Thursday, March 29, 2012

Aisyah posing

Pandai sangat Aisyah posing akhir-akhir ni. Memang anak perempuan mcm tu kot? Kalau Irfan, susah skit nak ambil gambar.  Danish lagi la susah. Terus lari bila nampak kamera.

Sementara tunggu Irfan keluar dari kelas, sempat juga Aisyah posing di sekolah. Check it out!






Pandai tak Aisyah bergaya? ekekekeke

NuKilaN:
 

Friday, March 23, 2012

measles vs chicken pox

Hari Jumaat lepas, Aisyah kena chicken pox. Masa mandikan Aisyah sebelah pagi dah ada beberapa bintik merah kat dahi dan atas belakang. Saya ingatkan kena gigit serangga. Just letak ubat gamat sebelum Aisyah ke sekolah.

Keesokkannya, saya sangat terkejut bila buka baju Aisyah dan badannya penuh dengan bintik merah. Kebetulan pagi tu ada jemputan ke rumah kawan dan kawan saya mengesahkan yang itu adalah chicken pox. Nasib baik di rumahnya ada stok calamine lotion. Aisyah nampak lega bila badannya diletakkan calamine lotion. Ni rupa Aisyah bile letak calamine lotion. Siap dalam mata pun ada jugak bintik merah.

Kemudian saya cuba cari maklumat dalam internet berkaitan chickenpox. Cuba kaitan keadaan Aisyah dan symptom dalam laman web National Health Service (NHS). Memang sah ia adalah chicken pox walaupun Aisyah tak demam.
sebijik bintik-bintik mcm ni kat badan Aisyah

Chickenpox treatment
Chickenpox in children is considered a mild illness, but expect your child to feel pretty miserable and irritable while they have it.
Your child is likely to have a fever at least for the first few days of the illness. The spots can be incredibly itchy.
There is no specific treatment for chickenpox, but there are pharmacy remedies which can alleviate symptoms, such as paracetamol to relieve fever and calamine lotion and cooling gels to ease itching.
In most children, the blisters crust up and fall off naturally within one to two weeks.

Kat sini kalau nak jumpa doktor kena buat appointment dulu. Bila baca ayat ni buat saya lega sebab tak perlu bawa Aisyah jumpa doktor :) 

When to see a doctor
For most children, chickenpox is a mild illness that gets better on its own.
But some children can become more seriously ill with chickenpox. They need to see a doctor.
Contact your GP straight away if your child develops any abnormal symptoms, for example:
·         if the blisters on their skin become infected 
·         if your child has a pain in their chest or has difficulty breathing


Sekarang Aisyah dah semakin baik. Keadaan cuaca yang sejuk membuatkan rasa gatal berkurangan dan lagi cepat baik. Bila tak berpeluh, rasa gatal pun kurang.

Tapi ada juga kawan kata ia adalah measles. Sekali lagi saya dapatkan maklumat dari NHS tentang measles.
Rupanya di UK, measles lagi teruk dari chicken pox dan saya yakin yang Aisyah kena chickenpox, bukannya measles.

NuKilaN:
 

Friday, March 9, 2012

birthday party

Minggu lepas buat sedikit jamuan makan sempena sambutan hari lahir danish. Si abah sibuk sangat nak celebrate dan asyik tanya bila nak celebrate? Tak nak menghampakan permintaan si abah, saya bersetuju mengadakannya pada hari Sabtu lepas.

Alang-alang buat jamuan, kami sembelih seekor kambing untuk dibuat aqiqah. Tak sempat nak buat aqiqah semasa di Malaysia. Kebetulan kambing kat sini agak murah. Hanya GBP75 untuk seekor kambing yang telah siap disembelih dan diasingkan daging untuk dimasak. Alhamdulillah, salah seorang kawan menawarkan untuk memasak daging tersebut. Tiga hidangan kambing disediakan - sup, kari dan lamb chop.

Kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya dapat menikmati daging kambing tanpa rasa 'kambing'. Rasanya seolah-olah makan daging sahaja. Memang lamb chop yang disediakan sangat sedap. Terima kasih Kak SN yang sudi memasak menu-menu yang sangat sedap.

