Tuesday, October 16, 2012

Teknik tepuk bantu bayi hilangkan kahak

Nak kongsi teknik ni yang kawan share dari facebook

TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!! 

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Saya pernah juga aplikasikan kaedah ni masa danish kecil. Memang nampak kesian semasa tepuk tu (dah la 15 minit tu agak lama juga), tapi sekurang-kurangnya dia lega lepas kahak yang banyak keluar.


NuKilaN:
 

11 comments:

  1. slalu jugak try cara ni..tp nape x kuar pun kahak bb???hihi...salah teknik kot... :)

    ReplyDelete
  2. tekik bguna ni.. saly tk pernah buat lg..
    nnti bleh lakukn teknik ni..

    ReplyDelete
  3. Pernah try cara ni kat akid masa dia selsema. Memang ok

    ReplyDelete
  4. baby ni dia mana la tahu nak kuarkan kahak dia sendiri kan... bagus ni untuk berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
  5. Fadhilah: most welcome :)

    Syuhadah: mungkin kot, lain kali boleh cuba lagi :)

    Saly: mmg akan cuba bila kita rasa dah tak tahu mcm mana nak keluarkan kahak anak

    MyRule: kan? mmg menjadi

    Sue: Tu la pasal, kesian sgt bila baby banyak kahak

    NoEn: Tq bagi link tu, nanti nak cuba apply juga kat danish :)

    ReplyDelete
  6. baru tahu cara nie....nanti boleh cuba....thanks share...

    ReplyDelete
  7. CRCM: sama-sama, sharing is caring!

    ReplyDelete
  8. Tq byk2 share.anak tgh batuk demam teruk.kesian nk nyusu n tdo pun susah.harap2 pas try ni jd

    ReplyDelete
  9. Memang kena kuatkan hati nak wapkan anak bila dah selsema dan batu berkahak camni. Kita pun usaha yang terbaik untuk anak :)

    Jemput datang ke blog saya, ada tips untuk buang kahak secara tradisional :)

    http://imabijak.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Salam. Hai. Mohon letak link saya yang ni ya utk gambar atas tu.. http://shehanzstudio.com/2011/10/anak-anak-flu-batuk-ada-bagusnya.html/ Tq

    ReplyDelete