Thursday, February 28, 2013

Resepi Pavlova cara saya

Masa sambutan hari lahir Danish, ramai juga adik-adik yang request pavlova. Siap request lima tingkat pavlova. Tapi mana la larat saya nak bakar banyak-banyak (Maaf ya adik-adik manis sekalian). Sempat buat tiga lapis saja. Tu pun yang lagi satu lapis  adik Akma tolong masakkan meringue dan adik Ummi yang kena letak topping dan hias sendiri. Yang ajaibnya, sekejap jer licin semua tu. Dah makin ramai penggemar pavlova kat Bradford ni rupanya :)

Pavlova kegemaran ramai
Pavlova dua tingkat

Tak susah nak buat pavlova sebenarnya. Banyak juga blog yang letak step-by-step. Kalau ikut betul-betul rasanya terus menjadi. Apa pun, saya share juga resepi kat sini bagi memenuhi permintaan adik-adik kat Bradford ni...

Sebelum buat meringue, pasangkan oven pada gas 3 (100-120 degree)...

Bahan meringue:
4 biji telur putih 
1 cawan gula kastor (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh lemon jus

Cara-cara buat meringue:
1. Campurkan gula kastor+tepung jagung dan kacau hingga sebati.
2. Pukul putih telur hingga "soft peak".
3. Bila putih telur dah betul-betul kembang, masukkan campuran gula sedikit demi sedikit. Bila campuran gula dah dimasukkan semua sekali, teruskan memukul hingga adunan bertanduk dengan menggunakan kelajuan mixer yg paling tinggi. Adunan bertanduk maksudnya meringue telah berubah menjadi berkilat dan likat. Kalau berani, terbalikkan adunan atas sinki and the meringue tetap kekal di kedudukan asal.
4. Akhir sekali, masukkan vanila dan lemon jus. Kaup balik menggunakan spatula. 
5. Apabila sebati, bentukkan meringue di atas kertas minyak (parchment paper) dan bakar menggunakan gas 3 (100-120) hingga masak.

Part bakar tu la ambil masa agak lama sikit. Biasa saya bakar dalam sejam hingga 1 1/2 jam. Selepas bakar satu jam, cuba check dengan tangan kekerasan meringue. Jika belum keras dan meringue masih melekat pada tangan, teruskan membakar hingga meringue betul-betul rangup bahagian luar.

Bila meringue dah masak, tutup api oven dan biarkan oven terbuka sikit (biasa saya letak kain kat pintu oven). Jangan terus keluarkan untuk mengelakkan pavlova mendap. Bila sejuk (dalam 30 minit, boleh keluarkan dari oven untuk diletakkan topping.

Lagi satu, make sure alatan yang digunakan untuk buat pavlova adalah kering dan bebas dari sebarang minyak/air. Maka kena selalu lap kering-kering semua alatan utk buat pavlova, termasuk telur yang telah siap dibasuh juga kena lap hingga kering.

Semasa menunggu meringue dibakar dalam oven, saya akan siapkan topping untuk pavlova. Untuk buat topping, sangat mudah. Bak kata Irfan, easy peasy lemon squeezy :)

Bahan-bahan topping:
250 ml whipping cream (guna jer satu tiub Emlea hijau)
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar gula castor/icing (bergantung pada citarasa, saya biasa letak dua sudu gula castor)

Cara penyediaan:
Pukul semua bahan hingga kental. Boleh letak dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk. 

Bila nak makan baru letak topping atas meringue dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran anda. Saya suka letak kiwi, strawberry dan anggur. Rasa masam dari buah kiwi dan strawberry sangat harmoni dengan manisnya pavlova.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

34 comments:

  1. wah...senang ker?...nanti nak try lah .... terasa tringin plak nak merasa nyer...sedap betul kah pavlova nie???

    ReplyDelete
  2. lama tak buat pavlova. takde orang request tak buat la :p

    ReplyDelete
  3. Sedap nya! terliur..hehe..
    Kena belajar buat.. Pa'e suka ni..:)

    ReplyDelete
  4. Dah lama saya ushar resepi pavlova tapi x terbuat buat lg.. tgk nur buat nmpk sungguh sedap. ...

    ReplyDelete
  5. Pavlova ni tak bagus utk org kencing manis....xleh makan selalu.....tp kannnnn boleh tahan sodapppp kikiki. Masa pestime buat tu semua org komplen manis, ingatkan tersalah sukat gula...rupanya dah mmg kejadian cenggitu hihi

    ReplyDelete
  6. aduh..masuk ja nampak hidangan yg menarik hati ni..

    belum pernah cuba resepi ni

    ReplyDelete
  7. Salah satu resepi yg saya tangguh nak buat sbb risau takut tak dpt sambutan anak2. Nti tak psl yg tukang buat kena perabis semua sekali hihii...tp one day nak cuba buat jugak pavlova ni. Atleast dah pernah try one of the recipe yg pernah mencetus fenomena :)

    ReplyDelete
  8. I am still dont have enough confident untuk kek cantik macam ni. Thanks for the recipe tho, boleh buat rujukan in future (^,^)

