Thursday, October 13, 2011

dah semakin stabil

Masuk minggu kedua menguruskan anak-anak tanpa pembantu. Sekarang rutin harian dah semakin stabil. Apa yang penting... KERJASAMA!

Ya, anak-anak memberikan kerjasama dengan baik sekali. Bila rumah bersepah, mereka dah pandai nak kemas sendiri. Kalau sebelum ni, bila saya suruh kemas mainan yang bersepah, mesti dia org jawab, "Ala, biar kak Dewi la yang kemas". Tapi sekarang, mereka akan kemas sendiri tanpa perlu diarah :)

Aisyah pun dah boleh bangun pagi tanpa sebarang masalah. Waktu tidur pun dah ikut jadual. Kalau tak, pukul 10 mlm pun masih seronok melayan kartun. Tapi, sekarang bila pukul 10 mlm, semua anak-anak dah masuk tidur. Ini juga adalah faktor kenapa mereka mudah dikejutkan pada waktu pagi, Alhamdulillah.

Biasanya, selepas saya mandi, baru saya akan kejutkan anak-anak untuk bersiap pergi sekolah. Tapi pagi ni, bila saya sedang mandi, Irfan dah ketuk pintu. "Ummi, cepat la mandi. Abe nak mandi pula ni." Bila saya keluar, mereka bertiga dah bangun dan bersedia untuk mandi.

Lepas mandi, semua anak-anak bersiap pakai baju sendiri kecuali danish. Lepas saya pakaikan pampers danish, saya ke bilik sebelah untuk sidaikan tuala yang basah. Oh, saya sangat terharu bila tengok adegan ni...
Cepat-cepat saya ambil kamera dan snap gambar ni. Terima kasih irfan sebab tolong pakaikan baju danish :). Bila sedar saya ambil gambar, Aisyah pun nak posing sama. Ummi layankan aje permintaan anak dara saya ni :)
Tengok lah rambut pun tak sempat bersikat lagi tapi dah posing sakan :)

NuKilaN:
 

No comments:

Post a Comment