Tuesday, October 4, 2011

bengang dgn Aisyah

Minggu ini masih lagi huru hara meneruskan kehidupan tanpa bantuan pembantu rumah. Ditambah pula dengan karenah Aisyah yang tidak mahu ke taska.

Masa hari pertama, Aisyah macam ok jer di waktu pagi. Tapi bila saya pergi menyusu danish semasa tengah hari, dia kata dah nak ikut saya pergi ke pejabat. Tak nak duduk kat taska sebab boring... Adoiya... pusing kepala ummi dibuatnya. Saya pujuk juga Aisyah supaya tunggu abah ambil sebelah petang. Mana boleh ikut ummi, ummi kena sertai perarakan akademik untuk majlis konvo. Nasib baik Aisyah ok lepas tu.

Keesokkannya harinya, saya diuji lagi oleh Aisyah. Langsung tak nak pergi taska. Dia kata nak duduk di rumah. Tak kisah duduk kat rumah sorang-sorang pun. Lepas fikir beberapa kali, saya terima pilihan Aisyah. Biar dia tahu keadaan sunyi di rumah tu macam mana. Aisyah pula, pandai betul buat umminya bengang. Siap peluk cium dengan ummi lagi sebelum saya pergi kerja. Walaupun dari luar saya nampak cool jer, tapi dalam hati masa tu Allah jer tahu tahu macam mana perasaan seorang ibu tinggalkan anaknya sendirian di dalam rumah tanpa pengawasan orang dewasa. Saya hanya mampu tawakkal kepada Allah supaya Aisyah sentiasa berada di bawah lindungan-Nya.

Masa hantar danish ke sekolah, cikgu taska tanya,"Mana Asiyah?". Saya terangkan keadaan sebenarnya pada cikgu taska. Melihat riak muka cikgu taska yang begitu cemas, naluri keibuaan saya terus direobek-robek kerisauan. Tapi saya cuba setabah mungkin supaya boleh mengawal perasaan dan yakinkan diri bahawa Aisyah akan selamat.

Lepas tu saya terus ke tempat kerja seperti biasa. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar sehinggalah saya menerima panggilan daripada en suami pada pukul 11.30 pagi. En suami bukan main terkejut bila saya beritahu yang Aisyah duk rumah sorang2. En suami kata, "Aisyah tu baru 4 tahun, mana boleh duduk rumah sorang2. Macam mana kalau dia main api ke, main pisau ke?". Tapi, saya yakin yang Aisyah dah cukup bijak. Dia takkan main dengan benda yang berbahaya. En suami tanya, "Kenapa tak angkat jer Aisyah letak dalam kereta?". Saya kata, tu pilihan terakhir saya untuk guna kekerasan. Biar dia belajar melalui pengalaman. En suami belum lagi puas hati dan dia kata nak call Aisyah sekejap.

En suami cuba buat panggilan kepada Aisyah tetapi panggilan tetap tak berjawab. En suami dah mula risau. Dalam masa yang sama, aura negatif dalam en suami berjaya mempengaruhi saya. Saya dah tak senang untuk buat kerja dan terus balik ke rumah untuk menjenguk Aisyah.

Balik jer rumah, Aisyah terus buka pintu bila tengok saya pulang. Ayat pertama keluar dari mulut Aisyah, "Ummi, kakak ni bagus, kan? Tak takut pun duduk kat rumah sorang-sorang...". Dengan bangganya dia memuji keupayaannya tinggal sendirian di rumah. Macam tiada apa yang berlaku. Saya cuma mampu mengangguk setuju dan merasa lega bila tidak ada apa yang berlaku.
Macam ni la muka puas hati Aisyah sebab dapat buat umminya bengang... huhuhu

Sekarang. saya masih lagi bingung. Macam mana nak pujuk Aiyah untuk ke taska ni??? Mommies, ada cadangan tak??

NuKilaN:
 

5 comments:

  1. huwarghhhhh beraninya aisya...berani jugak mama tinggalkan aisya sorang2......

    ReplyDelete
  2. Hehehe, kebetulan jiran sebelah rumah cuti hari tu.

    Lepas tu saja nak buat ujikaji..ingatkan dia serik bila kena tinggal sorang2, tapi harapan itu sungguh meleset sekali.. huargh.. ummi dia pun nak nangis bila ingat semula :)

    ReplyDelete
  3. uish.. kakyong pun tak berani nak tinggalkan anak2 kat rumah sensorang.. scary nya.. berani sungguh Aisyah nih..

    ReplyDelete
  4. tu la kak yong, ingatkan dia serik bila saya betul2 tinggalkan dia sorang2. tp harapan tu sangat meleset sama sekali... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Eh, bahayanya Nur buat cam ni! Kalau saya memang tak mungkin boleh tinggalkan anak di rumah sendirian. Kalau pun anak ok, saya ni yang tak OK. Mahu gigil tangan buat kerja, serba tak kena jadinya. Takut pulak saya baca kisah ni. Nasib baik Aisyah tak apa-apa.

    ReplyDelete