Monday, September 3, 2012

tantrum

Nak kongsi tips ni dari facebook... mungkin ada rakan2 yang dah biasa tengok gambar ni...


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Saya pun sedang mengalami situasi yang sama sekarang ni. Saya nak kongsikan pengalaman menangani tantrum si kecil danish.

Bila danish tak dapat apa yang dia mahu, dia akan menunjukkan tantrumnya. Tapi biasanya tantrumnya tak berpanjangan - kena tahu mcm mana nak handle. Setiap anak, cara nak menanganinya adalah berbeza.

Sebagai contoh - danish dah siap mandi dan dia tak mahu keluar lagi dari tub mandi. Bila saya cuba keluarkan juga dari tub mandi, pastinya danish mula menunjukkan tantrumnya. Saya akan cuba memujuknya dahulu seperti menawarkan coklat sebagai ganti. Jika danish tak setuju dan masih meneruskan tantrumnya, saya cuba pujuk lagi dengan cara lain - mungkin menonton youtube kegemarannya. Jika dia tak nak juga dan masih dengan tantrumnya, saya cuma biarkan aje dan meneruskan rutin seperti biasa.

Percaya atak tidak- tak sampai 5 minit - danish dah kembali menyapa saya, "Hello, ummi!" dengan senyuman yang penuh manis. Maka tips nya, pujuk anak pun biar berpada-pada. Beri ruang utk dia reflek tentang tindakannya. Anak-anak dalam proses belajar mengekspress emosi. Biar dia juga belajar cara nak cool down- bukan belajar meluahkan perasaan sahaja.

Just my two cents!

NuKilaN:
 

2 comments:

  1. BETUL TU Nur, setuju dgn cara Nur tu....saya pon kdg2 tu susah nak ajak Ajwad tido awal....klu dah puas pujuk, dia tak mau jugak, last2 tinggal jer dia kt bawah sorang2.....tak lama kemudian, naiklah dia ke atas...hihihihu

    ReplyDelete
  2. kan? mmg tak boleh nak ikut depa sgt...

    ReplyDelete