Tuesday, October 18, 2011

lagi aktiviti melukis

Bila mood si abang dan si kakak dalam keadaan baik, mereka selalu melakukan aktiviti bersama-sama seperti melukis. Tentu sekali perasaan seorang ummi sangat bahagia apabila melihat anak-anaknya dalam keadaan macam ni....
Si abang sedang ralit melukis
Si kakak sedang khusyuk mewarna
Si adik sedang "bereksperimen" dengan kunci

Masa saya snap gambar ni mereka tak perasan pun. Bila si adik perasan saya sedang tangkap gambar, cepat-cepat dia lari ke ruang tamu. Agak susah nak snap gambar si adik sejak kebelakangan ni. Danish sedang diserang sindrom "camera shy"... kikiki.

Berbalik kepada aktiviti anak-anak di atas. Sebenarnya saya tak manjakan anak-anak dengan membeli buku khas utk beraktiviti. Kalau saya beli pun, memang anak-anak belum pandai nak hargai sebab kadang-kadang buku yang dibeli telah bertukar menjadi kapal terbang kertas, huhuhu. Tapi kadang-kadang saya beri juga peluang kepada mereka untuk memilih buku untuk mereka beraktiviti.

Jika saya zoom gambar mereka secara dekat, mommies perasan tak yang mereka sedang menulis di atas kulit buka yang telah dikoyak dua. Isi buku kesemuanya dah jadi kapal terbang. Yang tinggal hanyalah kulit buku. Daripada kulit yang berbaki, si abang jadi juru lukis dan si kakak jadi juru warna. Inilah yang dikatakan daya kretiviti anak-anak mengikut teorem kanak-kanak:

Isi buku = kapal terbang kertas
Kulit buku = kanvas lukisan

Apa cerita di sebalik lukisan ni, saya sendiri pun tak faham. Saya zoom lagi dekat....
Agaknya, apa cerita di sebalik lukisan ni yer? Yang tu tak penting bagi saya. Yang penting, anak-anak dapat mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang dapat mengasah daya kreativiti dan daya imaginasi :)

NuKilaN:
 

6 comments:

  1. cutenyaaaaaaa:):) sekali imbas mcm lukis meow:):)

    ReplyDelete
  2. Nur,
    anak2 kakyong pun mcm tu la.. isi buku banyak juga dah jadi kapal terbang & sampan..

    la ni kakyong bg depa tulis atas kertas A4..

    kreatip kan anak2 ni.. suka bekerja sama... Fikri & Aliya suka kerjasama dlm melukis & mewarna nih.. Anis dia kurang sikit.. dia buat hal dia jer..

    ReplyDelete
  3. kak mija: saya tegok mcm raksasa jer.. kikiki

    kak yong: ooo... kes sama juga rupanya... ingatkan anak2 saya jer suka sepahkan buku-buku, tp sbg ibu kita kena fikir from positif side, baru la tak stress, kan?

    ReplyDelete
  4. ada dua ekor kusing tu.. dan ada budak rambut cacak. haha...

    ReplyDelete
  5. budak laki rambut cacak, budak pompuan rambut curly... kikiki

    ReplyDelete