Wednesday, August 22, 2012

Raya versi perantau

Kami di UK juga beraya pada hari Ahad, sama dengan M'sia walaupun kami puasa sehari lebih awal. Maka orang M'sia raya tujuh jam lebih awal dari kami.

Saya cakap kat Irfan, "Orang kat M'sia raya awal sikit dari kita." Tahu tak apa jawab Irfan, "Kalau mcm tu, jom la kita balik M'sia. Boleh raya cepat sikit.". Amboi, dia ingat UK-M'sia sama macam Kelantan-Terengganu ke? Balik hari boleh sampai dan boleh naik kereta jer. Dah la jarak tu jauh, duit pun kena sedia tau kalau nak balik. Untuk kami sekeluarga, tiket flight pergi balik sekitar RM25k... mana nak dapat duit sebanyak tu. Maka simpan aje la hasrat tu :)

Raya kat sini juga meriah. Bermula malam raya, seorang rakan mengadakan majlis takbir raya di rumahnya. Selesai takbir, kami dijamu dengan pelbagai juadah raya - lemang, rendang, laksa penang,  nasi himpit, kuih lopes dan lain-lain.

Antara menu yang dihidangkan

Pagi raya, kami sekeluraga ke IslamBradford untuk menunaikan solat Aidilfitri. Walaupun di sekitar rumah terdapat beberapa masjid berdekatan, tidak semua masjid mempunyai ruang solat untuk muslimat. Masa menunaikan solat Aidilfitri juga berbeza - ada masjid yang melakukan pukul 8, 9 dan/atau 10. Maka kita boleh pilih masa yang sesuai :)

Bergambar sebelum ke IslamBradford

Kami memilih pada pukul 9 pagi sebab pukul 10 akan bermula majlis rumah terbuka. Kami sampai agak awal, iaitu 8.30 pagi untuk memudahkan parking kereta. Orang belum ramai. Sempat lagi adik dan kakak posing dalam ruang solat muslimat IslamBradford. Masa ni orang belum ramai. Gambar abang tiada sebab dia solat di ruang muslimin bersama abah.
Insya Allah, lagi cerita di IslamBradford dalam entry seterusnya.

NuKilaN:
 

4 comments:

  1. seronoknya bila dpt lihat suasana Uk.. tp ada psamaan juga lh dgn malaysia dari segi juadahnya,ada rendang, laksa penang....

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok menu tu.. salam aidilfitri buat Nur sekeluarga

    ReplyDelete
  3. saly: perut melayu, juadah raya pun juadah M'sia la, hehehe

    kak tini: menu utk menaikkan mood raya :)

    ReplyDelete
  4. huhuu.. tetiba teringat klu buat phD esok2 mcm tu jugak laa nnt..huhu

    ReplyDelete