Saturday, March 23, 2013

Nasib baik cuti

Hari ni rasa nak melompat bila dapat message dari sekolah anak-anak pukul 7 pagi tadi, "School will be closed today due to adverse weather conditions." Alhamdulillah, boleh la tarik duvet lama sikit :)

suasana belakang rumah
Hari ni memang seharian snow turun. Dah la angin sangat kuat. Aisyah dan Irfan berkali-kali minta izin untuk main kat luar. Saya kata tunggu snow berhenti dan snow tebal dulu. Tapi memang seharian snow turun tanpa henti. Akhirnya, lepas Asar saya mengalah juga dengan mereka berdua. Bawa juga mereka main di luar walaupun snow masih lagi turun dengan lebat.

Saya apa lagi, terus capai kamera. Snap gambar pun dari dalam rumah jer. Tak berani nak keluar sebab angin agak kuat. Sejuk do'oh (baca do'oh = sgt). Dalam 5 minit main, ingatkan mereka surrender dgn angin sejuk, tapi macam tak de apa pun. Mereka bertiga tetap kebal. Sempat lagi main snow fight.

Akhirnya diberi kebebasan main snow
Kakak dgn snow ball
Suka sgt posing skrang ni
Adik nak buat ABC ke tu?
Irfan sedang snow fight dgn Aisyah
Kalau esok snow lebat, boleh la pergi sledging lagi sekali :)

Nota ummi,
Masih cari mood utk menulis pasal holiday. Mood tertinggal dalam laut masa melintasi Euro Tunnel kot, hihihihi

NuKilaN:
 

16 comments:

  1. Seronoknya diorg main salji dpn rumah je.....

    ReplyDelete
  2. There I see -1, huhuu.
    The kids really enjoy it kan, layan selagi boleh. sejuk tara mana pun, dorang memang kebal.

    ReplyDelete
  3. Ooo kalaulah kat mslaysia pun boleh buat gitu, cikgu lah yg paling seronok.. tetiba dpt sms diberi cuti , yahoooo .... Hihi..
    Enjoy ur weather k..jg diri juga ye..

    ReplyDelete
  4. memang unpredictable snow in spring kan! Enjoy every moments there :-)

    Rasanya salah satu sebab 'masih mencari mood' kerana terlalu banyaaakkk gambar kan?? kalau saya camtu la hehee..

    p/s: kenapa kalau snow lebat sekolah diberi cuti yea?? Selalu jugak baca blog kwn2 kat Uk cerita mcm tu. Jalan ditutup ke? Just curious :-)

    ReplyDelete
  5. kak Nurul: tu la duk ajak main berkali-kali... so layankan ajer :)

    Nastyna: maksimum pun 0 tau.. kalau boleh nak hibernate dalam duvet jer :)

    Aisy: Ni kali kedua dapat SMS diberi cuti.... Kalau kat M'sia, even banjir pun gigih lagi harung air nak ke sekolah, kan? Jangan harap nak cuti suka2 hati :)

    LL: pandai LL teka.... pening juga nak pilih dan susun gambar... Kalau tak silap, sebab keselamatan... kat sini bukan selalu snow lebat, so mereka risau keselamatan anak2 nak harung snow ke sekolah... biasanya mereka kata for safety reason, better sekolah tutup... Jalan buka macam biasa jer, cuma jadi jammed sebab semua drive slow jer :)

    ReplyDelete
  6. Hehe...kebal sungguh depa dgn snow...nampak gayanya tak boleh duk malaysia lagilah Bijen....hehe...

    ReplyDelete
  7. Hehe mmg rezeki bila sekolah hantar sms kata cuti kan..:) nway tebal betul tu snow kt sana kak nur! Enjoy klu gi sledging esk k! Take care..:)

    ReplyDelete
  8. Bagus la cam tu ek. Safety first. Wahh seronoknye anak2 men salji. Memang menetap kat sana ke?

    ReplyDelete
  9. seronok nya..salji turun lagi ye Nur?.. tapi tak tahan sejuk plak kan..dok tunggu mood tuan blog OK baru dpt tahu citer cuti2 di kota Paris..hehe:)

    ReplyDelete
  10. K nur cpt post story pasal parissss!

    Lebat betul snow kat bradford. Sini nipis jewww sob sob sob

    ReplyDelete
  11. uwwaaaaa bestnya main salji.nak main salji juga! nur, cepat citer trip cuti2 tu

    ReplyDelete
  12. OKje: Hehehe, mana boleh mcm tu... nak balik jugak :)

    Izu: Tu la, dapat anak2 rest sehari lagi... tak pergi sledging pun... sejuk yg amat :)

    Ibu Lala: Bukan menetap... merantau jer :)

    Atie: Entah la bila nak habis snow ni.. dah melarat hingga ke spring... Insya Allah, mood dah ada sikit2 ni... tungguuu :)

    Farah: Jap jap.. on the way... hehehe, sejuk2 ni... tangan pun mcm beku nak menaip :)

    TJ: Nak main salji, kena la datang melawat saya kat sini :)

    ReplyDelete
  13. mmg untung anak2 nur merasa main salji... baru ni... Faris ada ajak saya pergi main snow lepas tgk kartun... saya kata, "alamak nak main snow, jauh... kena naik flight..." dia jawab "tak pe faris tak takut..." (sedangkan dia mmg takut bila ckp nak naik flight...) huhuhu

    ReplyDelete
  14. Hehehe, bijak la Faris ni... sanggup ketepikan rasa takut nak flight sbb nak main snow, cute jer :)

    ReplyDelete
  15. ohh seronoknya sampai tak terasa sejuknya tu.. daya tahan budak lebih kuat dari kita kan..

    ReplyDelete
  16. Tu la... budak2 saya paksa pakai at least tiga lapis sebab tu mereka tahan... saya mmg malas nak pakai baju berlapis-lapis... hihihi, mengelat :)

    ReplyDelete