Sunday, January 20, 2013

White Bradford

Hari ni salji sudah mula menebal. Hujan salju juga masih renyai-renyai. Pemandangan di Bradford telah menjadi putih. Dijangka snow akan berterusan hingga ke hari Isnin.

Tak puas snap gambar bila salji. Rasa macam semua penjuru nak abadikan sebagai kenangan. Saya tempek di blog buat kenangan.

Belakang rumah kami
Halaman depan rumah
Suka tgk putihnya salju
Semua dah jadi putih
Rumput di taman sudah tenggelam dek salji

Ukur kedalaman salji, rasanya dalam 5cm

Pastinya kenangan yang akan dirindui bila balik ke M'sia nanti :)

p/s: Aisyah dah mula ajak balik M'sia... dia kata, M'sia tak sejuk... kaki dia pun tak sakit... tu la, sapa suruh golek dalam salju lama-lama...

NuKilaN:
 

14 comments:

  1. best nya, tapi penat kan jalan meredah salji. Sini tak lebat dah tapi sejuk kemain. Buat pedih kulit jer. Aisyah dah tak tahan yer...

    ReplyDelete
  2. Penat tu satu, lepas tu kalau silap langkah boleh jatuh terjelepuk...

    ReplyDelete
  3. salam kenal..bestnye stay kt oversea..dpt pengalaman suasana salji mcm ni..nampak cntek sgt tp mesti sejuk sgt kan..msk tgk salji tipu kt snoworld genting tu pon dah menggigil2..hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha..nampaknya aisyah mmg tak tahan sejuk tuh...

    ReplyDelete
  5. akakpun tak tahan sejuk..

    cantiknya pemandangan itu

    ReplyDelete
  6. Ooo bleh jatuh ye....bila nak balik msia? Cantik jugak view time winter ni yer

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya kak, tebal! kt sini dlm 2cm je kot..smlm dah hujan jd snow mulai cair huhu..tp katanya tghr nti snow turun lg hrp2 tebal lah..ank2 sedih tak dpt main snow lg this year..hehe. Ala kesian Aisyah..samalah Zahin pon tak thn sejuk..:)

    ReplyDelete
  8. wah.... mcm tgk citer omputih kat tv laaa....

    selamat berhujung minggu.....

    ReplyDelete
  9. cantiknya salji..
    macam carpet lembut je tengoknya...

    ReplyDelete
  10. hahaha..pandainya Aisyah..siap ajak balik Malaysia lg..dah tak tahan sgt sejuk lah tu kan..hehe:)

    ReplyDelete
  11. Lily: skrang sgt sejuk... suhu sentiasa negatif.. Tq singgah sini :)

    Ummuaidan: Tu la pasal, yg beria ajak main snow pun dia jugak :)

    Kak tini: Aisyah ikut abah kot, tak tahan sejuk

    Anis: Balik tu dalam dua tahun lagi....

    Izu: Kat sini pun nampak macam nak turun lagi... Insya Allah, harapnya lepas ni snow lebat kat sana :)

    ReplyDelete
  12. Sue: :)

    NoEn: Best tapi sejuk!

    Nisah: Betul jugak tu.. semua kawasan dibentangi karpet putih :)

    Atie: Dalam ajak balik tu pun, pantang tgk snow turun nak main lagi :)

    ReplyDelete
  13. mesti aishah rase lenguh uratnk menahan sejuk..

    ReplyDelete
  14. bukan setakat lenguh urat, dia kata kaki dia pun dah nak tercabut... ekekeke, kuat betul daya imaginasi

    ReplyDelete