap terjaga. Tiap kali terjaga dia tanya, "Ummi, lambat lagi ke esok?". Tak sabar nak tunggu 'esok' rupanya. Dan pagi ni, pukul 7 pagi, semua anak anak dah bangun dan siap mandi sebab semua tak nyenyak tidur. Tak tidur lena sebab rindukan abah!

Yang paling ketara rindukan abah adalah Aisyah!

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. Cepat betul anak-anak membesar. Bila ada anak yang lebih kecil, biasanya kita terlupa bahawa anak-anak yang dah besar pon memerlukan perhatian yang sama.

    My elder daughter selalu cakap;
    Papa dah tak sayang kakak ye? Kenapa papa selalu main dengan adik je?

    Camne mau jawab?? huhu

    *re-post comment, sorry tadi tersilap tempat plak

    ReplyDelete
  2. fuhh, soalan mencabar jugak nak jawab ni. Nasib baik anak2 belum tanya saya soalan macam tu :)

    Sebenarnya soalan tu tak perlu jawapan, cuma kena pandai bahagikan kasih untuk anak2 :). Anak2 tak harapkan banyak, cukup dengan sedikit perhatian dan sentuhan kasih sayang :)

    kadang2 saya pun pening nak fikir game apa yg sesuai utk main dgn anak2 yg berbeza peringkat umur ni. End up, kami main polis entry... hihihi

    ReplyDelete
  3. Kecil-kecil dah pandai mengimbau kenangan silam budak-budak nih. Bahagianya rasa bila mereka dah besar panjang nanti lepas tu asyik mengimbau zaman kanak-kanak bahagia bersama makbapak. Best kan...

    ReplyDelete