Saturday, July 28, 2012

Blackcurrant picking

Aktiviti kami pada petang Rabu lepas
Minggu lepas agak sibuk dengan tugasan dari penyelia
Bersengkang mata lapan jam depan komputer jer
Penat tak payah nak kata

Kebetulan ada kawan ajak picking blackcurrant ni kat belakang uni
Elok jugak, boleh hilangkan penat
Balik dari sekolah pukul 6.30 petang terus ke sana
Lepas tu telefon abah suruh bawa anak-anak
Banyak jugak buahnya
Tapi masa tu tak boleh nak rasa manis ke tak - sbb puasa
Ada seorang minah salleh yang join sama masa kami tengah picking tu kata manis
Tapi kena pilih buah yg besar2

Ni pokoknya.. memang sedang berbuah dgn lebat
Abang dan kakak baru memulakan operasi
Danish pun join sama

Ni lah hasil tuaian kami
Banyak jugak
Lepas berbuka, baru boleh rasa buah ni
Ada yang manis dan ada yang masam
Sah-sah anak-anak tak habis nak makan semua
So minta tolong Puan Google untuk carikan resepi jus blackcurrant
Ingatkan boleh blender terus, rupanya kena rebus
Hasilkan, dapatlah dalam 1.5 liter jus blackcurrant :)

NuKilaN:
 

6 comments:

  1. bestnya, perasa asli..sama tak rasa ngan air ribena?

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat kutip blackcurrant yg fresh2 gitu....hihihi

    ReplyDelete
  3. bestnya blackcurrent picking! Saya tak jumpa lagi kat sini. Tatau ada ke tak. Part makan tak berapa kisah, tapi syok part picking2 aje hehe..

    ReplyDelete
  4. haza: rasa dia biasa jer... tak sedap sgt pun..

    kak tini: air ribena tu dah campur banyak gula, rasa manis jer kan? jus yg buat sendiri ni lebih rasa masam2 manis skit.. rasa mcm jus roselle pun ada... hehehe

    mummycda: saya pun first time mkn buah blackcurrant fresh... ekekeke

    LL: setuju sgt... part petik tu best, makan dah jatuh no 2... hihihi

    ReplyDelete