Monday, October 24, 2011

kena gigit

Antara hobi danish sekarang ni adalah mengigit. Semua jenis benda dia akan gigit termasuklah orang sekelilingnya. Mula-mula danish akan gigit baju dulu. Bila ke"geraman"nya bertambah, dia akan terus gigit orang yang pakai baju tu.

Kadang-kadang, sedang saya ralit menonton tv, pasti terkejut bila rasa gigitan manja kat bahu. Kalau gigitan manja tak pe lagi, takde la rasa sakit sangat. Tapi kalau gigit + geram, tahap kesakitan tu adalah sangat maksima.

Kalau danish gigit kat bahu, takde la rasa sangat sebab bahagian tu takde isi untuk danish tarik. Tapi kalau sedang ralit mengadap laptop sambil kaki berjulur di bawah meja kopi, dan dengan pantasnya dia menggigit ibu jari, rasa macam nak terputus jer ibu jari ummi. Alahai, danish..... anak-anak lain tak pula suka menggigit macam danish ni, huhuhu.
Gambar bukti... handset ummi pun jadi mangsa

Tapi biasanya ummi dan abah yang selalu jadi mangsa danish. Tak pernah pula Irfan atau Aisyah mengadu kena gigit oleh adiknya. Tiap kali saya menjerit sebab terkejut dengan gigitan danish, Irfan pasti akan menawarkan tangannya untuk digigit oleh danish. Tapi bila diberi tawaran sedemikian oleh abangnya, tak de pula danish mengigit sekuat hati seperti yang diperlakukan kepada ummi dan abahnya. Pandai kamu yer, si kecil danish :)

Lepas gigit, pasti ada kesan gigi di tempat yang kena gigit. Gambar ni saya snap lepas danish gigit Irfan dengan tahap kegeraman yang tinggi selepas Irfan berkali-kali menyuakan tangannya untuk digigit oleh danish.
Ia juga mengingatkan saya dengan satu video yang cukup popular di youtube, "Charlie bit my finger". Memang mengigit tu cara seorang bayi menunjukkan kasih sayang kot? Yer dop?
sweet kan video ni?

Saya pernah terbaca satu kajian oleh penyelidik, kanak-kanak yang suka menggigit orang ni adalah disebabkan oleh mereka tidak puas menyusu semasa kecil. Erm, tapi danish masih lagi menyusu atau disebabkan saya tak pernah membiarkan danish menyoyot lama-lama? So dia lepas gian menyoyot tu kat ummi dan abah dia....hahaaha, suka hati jer buat hipotesis sendiri...

NuKilaN:
 

2 comments:

  1. hahaha... akif sebelum ni suka jugak gigit. sekarang dh takde dah... lega! kalau tak, memang sakit la asyik kena gigit.

    harap2 cepatla danish buang tebiat baru ni...

    ReplyDelete