Wednesday, January 2, 2013

Aktiviti atas cruise (part7)

Sambungan entry Cruise Camp di tahun baru, 2013 :)

Disebabkan bilik cabin hanya sekangkang kera, maka kami banyak luangkan masa di luar cabin. Masuk bilik hanya untuk tidur. Bilik kami terletak di tingkat 10. Tingkat 8 dan tingkat 9 terdapat pelbagai jenis kedai untuk makan dan cuci mata. Ada juga playground untuk kanak-kanak yang terletak di tingkat 9. 

Aisyah posing di salah sebuah kedai
Jumpa coklat Daim kat kedai ni
Apa lagi, terus rembat tiga bungkus :)

Selain daripada coklat, saya juga beli pil untuk mengurangkan mabuk laut. Walaupun kapal yang kami naiki sangat besar, pergerakannya semasa dilambung ombak masih terasa. Bila duduk dalam masa yang lama kemudian berdiri, saya terasa berjalan sedikit huyung untuk mengimbangi badan. Nasib baik kedai tersebut ada jual ubat homopathy untuk mengurangkan mabuk laut @motion sickness. Semua anak-anak saya bagi makan supaya tidak muntah.

Lagi satu, kami lupa untuk bawa Europe plug. Nasib baik ada juga dijual di kedai tersebut. Dapat juga mengecas handset dan kamera yang telah kehabisan bateri. Apa yang menariknya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Harga di atas kapal lebih kurang sama dengan harga di darat - mereka tidak mengambil kesempatan ke atas org yg terdesak macam kami ni :)

Ini pula salah satu sudut playground
Kakak in action 
 Irfan pula jadi pirate
 Saya selalu nak tergelak tengok gambar ni
Anak-anak lebih banyak luangkan masa di playground.
Susah betul nak snap gambar mereka bertiga di playground
Kalau mommie perasan, di luar playground adalah Costa Cafe. Saya order dua biji pizza untuk anak-anak. Tapi mereka langsung tak sentuh kerana ralit bermain. Bila balik ke bilik, baru masing-masing sibuk mengisi perut sebelum tidur.

Bersambung....

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. tu la saw ur respond that day about mabuk laut ni hihi. better bersedia sebelum jadi apa2 kan, kang tak enjoy the ride pulak kalau anak start muntah2. mmg kelakar la gambar2 nyer.

    ReplyDelete
  2. saya pun mabuk juga kalau naik kapal/feri... seronoknya tgk anak2 tu main kat playground... best la cruise ni...!

    ReplyDelete
  3. Kapal besar pun boleh mabu laut jgk kan...kapal pun dah macam shoppin centre yer..ade pelbagai cafe & palyround..taklah bosan sgt yer..sema makanan byk yg halal yer nur?

    ReplyDelete
  4. Kapal besar pun boleh mabu laut jgk kan...kapal pun dah macam shoppin centre yer..ade pelbagai cafe & palyround..taklah bosan sgt yer..sema makanan byk yg halal yer nur?

    ReplyDelete
  5. naik kapal besar camni takde la bosan anak2 sbb boleh pi biar main kat playground. Kita pulak bosan2 bleh cuci2 mata kat kedai hihii..

    ReplyDelete
  6. ooowh apakah itu coklat daim? glamer ya di sana?

    ReplyDelete
  7. Kak Nur, sy pon mabuk naik cruise ferry fr Dover ke Calais utk pergi ke Belgium last Easter. Mmg nk tmuntah jalan pon terhuyung-hayang. Hihi rasa serik nak naik ferry lagi. Kak Nur naik P.O ferry jugs kan? Bestkan macam-macam ada dlm ferry tu :)

    ReplyDelete
  8. budak-budak kalau dapat main, memang tak fikir dah lapar :D

    ReplyDelete
  9. seronok juga sesekali naik kapal ni..sy jenis tak mabuk..anak baru sekali pernah bawa naik bot pi Pulau..tgk mcm tak mabuk juga..hehe..tak tau lah next time..hihi..budak2 tu teruja sgt..:)

    ReplyDelete
  10. Natsyna: Tu la, sib baik ada yg jenis homeopathy, senang nak telan

    Nora: Kita senasib la mcm tu, mudah mabuk

    Ummuaidan: Tak byk yg halal, ada beberapa pilihan jer... tp jadi la buat alas perut

    LL: Betul tu, tapi tak sempat pula nak cuci mata kat kedai perfume

    Dini: DAIM kan coklat glamor bila p langkawi... selalu borong kat langkawi, skrang borong atas cruise, ekekek

    Izu: Yup P&o Ferries... tapi Dover ke Calais tak lama, kan? Kalau mcm tu kena prepare juga la ubat tu bila ke Calais nanti :)

    Nadiah: sgt setuju, nasib baik ummi dia tak makan habis semua sekali... ekekeke

    Atie: Wah untungnya, saya dulu kdg2 naik kereta pun muntah

    Mimie: (^__^)

    ReplyDelete