Friday, March 9, 2012

birthday party

Minggu lepas buat sedikit jamuan makan sempena sambutan hari lahir danish. Si abah sibuk sangat nak celebrate dan asyik tanya bila nak celebrate? Tak nak menghampakan permintaan si abah, saya bersetuju mengadakannya pada hari Sabtu lepas.

Alang-alang buat jamuan, kami sembelih seekor kambing untuk dibuat aqiqah. Tak sempat nak buat aqiqah semasa di Malaysia. Kebetulan kambing kat sini agak murah. Hanya GBP75 untuk seekor kambing yang telah siap disembelih dan diasingkan daging untuk dimasak. Alhamdulillah, salah seorang kawan menawarkan untuk memasak daging tersebut. Tiga hidangan kambing disediakan - sup, kari dan lamb chop.

Kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya dapat menikmati daging kambing tanpa rasa 'kambing'. Rasanya seolah-olah makan daging sahaja. Memang lamb chop yang disediakan sangat sedap. Terima kasih Kak SN yang sudi memasak menu-menu yang sangat sedap.

Danish juga mempunyai mood yg sangat baik pada hari tersebut. Ralit menunggu ummi bersembang hingga tertidur di atas kerusi (mcm entry yg sebelum ni). Kemudian saya angkat dan letakkan atas katil.
 birthday boy yg behave very good 
tak sempat potong kek dah tertidur
Then, let the picture teach the story
 danish yg dah pandai posing

 setia menunggu ikan bakar
 banyak nyer danish dapat hadiah
Tq auntie yg susah2 bawakan hadiah :)
Kakak dan abang yg tolong bukakan hadiah
danish pula ralit main truck lori yg baru dapat

nota ummi: lain kali boleh sembelih lagi seekor untuk melengkapkan dua ekor kambing bagi anak lelaki :)

NuKilaN:
 

No comments:

Post a Comment