Thursday, March 14, 2013

Meringue bertanduk

Masa mula-mula saya nak berjinak-jinak dengan pavlova, tak dapat nak bayangkan macam mana rupa meringue yang bertanduk. Banyak juga blog dan video yang saya study sebelum yakin utk masak pavlova especially nak faham yg part meringue bertanduk tu.

Part meringue bertanduk adalah aspek yang sangat penting dalam pembuatan pavlova. Jika meringue dibakar sebelum adunan betul-betul bertanduk, kebarangkalian meringue akan mendap semula adalah tinggi. Selain itu, meringue juga agak susah utk masak bila dibakar sebelum bertanduk. Masak di luar, tetapi tidak masak di bahagian dalam. Dua dua ni komen selalu juga saya terima dari kawan-kawan yang cuba masak pavlova.

Formula yang saya guna utk check kebertandukan meringue (apa punya ayat daa) adalah meringue akan nampak berkilat, kental dan ringan. Bila kita kalihkan meringue menggunakan sudu, meringue terus kekal dalam keadaan yang dikalihkan tadi.

Perhatikan meringue dalam gambar ni...
Saya baru pindahkan dari bekas ke atas kertas minyak
Tapi bentuknya tetap kekal sepertimana yang saya tuang
Sbb dah cukup kental dan sgt ringan

Ni pula pandangan sisi...
Baru nampak keberkilatan meringue

Lepas tu, bentukkan bulat dan sedia utk dibakar

Taraaa.... hasil selepas dibakar sejam setengah 
(bergantung kepada oven)
Oven saya kalau guna gas 4 cepat hangus, sbb tu guna gas 3
Gigih tunggu sejam setengah utk bakar meringue :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. Oo macam tu rupanya tanduk meringue. Hihi thanks for the info kak Nur! :)

    ReplyDelete
  2. Rajinnya buat pavlova,ingat nak buat juga nanti tp x tahu bila,hehehe...

    ReplyDelete
  3. tingin nak wat pavlova..nanti nak try juger..tq 4 the tips eehh..

    ReplyDelete
  4. itu baru pavlova kak.. belum macaron.. mmg menangesss nk bg jadi. ayat akak ayat research..haha, dah writing ke?

    ReplyDelete
  5. Tajuknya memang pelik, ialah kita ni kan tak reti part2 masak ni, so agak tertanya2lah berkaitan tajuk tu.. hehehe.... tak pe, take note je dulu. nenanti bila nak belajar buat pavlova ni baru bukak balik nota2 dari Nur. :)

    ReplyDelete
  6. Izu: sama-sama.. kat mana tanduknya tu tak tahu laa... hihihi

    kak Nurul: Suka buat sebab respi mudah.. cuma menguji kesabaran part nak bakar ru jer :)

    Kuazue: You're welcome.. sharing is caring :)

    Lea: Hahaha, otak tak dapat tune masa tulis blog, maka jadi la entry akademik... belum writing lagi, tapi sv dah suruh mula :)

    MFM: Hehehe, lagi entry utk peminat pavlova... hehehe, nota la sgt.. tapi boleh la kot nak guna bila terbuka hati nak buat suatu masa nanti :)

    ReplyDelete
  7. owh..camtu ke..saya bab ni langsung xtau,..tabik laa pandai buat....

    ReplyDelete
  8. Tak perlu nak tabik kat kita.. yg tu jer tahu masak... ekekekek

    ReplyDelete
  9. Punya saya imagine tanduk benda alah ni, ingatkan u buat pavlova tanduk kerbau ker apa. Syabas di atas kebertandukan meringue anda hahaha.

    ReplyDelete
  10. hahaha, tu la pasal... dari mana pun tak tahu datangnya istilah tu...

    ReplyDelete
  11. mula2 baca tadi tak faham ape yang bertanduk tu...meringue ade tanduk ke?tang mana pulak datang tanduk die ni...
    Rupanye tanduk macam tu ke....hahaha...saspen betul;p

    ReplyDelete
  12. Hihihi, sajer jer nak buat tajuk gempak... padahal nak cerita pasal the correct meringue jer :)

    ReplyDelete
  13. Btul tu nur,nk buat pavlova wajib ler adunan tu bertanduk. Satu lg punca kat luar lembik sbb faktor suhu oven.

    ReplyDelete
  14. Suhu oven tu pun peranan penting juga... terima kasih anis, tambah maklumat :)

    ReplyDelete
  15. Tak kenal pun apa itu meringue ;) lg2 bertanduk ;) skrg baru tau. Tau mkn je... itupun baru sekali

    ReplyDelete
  16. oh..ada petua rupanya..thanks nur:)

    ReplyDelete
  17. susah jgk nk buat pavlova ni ye..

    ReplyDelete
  18. Belum tra...ni memang tak puas hati lagi Bijen ...harus tra ni.... Bentuk bertanduk pun dah ditunjukkan... memang tak patut kalau tak tra ni hehe

    ReplyDelete
  19. liya langsung tk pernah try kak.. kalau liya le yang buat entah tanduk apa yg keluar lak..

    ReplyDelete
  20. Okje: Tra jangan tak tra tau Okje...

    Liya: Saya buat pun belum jumpa tanduk lagi.. hehhee, dari mana la datang istilah tanduk ni

    ReplyDelete