    ReplyDelete
  9. Azue: senang sgt... bahan2 pun mudah nak cari :)

    NoEn: Ni bukan kek, tapi desert... ce cuba buat sekali, mesti jadi :)

    Nadiah: saya letak resepi ni pun sebab ada orang request... saya dah sinonim dgn pavlova :)

    Atie: Budak2 mmg sgt suka... ada juga org kata rasa mcm aiskrim

    FA: Ada masa cuba la, nak kata sedap sgt tu xde la... tp buat pencuci mulut sgt sesuai :)

    ReplyDelete
  10. Anis: Tu untung buat sendiri... kita boleh ejas rasa manis tu... setakat ni yg saya buat orang tak complain manis... so so jer :)

    Izan: sedap sedap sedap :)

    MamaRey: hehehe, dah tertarik tu kena la cuba one fine day :)

    LL: Saya pun tak pernah buat utk makan kat rumah...bila ada function baru buat.. kalau tak, memang saya juga yg kena habiskan sorang2 :)

    Nastyna: This is not a cake, a simple desert but nice to eat :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya paplova buatan sdiri..
    saya lama teringin nak buat, tapi sampai sekarang tak juga buat..huhu...
    nak sikit..

    ReplyDelete
  12. Selalu dengar Pavlova ni....tapi tak tau rupenya macamana.....
    Rasa apa dia ni Bijen...macam kek ... ke?

    Oh bakar dia tu lama eh....kalau nak bnyak tingkatnya, banyak le bakarnya...lamalah masanya...gitu ke Bijen

    ReplyDelete
  13. Aisy: Kalau buat sendiri, boleh ejas kemanisan ikut selera tekak... kurangkan mana yg patut :)

    Okje: Rasa dia... erm orang kata macam marsmallow... cair di lidah... campur dgn fresh craem dgn rasa vanila mmg sedap! hahaha, tau tak pe... kalau setingkat ambil masa 1 jam setengah... nak berapa lapis kena darab sendiri la ye.. ekekkeke

    ReplyDelete
  14. Kak Nur

    Terliur saya. Terima kasih share recipe, senang paham ;) nti klu nak cuba synk try recipe kak nur la..;) kene bookmark ni :)

    ReplyDelete
  15. nak masuk summer ni sgt sesuai buat pavlova... buah stoberi dan kiwi sgt murah... boleh juga letak summer fruit yg lain :)

    ReplyDelete
  16. Opsss sorry, not a cake. For someone yg tak pernah rasa pavlova, I ingatkan kaum kek hihih.

    ReplyDelete
  17. so, saya jamin mama JJ pun boleh buat :)

    ReplyDelete
  18. dah lama sebenarnya PC nak cuba buat pavlova ni...tapi sampai sekarang blm buat lagi...hehe...
    nnt blh la try resipi nur ni. tq for sharing!

    ReplyDelete
  19. Ni la antara resepi yang sangat senang nak cuba... bahan2 pun sangat mudah nak cari... ada masa cuba tau PC :)

    ReplyDelete
  20. Tq share nur.nanti insya allah nak cuba buat juga

    ReplyDelete
  21. Ada masa cuba tau Ida.. sgt senang dan berbaloi :)

    ReplyDelete
  22. saya tak de oven... huhuhu sedih... kena pi cari yg dah siap... then makan je terus... tapi nanti dah ada oven nak try juga lah... nampak mudah je tu...

    ReplyDelete
  23. Kena cari oven cepat2 la tu :)
    Kat M'sia takpe, senang nak cari yg ready made :)

    ReplyDelete
  24. widihhh kren bgt nicchh bisa di coba nichhh

    thank's gan

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum.....
    saya mohon kebenaran untuk salin resepi ini.

    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...
      sila sila... saharing is caring :)

      Delete
  26. kalau xd kertas minyak tu boleh tak? or letak dlm loyang kek xboleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau takde kertas minyak, lapik denga kertas A4 pun boleh rasanya... jangan letak dalam loyang, nanti hancur bila nak keluarkan sbb meringue tu sangat rapuh...

      Delete
  27. ha...dah betul la ni cara saya buat ni... haishhh dah la saya tak tau macam mana rupa yang sepatutnya pavlova ni huhuhu tapi nak buat jugak.

    *habis pun kami makan, sedap... tapi pelik la rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa tak penting janji rasanya mabeles... cuba lagi, cantik lah tu lepas ni :)

      Delete
  28. Akk guna api atas bawah or bawah je kak ???

    ReplyDelete
  29. Jom kita buat PAVLOVA,
    giler sedap, siapa tak nak beli?
    jualan confirm meletop, sehingga 1000 pcs sehari...
    sebab tu boleh dapat RM10,000 - RM30,000 sebulan...
    dah nak Puasa dan Raya ni... Dah boleh start SEKARANG ni,

    Giler SEDAP ni >>> http://resipirahsiapavlova.blogspot.my

    TQ

    ReplyDelete