Monday, March 25, 2013

JJP2::: Menawan puncak menara Eiffel

*JJP2 - Jalan jalan Paris bahagian 2

Untuk nak ke tingkat paling atas, kena naik lif di tingkat 3. Ada juga kaunter disediakan di tingkat 3 untuk mereka yang ingin membeli tiket ke puncak menara. Di tingkat 3, ada empat lif yang berada di tengah-tengah menara yang disediakan untuk naik puncak Eiffel Tower. Jadi masa menunggu tidak terlalu lama.
Aisyah dalam lif ke puncak menara

Suasana di tingkat paling atas agak sesak. Maklumlah dengan ruang sangat sempit berbanding aras dua dan bilangan pengunjung yang agak ramai. Dengan stroller dan anak-anak, agak susah untuk berjalan. Lorong yang disediakan hanya muat untuk laluan dua orang sahaja. Tapi ia tidak menghalang saya untuk mengabadikan beberapa keping pemandangan kota Paris dari puncak tertinggi itu :)

Awan mendung mula kelihatan
Betapa padatnya bangunan di kota Paris
Sungai Seinne dari atas menara
Untuk naik ke bahagian terbuka tingkat paling atas, kena naik tangga yang disediakan. Suasana di bahagian luar menara sangat sejuk. Kami tak lama di bahagian luar kerana tak tahan dengan angin yang sedang mengganas. Bak kata mamaJJ, macam nak tercabut hidung rasanya :)

Irfan yang menyorok di sebalik dinding
Jeriji utk kanak-kanak menikmati pemandangan
Brave boy :)
Danish jer yang berani tgk pemandangan dari puncak tertinggi ni
Jangan tanya saya apa yg ditulis di papan tanda ni...
Letak sini dulu, nanti ada masa saya minta bantuan Pn Google utk translate

Agaknya, apalah yang Irfan tunjuk tu??
Hehehe, bukan main seronok lagi bila dia nampak jalur gemilang di atas menara Eiffel ni. Yang menjadi tanda tanya, kenapa menara Kuala Lumpur (421m) yang diletakkan tetapi bukan menara berkembar Petronas (452m)? Erm harapnya ada la mommies yang boleh jawab tanda tanya saya ni :)
Menara Kuala Lumpur lagi tinggi dari menara Eiffel
Irfan posing dgn struktur binaan puncak Eiffel Tower
Habis tawaf satu menara, masa untuk turun 

Sedang tunggu lif aras tiga utuk turun ke bawah
Turun dari menara Eiffel, kami disambut oleh hujan yang agak lebat. Kami tumpang berteduh di bawah kaki menara sekejap sementara menunggu hujan reda. Bila hujan agak reda, kami meneruskan misi untuk mencari kedai halal bagi mengisi perut yang mula menyanyi riang.

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. pergh... gayat... gayat... huhuhu

    ReplyDelete
  2. Huhu tingginya..klu sy pon gayat! Cayalah Danish, mmg brave boy! Mmg padat kota Paris kan, klu malam sure meriah n cantik diterangi dgn cahaya lampu. Paris pon terkenal dgn nama city of Light selain city of Romance..

    ReplyDelete
  3. Erk tak update kot KLCC tu menara plg tgi skrg ni kt Msia..hehe agaknya la..

    ReplyDelete
  4. Sebab KLCC bukan dalam kategori "tower" kot, not a stand alone building.
    Btw best jer tengok view dari puncak tinggi macam tu kan.

    ReplyDelete
  5. Nora: Erm, tak de la rasa gayat sgt :)

    Izu: Tak sempat nak menghayati kota paris waktu malam... Maklumlah transit sekejap jer kat Paris... ada kemungkinan juga yg belum sempay update :)

    Nastyna: Kalau boleh nak duk lama-lama atas tu.... tapi dgn tentera tenteri, redha jer dgn kehendak mereka... saya pun ada terfikir perkara yg sama, KLCC tak diambil kira sbb berkembar :)

    ReplyDelete
  6. Wah ..sampai jugak kepuncak akhirnya. jeles..jeles...padat sungguhkan paris tuh..comparison tuh antara building ataupun menara..kalau menara yer kot..:)

    ReplyDelete
  7. Ha ah, betul la... sebab perbandingan tower.... KL tower jer yg termasuk dalam tallest tower in the world :)

    ReplyDelete
  8. K nur

    Klcc sbb berkembar jadi dia x leh duduk sama rendah diri sama tinggi dgn single tower ;) wah berani ye anak2 akak.

    ReplyDelete
  9. betul tu farah... hanya tower yg diambil kira... hehehe, bukan senang tau nak convince mereka naik and be brave... bila turun tu baru la mereka berkali kali kata yg they're brave boy/girl :)

    ReplyDelete
  10. wah bestnyer....saya sampai xtau nak komen apa dah..huhu

    ReplyDelete
  11. Izan: Tu pun kira komen jugak, kan? btw, terima kasih sbb tinggalkan jejak :)

    TJ: Ala, Ida tu bila2 masa jer boleh datang... saya ni kebetulan dekat jer, kalau tak pun gigit jari jugak :)

    ReplyDelete
  12. Tinggi tu.. Haza naik kl tower pon dah naik dengung telinga.. Heheehe

    ReplyDelete
  13. Naik Eiifel tower tak sempat rasa dengung telinga pun... lagipun KL tower kan lagi tinggi dari Eiffel Tower... sama jer, cuma pemandangn yg berbeza :)

    ReplyDelete
  14. Takde la rasa gayat sangat... best best, tapi x boleh nak feel lama2 budak2 dah ajak balik... huhuhu

    ReplyDelete
  15. seronok ye danish dapat pergi sana? Senyum lebar semuanya tu.. Jalan sambil belajar kan...

    ReplyDelete
  16. Betul tu Aisy... Danish la yang paling adventerous, lagi2 bila dah terlepas dari stroller tu...

    ReplyDelete
  17. Bestnya... tapi tinggi tu... tapi memang padat betul bandar Paris tu kan...

    ReplyDelete
  18. Mmg sangat padat.... tgk dari atas tu nampak bangunan jer yang bersusun susun... Tapi takde la rasa tinggi sgt... lebih kurang menara KL jer... menara KL pun lagi tinggi dari Eiffel tower :)

    ReplyDelete