Tuesday, January 17, 2012

dah selamat tiba

Bersiaran dari University of Bradford, UK. Kelmarin dan selamat mendaftar di university, Alhamdulillah :)

Hari ini juga hari yang keempat kami berada di Bradford. Suhu di sini semasa kami sampai adalah -1 darjah celcius. Lagi sejuk dari peti ais. Masih lagi dalam proses nak biasakan diri dengan cuaca sejuk. Anak-anak agak keboringan sebab asyik kena kurung dalam rumah jer. Tv pun masih belum berfungsi sebab saya baru jer buka akaun bank. Kat sini semua urusan memerlukan akaun bank. Tapi saya dah buka akaun bank, cuma duit dalam akaun bank jer yang belum ada. So tak boleh juga nak langgan telefon dan internet.

Anak-anak banyak memberi kerjasama sepanjang perjalanan. Perjalanan selama 13 jam dari KL ke Amsterdam memang sangat memboringkan. Naik jer flight, anak-anak terus tidur. Cukup lapan jam dia orang tidur, terus berjaga hingga sampai ke Amsterdam. Nasib baik tampat seat dia orang boleh layan games dan movie. Bila dapat breakfast pula, seronok tengok dia orang makan dengan penuh berselera.

Cuma danish bukan main marah bila saya pasangkan seat belt. Tapi disebabkan dia mengantuk, boleh dikatakan dia tidur jer sepanjang perjalanan. Bila dia merengek, saya terus menyusu dan dia terus sambung tidur.

Kami sampai Amsterdam dalam pukul 6.00 pagi waktu tempatan. Flight ke Bradford pukul 9.30 pagi. Dalam tiga jam kena menunggu untuk penerbangan seterusnya. Lepas check in untuk flight seterusnya, dan menunaikan hajat kecil si anak, kami mencari surau di airport untuk menunaikan solat Subuh. Infomation kaunter yang disediakan sangat membantu. Petugas di kaunter cukup mesra dan kami bergilir untuk solat subuh. Ia adalah pengalaman pertama kami menunaikan solat di negara asing. Pengalaman menunaikan solat tanpa memakai telekung sembahyang memang tidak akan berlaku di negara sendiri.


Saya akhiri entry hari ni dengan gambar selingan Aisyah dan Danish di airport Amsterdam.

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. senyap2 rupanya dah sampai di sana, moga semuanya dapat sesuaikan diri dengan suasana baru

    ReplyDelete
  2. all the best k baini.... dok uni housing ke?

    ReplyDelete
  3. Yang penting ada stokin, dah boleh solat, kat mana2 je. Sebab kite bukan jenis pakai yang ketat2 dan dedah2.

    Jangan sekali2 lupa mohon bantuanNya bila timbul kesusahan, dan jangan pula lupa bersyukur bila senang. Semoga dipermudahi Allah segala urusan akak seterusnya.

    ReplyDelete
  4. wahh..akak dh smpai sana ye..
    mesti bestkn dpt pengalaman baru di tempat org. apa2 pn good Luck!

    ReplyDelete
  5. fadilah: tak, akak menyewa rumah dekat dgn uni... dalam 10 minit jalan kaki

    POS: Tq sudi baca blog akak :)

    Silah: Insya Allah... amin

    Ummi Ummair: setakat ni ok lagi... mmg banyak pengalaman baru

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..klu ada masa, teruskan menulis d blog ni kak..utk perkongsian lifestyle d UK..

    ReplyDelete
  7. Insya Allah... bila ada masa dan mood menulis tu ada... ekekek

    ReplyDelete
  8. Assalamulaikum Kak,
    Saya berminat sgt nak bertanyakan pengalaman akak di Bradford uni..camana nak email akak yer?! terima kasih..

    ReplyDelete
  9. Cikno, boleh contact akak (nbijen@yahoo.com)... nak datang belajar sini ke? Bagus, life kat sini sgt bahagia, senang nak makan dan cost of living jugak murah... rumah sewa less than 400 pound pun boleh dapat :)...

    ReplyDelete
  10. Agak2nya bilalah OKje akan sampai ke Bradford ni ek Bijen.... mmg idak le gamaknya...he...he..

    ReplyDelete