Monday, December 31, 2012

Bilik Cabin Cruise (part6)

Selepas check in, kami terus gerak ke dalam kapal. Bila masuk dalam kapal, langsung tak rasa seperti berada dalam kapal. Lengkap dengan beberapa kedai untuk shopping, kedai makan dan juga cinema, Aisyah tanya, "Ummi bila kita nak naik kapal ni?". Saya jawab, "Kita dah ada atas kapal la ni." Aisyah bukan main seronok bila tahu dia dah atas kapal.

Sedikit kontroversi berlaku apabila saya menyedari bahawa bilik yang kami perolehi adalah 3 bilik yang berbeza dan agak jauh antara satu sama lain. Saya cuba mengadu masalah kami kepada anak kapal yang bertugas. Dia menyarankan agar saya ke Reception untuk mendapatkan bilik yang connected. Malangnya semua bilik dah fully booked. So permintaan saya tidak dapat dipenuhi. 

Agak sedih dengan keadan tersebut, namun terpaksa redha dengan ketentuan yang telah dibuat. Satu bilik digunakan untuk letak segala barang, dan yang lagi satu untuk Aisyah tidur bersama abahnya. Bilik barang tu kami tidur bertiga (Irfan, Danish dan ummi). Lagi satu bilik langsung tidak digunakan sebab jaraknya yang terlalu jauh.

Ni salah satu bilik kabin kami
Ada dua katil dalam setiap kabin
Siap dilengkapi dengan bilik air 
Juga shower room
Model saya posing depan cabin kami
Bilik-bilik cabin yg sgt banyak
Hampir 500 bilik cabin keseluruhannya atas cruise ini

Kabin kami tidak menghadap laut. Kalau nak upgrade ke cabin yang menghadap laut, kena tambah lagi GBP20 (dalam RM100) untuk semalam. Yang tak best nya, kena kemas semula bilik sebelum turun dari kapal pada esok pagi sebab semua bilik menghadap laut dah fully booked dari arah Netherland. So kami cuma simpankan saja impian nak stay di bilik yang menghadap laut (sebab mahal dan menyusahkan).

Kapal bertolak dalam pukul 8.00 malam dan dijangka tiba di Rotterdam, Netherland pukul 8.00 pagi waktu tempatan. Beza waktu UK dan Netherland adalah sejam. Waktu tempatan Netherland lebih awal sejam berbanding waktu UK. Agak terkejut bila dikejutkan yang kapal sudah menghampiri Port Northerdam padahal jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi (gara-gara malas nak pusing jam).

Adik masih sedap tidur
Adik tak sah kalau tidur tak nampak pusat
 Adik tidur kat atas, abang tidur kat bawah

Bersambung.....

P/S: Selamat tahun baru 2013 buat semua mommies :)

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. Sayangnya satu bilik terpaksa dibazirkan...nak buat macam mana ya..bukan rezeki..

    ReplyDelete
  2. Jadi mcm tu pulak ye? Tapi tetap best pgalaman naik cruise kan?

    ReplyDelete
  3. kalau cruise besar ni mesti tak der masalah to those yg sea sick kan.

    ReplyDelete
  4. alahai akak.. acane tuh? rugi je 1 bilik kan.. hm xpela.. xd rezeki..
    oh yeah tggal brp minit nak new year...IF doakan akak n fmly semua pnjg umo n murah rzki.. semoga thn 2013 kita akan lbih brsyukur dengan nikmat yang diberi.. insyaallah..

    ReplyDelete
  5. KZ: betul tu, bukan rezeki kami dapat bilik besar :(

    Kak tini: :(

    Aisy: Lagipun utk tidur aje pun, pengalaman naik criuse tu pun dah bagus

    Natsyna: rasa jugak bagi mereka yg tak tahan... tetap boleh rasa cruise goyang bila dilambung ombak

    IF: Thank you... amin!

    ReplyDelete
  6. Salam Nur..
    Selamat tahun baru...
    boleh tahan cabinnya yer...banyak bilik mcm hotel..kalau tak keluar agaknya tak rasa mcm dok atas kapal yer..hehehe

    ReplyDelete
  7. Ha ah, sebab tu anak-anak sibuk duk ajak naik kat tingkat atas sekali sebab nak tgk laut... selagi tak tengok, selagi tu duk tuntut janji

    ReplyDelete
  8. ala... sayangnya tak pakai bilik tu...

    ReplyDelete
  9. NoEn: Rasa mcm duk hotel pun ada :)

    Nora: Nak buat mcm mana, anggap aje bukan rezeki kami

    ReplyDelete