Tuesday, November 29, 2011

gambar kelas Irfan

Sebelum ni dah letak gambar Aisyah bersama kawan-kawan sekelas PASTI. Hari ni nak tempek gambar Irfan pula.

Satu kelas ada 25 orang. Sebelah kiri adalah guru kelas iaitu Cikgu Suzana dan sebelah kanan adalah pembantu guru yang dikenali dengan panggilan Kak Tie. Irfan berada di kedudukan lima dari kanan.

Bila tengok gambar ni, mengingatkan saya pada perbualan Aisyah. Dia tanya, "Ummi, kenapa gambar kelas abang, lelaki kena berdiri dan perempuan duduk. Tapi dalam kelas kakak, orang perempuan berdiri, tapi orang lelaki duduk?". Saya pun terkedu nak jawab soalan Aisyah tu. Sampai ke hari ni masih lagi terfikir, apa jawapan yang sesuai untuk soalan Aisyah tu... any suggestion?

NuKilaN:
 

1 comment:

  1. Kelas Irfan ramai lelaki, kelas Aisyah mesti ramai perempuan :D

    ReplyDelete