Thursday, November 3, 2011

bengkak lagi

Mode sekarang: lemah lemah badan.

Dah lama tak jadi macam ni.
Sebabnya semalam saya bengkak susu lagi.
Dah lama tak kena bengkak susu.
Kali terakhir kena bulan Julai tahun lepas (seperti kisah di sini).

Semalam balik kerja agak lewat. Masuk jer kereta, pasang radio dah dengar orang azan Maghrib. Masa tu memang dah rasa tak sedap badan. Ingatkan sebab lewat makan. Lunch saya ambil pada pukul 6.30 ptg selepas sarapan pada pukul 9 pagi. In between ada makan sedikit buah dan kuih untuk alas perut.

Balik rumah, danish merengek nak minum susu. Lepas minum susu, danish terus tidur hingga ke pagi. Sangat lega rasanya bila danish tidur awal. Lepas solat Maghrib, saya terus tunggu solat Isyak. Masa tu memang dah nak menggigil tapi tahan lagi. Bila check suhu, 37.8. Ok la sebab tak tinggi sangat.

Lepas solat Isyak, terus tidur. Masa tidur baru sedar yang B sebelah kiri ada sedikit benjolan. Padahal danish baru jer menyusu sebelah kiri. Saya cuba urut supaya perlahan-lahan supaya sakit berkurangan. Bila tak berjaya juga, saya kejutkan danish untuk menyusu sebelah yang sakit. Nasib baik sakit sedikit berkurangan selepas danish menyusu.

Bangun pagi ni masih terasa lemah-lemah badan. Tapi terpaksa gagahkan juga diri ke tempat kerja. Harapnya bengkak ni tak berpanjangan. Sentiasa cuba positifkan diri - bila B bengkak, itu bermaksud susu masih banyak :), hehehe, sekadar sedapkan hati diri sendiri. Doakan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:
 

3 comments:

  1. Bestnya ada susu lagi. Kita dah takde. Sian Mawaddah kena minum susu lembu.

    ReplyDelete
  2. Tu la.. dah la tak mengepam, pastu menyusu pula tak ikut masa.. diri sendiri jugak yg kena tanggung... huhuhu... tapi yg sedih sbb kena sebelum raya... nasib baik sempat baik sehari sebelum raya.. dapat la beraya sakan masa raya... kikiki

    Susu ibu tu simpan utk adik mawaddah yer ibu :)

    ReplyDelete