Friday, November 9, 2012

Kelas memasak

Sebenarnya bukan sahaja anak-anak yang dapat pendidikan percuma, kaum ibu juga disediakan pelbagai kursus secara percuma di Princeville Children Centre. Banyak juga kursus yang ditawarkan seperti Fitness Class, Hair and Beauty class, Health and Well Being class dan lain-lain lagi (boleh rujuk sini). Untuk semester ni, saya cuma ikuti kelas Cook and Eat.

Apa yang menariknya, ibu boleh membawa anak bersama ketika kelas memasak. Anak-anak akan dijaga oleh pengasuh semasa ibu sedang memasak. Perkhidmatan menjaga anak ini dikenali sebagai Crèche. Saya ikuti kelas memasak pun sebab nak latih danish berdikari.

Masa kelas memasak pertama, saya bawa danish utk creche. Malangnya Danish asyik menangis dan pengasuh tak dapat nak buat apa. So, saya cuma temankan danish bermain untuk kelas pertama memasak. Burn kelas memasak ummi :(

Untuk kelas memasak seterusnya, saya tinggalkan jer danish di rumah dgn abah. Bila datang sendirian, pengasuh asyik bertanyakan perihal danish. Maka untuk minggu ni, saya bawa danish untuk creche.

Agak risau juga takut danish asyik menangis mcm kelas pertama. Saya teman dulu danish main dengan lego dalam nursery. Lepas tu pengasuh menghampiri kami dan bermain dgn danish. Bila tgk danish dah ralit bermain pengasuh memberi isyarat supaya saya meninggalkan danish. Alhamdulillah, hingga ke akhir kelas Danish bermain dengan baik. Pengasuh kata, danish sangat suka sesi nursery rhymes. He really enjoyed singing! Lain kali boleh bawa danish creche lagi :)
 
Ni gambar dalam kelas yang saya curi snap!
Ada masa, saya akan kongsikan resepi yang saya belajar dalam kelas memasak. Dah dua kali masak roti guna resepi yang sangat mudah. Tak sabar nak kongsi resepi mudah tu dengan mommies semua :)

NuKilaN:

12 comments:

  1. wah bestnya ada kelas percuma utk mommies...?! sukanya!!

    ReplyDelete
  2. akak nak belajar juga, jgn lupa kongsi ngan kami ya..

    ReplyDelete
  3. NK: Sambil memasak, boleh ramai kawan baru :)

    Kak Tini: Insya Allah, akan diusahakan :)

    ReplyDelete
  4. Seronokkan nur ada join kelas memasak..ada orng jaga anak..best dok tempat mcm nie..

    ReplyDelete
  5. Menarik! Nti share eh kak Nur resepi roti tu hehe. :)

    ReplyDelete
  6. Ummuaidan: Alhamdulillah, dapat menyelam sambil minum air :)

    Izu: Insya Allah, akan cuba dalam masa terdekat :)

    ReplyDelete
  7. wahh bestnya akak..
    nanti jgn lupa share,x sabar nk tahu resepi tu..
    ^__^

    ReplyDelete
  8. Nur,

    alahai seronoknya baca pengalaman nur kt sana....part paling best ada pengasuh utk kita attend kelas....memang depa prihatin bab-bab camni kan....terasa berharga jadi ibu...

    ReplyDelete
  9. bestnya..klu saya nak join kelas jahitan jugak

    ReplyDelete
  10. bestnye kelas memasak...leh balaj mcm2 kan

    ReplyDelete
  11. salam kenal...


    untung lah kan. dua2 dapat kelebihannya..

    ReplyDelete
  12. saye suke makan..masak tk pndai hehye

    ReplyDelete