Danish juga mempunyai mood yg sangat baik pada hari tersebut. Ralit menunggu ummi bersembang hingga tertidur di atas kerusi (mcm entry yg sebelum ni). Kemudian saya angkat dan letakkan atas katil.
 birthday boy yg behave very good 
tak sempat potong kek dah tertidur
Then, let the picture teach the story
 danish yg dah pandai posing

 setia menunggu ikan bakar
 banyak nyer danish dapat hadiah
Tq auntie yg susah2 bawakan hadiah :)
Kakak dan abang yg tolong bukakan hadiah
danish pula ralit main truck lori yg baru dapat

nota ummi: lain kali boleh sembelih lagi seekor untuk melengkapkan dua ekor kambing bagi anak lelaki :)

NuKilaN:
 

Wednesday, March 7, 2012

Tuesday, March 6, 2012

ZzZZzZZzZZz

Senang nyer danish tidur. Gambar ni disnap lepas saya saya siap basuh pinggan di dapur pada suatu malam.
 saya ambil kamera dan snap gambar ni
posisi awal
betulkan sikit sebab nak ambil gambar 
kesian pulak tengok
penat menunggu "milk bar"

NuKilaN:
 

Friday, March 2, 2012

panggilan dari sekolah

Biasanya saya memang akan bawa handset ke mana-mana saja. Kebetulan masa makan semalam, tertinggal pula  handset kat lab. Lepas makan, terdengar bunyi telefon kat lab tapi tak sempat angkat. Bila check, eh, "No landline uk. Ke sekolah anak-anak telefon?" hati kecil saya berbicara.

Saya cuba call semula nombor tersebut tapi tiada jawapan. Bunyi seolah-olah mesin faks jer. Kemudian saya meneruskan kerja seperti biasa. Tak lama lepas tu En suami telefon. Dia kata ada miss call jugak dari no landline Uk dan ada ditinggalkan voice msg (masa tu en suami solat). Katanya macam dari sekolah anak-anak. Tapi dia tak berapa boleh tangkap apa yg msg tu kata. Suami bercadang utk terus datang ambil saya kat school dan pergi ke sekolah anak-anak.

Selesai cakap dengan suami, saya check no telefon sekolah kat internet dan terus call sekolah. Memang betul, mereka ada contact kami untuk memaklumkan yang Aisyah tak sihat. Patut la en suami pun tak berapa faham dengan msg yang ditinggalkan. Saya sendiri pun tak boleh tangkap sangat apa yang kerani tu cakap. Kami masih belum biasa dgn 'slange' kat sini. Slange british+pakistan. Yang saya faham dia kata Aisyah tak sihat dan dia sedang tidur.... perkataan yg disebut adalah.... Poly.. lepas letak telefon dan tanya member, poly tu apa.. hehehe, rupanya POORLY... means, tak sihat. Nasib baik sangkaan saya tu betul :)

Sampai di sekolah, kami terus menuju ke pejabat. Kelihatan Aisyah dan Irfan sedang bermain dengan gembira berhampiran akuarium. Alhamdulillah, saya merasa lega kerana tidak ada apa yang serius yang berlaku. Kerani tersebut menerangkan yang Aisyah memegang perut sambil menangis selepas makan tengah hari. Kemudian Aisyah dibenarkan berehat dan tidur untuk menghilangkan rasa sakit. Selepas tu pihak sekolah cuba menghubungi kami. Bangun dari tidur, Aisyah kelihatan sihat semula.

Kata Aisyah, perutnya rasa sakit selepas buang air kecil. Saya menduga, pasti Aisyah tidak cukup minum air putih yang menyebabkan dia kencing tak lawas. Penyakit ini memang mudah menyerang kanak-kanak perempuan yang kurang meminum air putih. Aisyah selalu kena paksa minum air putih. Dia lebih gemar meminum jus berbanding air putih.

Sekolah sepatutnya tamat pukul 3.30 petang. Masa saya sampai ke sekolah dalam pukul 2.30 ptg. Irfan juga dibenarkan untuk pulang awal. Lepas pulang dari sekolah, kami terus melencong ke IKEA sebab anak-anak pulang awal dari sekolah :)

NuKilaN: