Saturday, February 16, 2013

Eksperimen mengesan penipuan

Hari ni saya merasa agak bertuah. Bertuah kerana mendapat peluang untuk menjadi subject (sukarela) untuk eksperimen mengesan penipuan (Lie Detection). Lepas selesai eksperimen, saya diberi kupon dari Amazon bernilai GBP20. Lagi la bertuah rasanya. Terima kasih, Prof!

Dah mula berangan nak beli slow cooker dgn kupon ni.. ngeh ngeh!

Berbalik pada eksperimen tu... Saya mula-mula agak gabra bila Prof beritahu yang saya kena terlibat dalam eksperimen tu. Macam mana la nak jawab soalan-soalan yang diajukan secara spontan dan lagi parah kena menipu utk beberapa soalan tertentu. Sebelum masuk ke bilik eksperimen, terasa juga beberapa ekor rama-rama berterbangan dalam perut. Tapi nasib baik semua crew yang ada (4 semuanya termasuk Prof) agak friendly, so dapat la saya cover rasa gabra tu.

Kalau nak tahu lanjut pasal kaedah mengesan penipuan tu, boleh tengok video ni...



Personally, saya sangat kagum dengan penyelidikan yang dilakukan oleh saintis di UK. Saya juga sangat kagum dengan Prof Hassan, selaku penyelia saya dari segi penyelidikan. Idea yang mereka kembangkan sangat membantu dalam perkembangan industri di UK- bukan hanya sekadar di atas kertas.

Sangat berbeza dengan iklim penyelidikan di M'sia yang lebih akademik dan agak susah untuk orang akademik memahami orang industri (begitu juga sebaliknya). Harapnya suatu masa nanti, orang akademik dan orang industri dapat "duduk semeja" dengan aman dan sama-sama berganding bahu demi membangunkan industri negara, Insya Allah!

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. berjaya tak menipu? ewah soalan. ahaha I bet its fun kan, ala2 spy gitu. rezeki jangan ditolak.

    ReplyDelete
  2. kak nur

    psssttt dia tanya soklan apa? hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah ..mesti gabra kan..agaknya nur cakap jujur kan dalam interview tuh..hehehe

    ReplyDelete
  4. setuju dengan nur....sepatutnya kat malaysia pun macam tu la....baru la hasil penyelidikan tu bermakna....psssttt berjaya tak eskperimen tu

    ReplyDelete
  5. berjaya tak detect penipuan? penyelidikan yg bagus...
    btl kate nur tu,research kat msia terlalu berbentuk akademik...
    *kena think out of the box...hehe

    ReplyDelete
  6. Talked about lie detection ni, biasa tengok dalam cite2 omputih lah. Hehe, so how. Soalan2nya camnr agaknya.

    Yang pasal research tu, environment kita tu memang perlu ditukar pun. :)

    ReplyDelete
  7. seronoknya dapat experience mcm ni..pastu dapat voucher pulak, rezeki...

    ReplyDelete
  8. Ooo..pernah jugak dengar tentang ni. Tapi soalan apa yg di tnya tu yer?

    ReplyDelete
  9. Best juga dpt coupon! rezeki jgn ditolak..
    Penyelidikan di Malaysia sepatut nya mcm tu jgk..baru lebih berkembang..

    ReplyDelete
  10. Nastyna: Ada yg berjaya, ada yg tak.. ekekeke

    Farah: dah buat entry pun nak jawab soalan farah :)

    ummuaidan: Tu la pasal, nak tolak tak sampai hati sbb supervisor sendiri yang minta tolong

    Nadiah: bila lepas baru rasa best, sebelum tu kecut perut jugak

    Anis: Kan? Rasa sedih pun ada bila dapat geran ribu2, tapi agak susah nak komersialkan output

    ReplyDelete
  11. PC: ya, think out of the box.. sbb tu bila buat research kat sini rasa mcm nak pecah kepala... agak susah nak capai expectation org bijak ni

    myfreeminded: Hehehe, tu rasa tak sangka bila boleh alami sendiri.. kan? bukan hanya mengejar bilangan published paper sahaja :)

    FA: Alhamdulillah, one of sweet memories :)

    NoEn: tak turun padang satu hal, bila duk semeja mereka dok ka'cip!

    NL: benda ni mmg common di luar negara

    Atie: Harapan saya pun macam tu, amin!

    ReplyDelete
  12. ye, sangat! y kt akademik syok sendiri mendidik jd engineer berjaya.. sudahnya semua end up jadi 'juruteknik terlatih'.. itula realiti dunia kami kt cni..

    ReplyDelete
  13. hehe... menipu pun dapat hadiahkan Bijen tak kiralah walaupun hanya tuk experiment!

    ReplyDelete
  14. Lea: kalau orang matematik lagi la susah nak faham orang industri dan orang industri pun tak tahu mcm mana nak explain dekat org matematik.. masa saya kerja hari tu ada orang MIMOS panggil minta tolong org matematik utk selesaikan masalah yg engineer mimos stuck yg melibatkan matematik... tapi tak tahu apa kesudahan masalah tu sbb saya pun mmg tak faham sgt, ekekkeke

    Hainom: Hahaha, first time org bagi hadiah bila menipu.. hihihi

    ReplyDelete